Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 13, 2025 @ 9:23pm

“Saya Mudah Tergoda Dengan Lelaki Yang Bijak & Berilmu”- Namron

Pelakon, pengarah dan aktivis teater, Namron menyorot perhatian ramai selepas berkongsi hantaran menerusi platfrom media sosial miliknya  baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Namron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan mendedahkan, dirinya mudah tertarik dengan lelaki yang bijak, berpengetahuan luas serta petah berbicara tanpa bersikap angkuh.

Katanya, dia amat menghargai perbualan dengan individu seperti itu kerana setiap butir bicara yang dilontarkan dirasakan bernilai.

“Saya mudah tergoda dengan lelaki yang pintar, berilmu, petah bila berbicara dan tidak menyombong diri.

“Saya akan duduk mendengar bila dia bercerita kerana kata katanya bagai emas yang berharga,” katanya.

Mengulas lanjut, pelakon filem Qifarah itu menjelaskan ada ketikanya perasaan yang dirasai sukar disembunyikan hingga terzahir dalam bentuk kata-kata.

“Ada masanya, apa yang saya rasa, terkeluar dengan kata. Selamat Malam Malaysia,” kongsinya.

Sebelum ini, tindakan Namron memuat naik kapsyen menyokong kenyataan aktivis sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF), Zainal Rashid Ahmad menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet.

Sekadar info, Namron muncul dalam filem seram terbaharunya berjudul Qifarah bergandingan bersama, Remy Ishak, Sharifah Sakinah, Vanida Imran, Liyana Jasmay, Rita Nadira dan ramai lagi.

Filem arahan Ghaz Abu Bakar itu mengisahkan tentang Remy (Yusoff), seorang lelaki yang dibayangi kisah silam keluarga yang mengamalkan ilmu hitam hingga terperangkap dalam ritual pemujaan rahsia.

Filem Qifarah kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 9 Oktober.

ARTIKEL BERKAITAN:Gara-Gara Tinggal Komen Sokong ZRA, Namron & Fazura Dikritik… Respons Namron: “Saya Tak Tunggang Agama, Isu Mahupun Orang”

ARTIKEL BERKAITAN:ZRA Bidas Netizen ‘Biadab’ Label Sukarelawan GSF ‘Gila’ Publisiti – “Mereka Yang Pertikai Soal Palestin Ibarat Seperti Anj*ng!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 15 May 2020
Featured Wed, 7 Sep 2022
Trending Mon, 23 Apr 2018

Kate Middleton Selamat Lahirkan Anak Ketiga

“Kate dan anak berada dalam keadaan sihat,” menurut kenyataan istana.

Events Thu, 20 Jun 2019
Hiburan Mon, 3 Dec 2018

Nora Sebak Pertama Kali Tunai Umrah Tanpa Suami

Dalam masa sama, Nora turut mengucapkan terima kasih kepada jutawan kosmetik Dato Seri Vida kerana menaja perjalanannya ke tanah suci.

Events Mon, 25 Feb 2019

Kenapa dengan persembahan beremosi Bradley Cooper dan Lady Gaga di Anugerah Oscars?

Persembahan hebat mereka  bukan sahaja menyentuh emosi tetamu malah turut mendapat standing ovation daripada tetamu yang hadir dalam dewan tersebut,  persembahan mereka kini trending di laman Twitter dan dibanjiri dengan pelbagai komen daripada netizen.

Featured Thu, 26 Aug 2021

Tiada Pengumuman Kabinet Menteri Hari Ini

Pejabat Perdana Menteri pada Khamis mengesahkan tiada sebarang pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelantikan jemaah kabinet. Ismail Sabri Yaakob tiba di pejabatnya, di bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada jam 3.38 […]

Hiburan Wed, 29 Apr 2026

Selepas Sedekad, 5 Seconds of Summer Kembali Gegar Malaysia Menerusi Jelajah ‘Everyone’s A Star!’

Selepas hampir 10 tahun, 5 Seconds of Summer bakal kembali bertemu peminat Malaysia pada 17 November ini!

error: Content is protected !!