Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Padin April 29, 2026 @ 12:40pm

Selepas Sedekad, 5 Seconds of Summer Kembali Gegar Malaysia Menerusi Jelajah ‘Everyone’s A Star!’

Selepas hampir 10 tahun, kumpulan pop-rock terkenal Australia, 5 Seconds of Summer atau lebih dikenali sebagai 5SOS bakal kembali bertemu peminat Malaysia menerusi jelajah dunia terbaharu mereka, Everyone’s A Star! 2026 World Tour.

Dianjurkan oleh SAH Entertainment, konsert tersebut dijadual berlangsung pada 17 November 2026 di Unifi Arena KL yang sebelum ini dikenali sebagai Axiata Arena.

Kepulangan kumpulan yang popular dengan gabungan bunyi alt-rock dan pop moden itu dijangka menjadi antara acara muzik antarabangsa paling dinanti tahun ini, khususnya buat peminat yang membesar dengan lagu-lagu mereka sejak awal kemunculan.

5SOS mula mengumumkan jelajah dunia tersebut pada November 2025, serentak dengan pelancaran album studio keenam mereka berjudul Everyone’s A Star!, iaitu karya pertama sejak tahun 2022.

Album berkenaan menampilkan sisi muzik lebih matang dan berani, dengan inspirasi daripada kumpulan seperti N.E.R.D., Gorillaz dan The Prodigy, namun masih mengekalkan identiti 5SOS yang sinonim dengan persembahan pentas penuh tenaga.

Konsert di Kuala Lumpur nanti dijangka membawakan gabungan lagu lama dan baharu sepanjang perjalanan kerjaya mereka, lengkap dengan visual imersif serta produksi bertaraf antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif SAH Entertainment, Sufi Rashid berkata, pihaknya melihat peluang besar untuk membawa kumpulan yang dekat dengan generasi muda kembali ke Malaysia.

“Kami dapat lihat bagaimana artis rock era 90-an dan 2000-an menerima sambutan luar biasa setiap kali datang ke sini. Jadi untuk 5SOS, kami mahu hadirkan kumpulan yang sangat dekat dengan generasi yang membesar dengan muzik mereka.

“Konsert ini terasa cukup istimewa kerana peminat sudah menunggu hampir sedekad untuk mereka kembali. Kami memang tidak sabar melihat komuniti peminat 5SOS berkumpul semula,” katanya.

Jualan tiket pra-jualan artis akan dibuka pada 4 Mei 2026 bermula jam 12 tengah hari hingga 11.59 malam, manakala jualan umum bermula 5 Mei 2026 pada jam 12 tengah hari.

Tiket boleh didapati menerusi GoLive Asia, sementara peminat juga boleh mendaftar untuk akses Artist Presale melalui laman rasmi 5SOS.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 26 Aug 2019
Featured Mon, 27 Mar 2023
Hiburan Sat, 31 May 2025
Hiburan Mon, 24 Jun 2019

‘Terima Kasih Allah Pinjamkan Jefri Kepada Kami Untuk 35 Tahun’- Ucapan Afdlin Shauki Buat Netizen Sebak

Semoga Allah menjaga roh mu dan roh mummy dan menempatkan kamu berdua bersama roh-roh orang yang beriman. Jaga mak dik…

Hiburan Thu, 17 Oct 2019

“Saya Akan ‘Stay’ Sini 28 Hari..” – Kaka Azraff Tak Mahu Pantang Di Rumah

Kalau kebanyakan ibu baru bersalin berpantang di rumah, berbeza pula dengan penyanyi Bukan Hal Aku ini. “Saya akan ‘stay’ di sini 28 hari. Nak tengok rutin harian, boleh tengok di IG Story saya ya?” kata […]

Hiburan Sat, 27 Jul 2019

Permit Tidak Lulus, Sesi Bertemu Kim Jae Hwan Terpaksa Batal!

Wang akan dikembalikan sepenuhnya kepada peminat.

Featured Wed, 5 Apr 2023
error: Content is protected !!