Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 18, 2025 @ 4:07pm

Siti Hariesa Nafi ‘Besar Kepala’ Di Set Penggambaran- “Kalau Tak Puas Hati Tegur, Jangan Cakap Belakang” 

Pelakon Siti Hariesa menolak dakwaan kononnya dia dikatakan besar kepala dan tidak menjaga disiplin oleh segelintir pelakon senior.

Kata Hariesa ketika ditemui XTRA,  dia terkejut dengan berita berkenaan, memandangkan dia tidak mengambil pusing dengan masalah yang berlaku di set penggambaran.

Jelasnya lagi, manusia sememangnya tidak lari daripada melakukan kesilapan dan dia sendiri sudah cukup penat kerana hampir setiap hari berada di set drama lakonannya.

“Kita manusia semua orang kadang-kadang melakukan kesilapan dan saya pun sudah penat sebab hampir setiap hari saya akan masuk set. I am mentally and physically drain.

“Bukan nak kata saya besar kepala ke apa… tapi kadang-kadang tu saya tak ada mood, penat dan saya rasa semua orang melalui benda itu,” katanya.

Hariesa berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sesi fotografi drama terbaharunya berjudul, Aiman (Lestary) dan Dear Farris (Tonton Original Series) di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, anak kelahiran Segamat, Johor ini menjelaskan, dia meminta maaf sekiranya ada pihak menganggapnya sebagai ‘besar kepala’ atau tidak menjaga disiplin.

Namun, adalah lebih baik untuk menegurnya secara berdepan dan tidak bercakap dibelakang.

“Kalau saya ada buat salah ke apa, saya minta maaf dalam masa sama benda macam ni kalau tak puas hati tegur. Bagitahu saya dan jangan cakap belakang.

“Sebab saya sekarang masih dalan fasa belajar lagi dalam industri ni. Banyak yang nak kena perbetulkan juga, jadi adalah lebih baik untuk cakap,” jelasnya.

Terima layanan kurang memuaskan di set

Ketika disoal sama ada dia menerima layanan kurang memuaskan ketika berada di set, Hariesa atau nama lengkapnya, Siti Hariesa Muhammad Hanafi, 27, menganggap perkara itu adalah normal.

“Saya rasa itu normal. Manusia berjenis-jenis saya tak boleh nak judge sangat pasal benda tu.

“Masing-masing ada perangai masing-masing yang penting buat hal sendiri. Lagipun saya datang set untuk buat kerja saya,” luahnya.

Jadi diri sendiri

Enggan mengambil pusing dengan isu berkenaan, Hariesa bagaimanapun kekal dengan pendirian untuk menjadi diri sendiri setiap kali berada di lokasi penggambaran.

“Saya cuba bergaul juga tapi bukan nak kata saya introvert tapi saya ada sedikit pemalu. Tapi tak adalah sampai nak tunjuk perangai sebenar dekat orang walaupun pertama kali berjumpa.

“Saya masih ada respect nak kata saya tak bergaul tu ada sahaja tapi saya sendiri kadang-kadanga tak pandai bercakap/berborak. Saya pun tak nak lah over sangat. Lainlah kalau dah lama-lama dekat set nanti dia akan ‘ngam’ juga.

“Dan, saya ada pendirian sendiri…. kalau saya rasa penat, saya tak nak beri diri saya tekanan. Sama juga macam orang lain tak nak kena pressure, begitu juga saya.

“Jadi, saya rasa saya perlu menjadi diri sendiri dan takkan pernah cuba menjadi orang lain,” ujarnya.

Terdahulu, kontroversi ini mula tercetus apabila timbul dakwaan kononnya ramai pelakon senior kurang senang dengan sikap Siti Hariesa yang didakwa tidak berdisiplin dan berperangai kurang menyenangkan ketika berada di set penggambaran.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Aug 2021

26 Guru Di Perlis Didakwa Enggan Terima Vaksin

Isu melibatkan kakitangan kerajaan yang menolak vaksin semakin menjadi perdebatan di kalangan ramai. Terbaru, seramai 26 guru sekolah di Perlis dikesan enggan menerima suntikan vaksin COVID-19. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia, Sains, Teknologi […]

Hiburan Tue, 17 Mar 2026

Air Mata Aisha Retno Gugur Alunkan Surah Al-Qadr, Tersentuh Hayati Makna Lailatul Qadar

Aisha Retno berkata perasaan itu hadir selepas dia mendalami maksud k surah berkenaan sebelum ke studio.

Trending Tue, 12 Mar 2019
Events Thu, 26 Dec 2019
Hiburan Tue, 16 Jan 2024
Trending Mon, 8 Jan 2018

Pelajar Malaysia Dengan Kostum Spiderman Meninggal Dunia

Pelajar Malaysia Dengan Kostum Spiderman Meninggal Dunia Mati Terjatuh Dari Tingkat Lima Asrama

Hiburan Wed, 27 Feb 2019

‘Kerjaya Penyanyi Jalanan Banyak Mengajar Saya…’- Maria Effendi Bakal Terbang Ke Hong Kong Wakili Malaysia Untuk HKAMF 2019

Maria yang bakal membawakan dua buah lagu iaitu Haruskah Aku dan Hurt (nyanyian asal Christina Aguilera di festival itu nanti memohon doa daripada rakyat Malaysia agar persembahannya dapat menambat hati juri.

Featured Wed, 13 Apr 2022
error: Content is protected !!