Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 1, 2025 @ 12:41pm

Pakaian Seksi Sering Dikaitkan Dengan Umrah, Daiyan Trisha Terima Teguran – “Saya Masih Cuba Istiqamah”

“Tapi kita tak tahu kan? Mungkin esok, lusa saya akan berubah”.

Demikian respons penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha selepas diajukan soalan mengenai kecaman yang terima berkait pakaiannya yang dikatakan mencolok  mata.

Kata Daiyan atau nama lengkapnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, dia menerima segala teguran dan nasihat yang diberikan dengan hati yang terbuka.

Sekaligus, menganggap dia sudah terbiasa dengan teguran dan kritikan malah, sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari masa ke semasa.

“Saya rasa itu adalah satu perkara yang saya akan sentiasa terima sepanjang bergelar anak seni.

“Saya masih cuba istiqamah dan saya terima saja semua nasihat dan komen-komen orang.

“Daripada saya sendiri, saya akan cuba yang terbaik untuk berubah.

“Tapi kita tak tahu kan? Mungkin esok, lusa saya akan berubah,” katanya.

Daiyan berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis sidang media ‘Malam Paling Terhangat’ Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) yang diadakan di APW, Bangsar pada malam Khamis.

Mengulas mengenai komen yang mengaitkan dirinya pernah menunaikan umrah, penyanyi lagu Penat ini enggan mengulas lanjut kerana menganggap ia sebagai urusan peribadi.

“Saya tak boleh komen banyak dan kalau soal dah pergi umrah atau belum, itu adalah antara saya dan Allah.

“Cuma saya tak ada apa komen bila ramai yang tegur soal pemakaian saya.

“Saya cuma menjadi diri saya sendiri dan akan sentiasa cuba untuk berubah bila sampai masa yang tepat,” jelasnya.

Tercalon dalam 2 kategori di AMT 2025

Dalam perkembangan lain, Daiyan turut meluahkan rasa terharu atas sokongan peminat yang mengundinya dalam dua kategori AMT2025 iaitu, Selebriti Stailo Terhangat dan Selebriti Feminin Terhangat.

Malam kemuncak AMT2025 bakal berlangsung pada 3 Ogos ini, jam 9 malam di TV3 dan strim langsung menerusi Tonton, dikendalikan oleh Fikry Ibrahim dan Ain Edruce. Acara Karpet Merah akan bermula lebih awal pada jam 8 malam menerusi TikTok Melodi Berapi dan TV3 Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 27 Jan 2021

“Orang Kata Saya Angkuh…”- Dr Noor Hisham Abdullah

Jangan main serkap jarang je gaisss…

Eat Travel Mon, 23 Mar 2020
Featured Tue, 27 Sep 2022

Terpaling Juara: Akim Kecewa, Akui Aqeesh Mampu Ikut Jejak Stacy – “Dia Ada Bakat Luar Biasa”

Moga lepasni dapat tengok Aqeesh lagi beraksi kat pentas yang lebih besar🤞

Featured Tue, 27 Dec 2022

[VIDEO] “Adakah Saya Sudah Bersedia?” – Kekasih Zarina Anjoulie Beri Hadiah Pakaian Muslimah & Tudung

Wahhh, syoknya dapat hadiah! 🤩 Semoga Anju terbuka hati untuk berhijab 🫶🏻 Jodoh yang tepat ni 🥹

Featured Mon, 19 Jun 2023
Featured Sat, 29 Jun 2024

Hefny Sahad Akhirnya Tamat Zaman Bujang

Tahniah Hefny! Moga bahagia hingga ke syurga❤️

Featured Wed, 19 Apr 2023
Featured Thu, 1 Dec 2022

[VIDEO] Imej Berambut Pendek Cetus Pertikaian, Daiyan Trisha Mohon Netizen Bertenang – “Itu Wig, Jangan Marah Saya”

Fuhhhhh, smart wooo! Cantiklah Daiyan rambut pendek 🤩🤩🤩 Korang rasa macam mana? Ada yang kata macam Kris Jenner 🤩

error: Content is protected !!