Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 3, 2026 @ 6:25am

Gabung Inspirasi & Hiburan… MK K-Clique, Alyssa Dezek, AC Mizal Meriahkan Tayangan Selekoh Akhir – The Untold Story Behind The A’s

Suasana di GSC Aurum Theatre, The Exchange TRX bertukar meriah apabila berlangsungnya tayangan perdana dokumentari Selekoh Akhir – The Untold Story Behind The A’s, yang menghimpunkan barisan selebriti, pendidik dan bekas pelajar dalam satu acara penuh inspirasi.

Lebih daripada sekadar sebuah tayangan, dokumentari berkenaan membawa penonton menyelami kisah sebenar di sebalik perjalanan pelajar yang berusaha mengubah keputusan akademik mereka menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menerusi dokumentari itu, penonton disajikan dengan pelbagai kisah pengorbanan, cabaran serta semangat pelajar, ibu bapa dan tenaga pengajar yang berganding bahu sepanjang tempoh persediaan menghadapi peperiksaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau Cikgu Fana, dokumentari tersebut dihasilkan bagi memperlihatkan proses yang dilalui pelajar sebelum mereka berjaya memperoleh keputusan cemerlang.

“Ramai hanya melihat keputusan akhir apabila keputusan SPM diumumkan. Namun, apa yang kami ingin kongsikan adalah perjalanan panjang, usaha dan pengorbanan yang berlaku di sebalik setiap kejayaan itu,” katanya.

Selain tayangan dokumentari, tetamu turut diperkenalkan dengan barisan tenaga pengajar yang menjadi antara individu penting dalam membimbing pelajar sepanjang program persediaan peperiksaan tersebut.

Mereka terdiri daripada pendidik berpengalaman dalam pelbagai bidang, termasuk Matematik Tambahan dan subjek teras lain, selain memiliki latar belakang akademik yang merangkumi Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

Dalam pada itu, Cikgu Fana berkata, program berkenaan diwujudkan khusus bagi membantu pelajar yang masih bergelut dengan prestasi akademik pada fasa terakhir sebelum menduduki peperiksaan SPM.

“Kami percaya setiap pelajar mempunyai potensi untuk berubah. Dengan bimbingan yang sesuai dan kesungguhan daripada pelajar sendiri, masih ada ruang untuk mereka memperbaiki pencapaian sebelum peperiksaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pertumbuhan, Sir Race, turut berkongsi keyakinannya bahawa setiap pelajar masih mempunyai peluang untuk bangkit selagi peperiksaan belum berlangsung.

“Kami percaya tiada istilah sudah terlambat. Selagi masih ada masa, masih ada peluang untuk mengubah keputusan dan masa depan,” katanya.

Acara berkenaan turut diserikan dengan kehadiran beberapa selebriti tanah air termasuk Datuk AC Mizal selaku hos, Datin Emylia, MK, Iman, Alyssa Dezek yang sebelum ini memperoleh keputusan 9A dalam SPM, selain Madammu, Asyraf Khalid, Tya Arifin serta alumni program dari tahun 2019 hingga 2025.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program persediaan peperiksaan yang dipaparkan menerusi dokumentari tersebut, maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web rasmi penganjur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 24 Aug 2020

Selepas Hagia Sophia, Bekas Gereja Ini Pula Ditukar Menjadi Masjid

Semoga akan ada lagi lebih banyak berita gembira selepas ini

Hiburan Wed, 15 Jan 2025

Meski Sedang Melalui Proses Cerai, Diana Danielle Terbuka Bekerjasama Dengan Farid Kamil

Diana Danielle terbuka bekerjasama dengan Farid Kamil lepas cerai

Featured Wed, 23 Nov 2022
Hiburan Fri, 17 Oct 2025

Wajah Uqasha Senrose Nampak Letih, Badan Kurus Buat Netizen Risau

Wajah seakan ‘lesu’ dan bentuk fizikal pelakon, Uqasha Senrose dalam sebuah video TkTok raih tumpuan

Hiburan Sun, 22 Dec 2019

Muna Shahirah Kongsi Pengalaman Ditinggal Kekasih Dalam Suratan Luka

Besar harapan saya agar Suratan Luka dapat dimainkan di corong radio seterusnya diterima baik oleh pendengar.

Hiburan Tue, 3 Mar 2026

Detik Di ICU Ubah Segalanya, A Aida Tampil Berhijab Semula – “Bertudung Sebab Hati”

A Aida turut memaklumkan hatinya terdetik selepas teringat janji bersama ustaz

error: Content is protected !!