Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul March 16, 2020 @ 1:01pm

COVID-19- Boleh Berjangkit Melalui Hubungan Intim?

 

“Selamatkah  jika kita melakukan hubungan kelamin semasa wabak covid-19 sedang menular pada waktu ini?,”

BERITA tentang penularan wabak corona atau COVID-19 semakin membimbangkan masyarakat dunia pada waktu ini. Sehingga hari ini, statistik individu yang menghidapi penyakit ini semakin meningkat, malah di negara kita sahaja sudah meginjak ke angka 428 bilangan kes! 

Di Malaysia, pihak kerajaan sentiasa menggalakan orang ramai supaya sentiasa bersedia untuk menghadapi apa-apa kemungkinan  dan perubahan yang bakal berlaku di dalam kehidupan seharian kita. Hal ini berlaku kerana untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19 mudah tersebar antara individu, lebih-lebih lagi orang yang dekat di sekeliling kita.

Oleh sebab itu lah mula timbul persoalan bahawa adakah selamat jika kita melakukan hubungan intim bersama pasangan (suami isteri)  ketika ini? Adakah seseorang individu boleh dijangkiti covid-19 melalui hubungan seks? 

Foto: ktar.com

Covid-19 boleh tersebar melalui cecair yang keluar daripada tubuh badan kita

Seperti yang kita sedia tahu, penyebaran wabak covid-19 boleh tersebar daripada individu kepada individu lain melalui cecair yang keluar daripada tubuh kita. Oleh kerana itulah kita digalakkan untuk sentiasa menjaga kebersihan dan sentiasa memakai penutup muka jika keluar di kawasan terbuka dan ramai.

Jauhkan diri jika orang di sekeliling kita batuk atau bersin berdekatan dengan kita. Jika Covid-19 boleh dijangkiti melalui sentuhan ringan seperti berjabat tangan dan  bercium, sudah pasti risiko penyebaran wabak ini lebih tinggi jika kita melakukan hubungan seks. 

Elakkan Melakukan hubungan intim dengan individu yang dikuarintin

Untuk langkah berjaga-jaga, ada baiknya jika korang tidak melakukan hubungan intim bersama pasangan yang baru sahaja pulang daripada luar negara lebih-lebih lagi jika individu tersebut telah diperintahkan oleh pihak hospital supaya dikuarantin di rumah. Elakkan untuk berjumpa individu yang tidak dikenali di kawasan terbuka dan rawak  pada waktu ini. Peningkatan jumlah kes saban hari di negara kita semakin membimbangkan dan setiap individu perlu ada kesedaran untuk menjaga diri dan kebersihan untuk kesejahteraan kita bersama. 

“Virus covid-19 ini sememangnya mudah dijangkiti melalui saliva (air liur) dan cecair yang keluar daripada tubuh badan kita,”

Jaga diri,dan kebersihan okay? Jangan lupa cuci tangan dan memakai hand sanitizer!

Sumber: likely

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 May 2022

Hairul Azreen ‘Ikat Perut’ Selama Lima Bulan Demi…

Hairul Azreen diet, tahan lapar demi menjayakan sebuah karakter untuk filem terbarunya.

Trending Wed, 31 Oct 2018

Nelayan Nampak Pesawat JT 610 Menjunam Ke Laut Sebelum Meletup

Dari jauh saya nampak ia sudah condong sebelum meletup.

Featured Tue, 7 Dec 2021

Kekal Menjaga Aurat ketika Bercuti, Netizen Akui Kagum Dengan Zizi Kirana

Cantik je bila menutup aurat kan…. terpancar Nur tu ♡

Featured Thu, 18 Nov 2021

Gara-Gara Lama Sangat PdPR… Gelagat Tegas Tapi Comel Cikgu Potong Rambut Panjang Warna Merah Murid Raih 3.2 Juta Tontonan

Pembelajaran secara dalam talian dalam tempoh lama memberi kesan terhadap prestasi pelajar. Malah, apabila pelajar sudah terbiasa dengan keadaan belajar dari rumah, meraka akan mula tidak mematuhi peraturan sekolah. @lockymy apa pendapat anda:) #fyp #fypシ […]

Featured Wed, 6 Oct 2021

Sambut Birthday Setahun, Tengku Permaisuri Selangor Hadiahkan Anak Fazura Rantai Berlian

Anak kepada pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya menerima hadiah berupa seutas rantai berlian daripada Tengku Permaisuri Selangor (TPS), Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman hari ini. Hadiah bersempena ulang tahun pertama […]

Drama Thu, 9 Apr 2026

Adam Lee Bawa Watak Dua Identiti Demi Anak Dalam ‘Bayangan Lelaki Sempurna’

Bermula malam ini di slot Akasia, Bayangan Lelaki Sempurna tampil dengan kisah menyentuh hati mengenai pengorbanan seorang bapa tunggal yang sanggup menjalani dua kehidupan demi anaknya.

Hiburan Sun, 4 Jun 2023
error: Content is protected !!