Euforia Bola 2026
Drama By: Padin April 9, 2026 @ 9:02am

Adam Lee Bawa Watak Dua Identiti Demi Anak Dalam ‘Bayangan Lelaki Sempurna’

Drama terbaharu slot Akasia, Bayangan Lelaki Sempurna tampil dengan kisah menyentuh hati mengenai pengorbanan seorang bapa tunggal yang sanggup menjalani dua kehidupan demi anaknya.

Diterajui pasangan suami isteri, Adam Lee dan Sweet Qismina, naskhah arahan Ejump Mohamad ini mengangkat kisah Ammar, seorang penjual ikan yang membesarkan anaknya, Aqish, dalam serba kekurangan.

Drama 28 episod terbitan Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd. ini turut dibintangi Riena Diana, Maya Fathia, Wanns Ahmad dan Amin Iman.

Dalam cerita ini, Ammar menjalani kehidupan sederhana bersama anaknya dengan bantuan jiran, Zulin, yang turut menjaga Aqish bersama anaknya, Zara Milda lakonan Sweet Qismina.

Namun, kehidupan mereka berubah apabila Aqish mengalami serangan asma yang memerlukan kos rawatan tinggi, sekali gus memberi tekanan besar kepada Ammar.

Dalam usaha mencari jalan keluar, Ammar mula mencipta identiti baharu sebagai pempengaruh media sosial dikenali sebagai Luth Zafran. Kehidupan baharu itu membuka lebih banyak peluang, termasuk menarik perhatian seorang wanita berada, Dahlia Rizwani.

Bagaimanapun, situasi menjadi semakin rumit apabila Ammar terpaksa menyembunyikan identiti sebenar, sekali gus berdepan risiko rahsianya terbongkar.

Menurut Adam Lee, watak yang dibawanya mencerminkan dilema seorang lelaki yang terpaksa menyeimbangkan dua sisi kehidupan demi tanggungjawab sebagai bapa.

“Watak ini bukan sekadar tentang hidup dengan dua identiti, tetapi tentang seorang ayah yang berusaha menjadi lebih baik untuk anaknya. Apa yang dia lakukan datang daripada keperluan dan rasa tanggungjawab, kerana bagi dia, keutamaan adalah menjadi insan terbaik untuk anak sendiri,” katanya.

Bayangan Lelaki Sempurna akan mula ditayangkan pada 9 April ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia, TV3.

Penonton juga boleh menonton episod baharu lebih awal melalui platform Tonton, sama ada di laman web rasmi atau aplikasi mudah alih.

—

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 13 Oct 2020
Cahaya Mata Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] Lucu! Gelagat Ameena Kenakan Fizi Ali Undang Tawa – “Macam Itu Je Dia Gulakan Kita”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Fizi Ali yang memaparkan anak sulungnya, Ameena Sofia sedang merakam gambar penyampai radio itu, baru-baru ini. Menerusi hantaran yang berdurasi 23 saat itu, Fizi menyangka Ameena sedang merakam […]

Featured Wed, 18 Jun 2025

Difitnah Terima Rawatan Dari Bomoh Thailand, Azharina Buat Laporan Polis – “Ini Serangan Terhadap Saya Sebagai Wanita”

Azharina bengang apabila individu tidak bertanggungjawab mendakwanya berjumpa bomoh di Thailand.

Hiburan Mon, 25 Nov 2019

Tiara Tertekan, Harap Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL 2020) Dapat Sambutan

Pernah menonton pementasan PGL yang dahulu…set dan lakonan sangat mantap!

Hiburan Wed, 14 Sep 2022

Aman Shah Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung

Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah 🤲🏼

error: Content is protected !!