Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 18, 2025 @ 1:33pm

Difitnah Terima Rawatan Dari Bomoh Thailand, Azharina Buat Laporan Polis – “Ini Serangan Terhadap Saya Sebagai Wanita”

“Kandungan yang disebarkan bukan sahaja satu bersifat fitnah malah direka-reka dengan niat memburukkan nama baik saya dan keluarga”.

Demikian respons penyanyi, Azharina Azhar apabila seorang individu menuduhnya berjumpa bomoh di Thailand selepas didakwa berdepan kejatuhan.

Malah video tersebut turut dimuat naik menerusi platform Youtube  dengan niat menjatuhkan nama baiknya.

Justeru, sedar dengan tindakan penyebaran video berkenaan yang berjudul, ‘Kesedihan Yang Mendalam’, pelantun lagu Elegi Sepi itu tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuklah melaporkannya kepada pihak polis pada Isnin.

“Kandungan yang disebarkan bukan sahaja bersifat fitnah, malah direka-reka dengan niat untuk memburukkan nama baik saya dan keluarga.

“Ia satu bentuk serangan ke atas keperibadian saya sebagai wanita, ibu, anak serta sebagai figura awam dalam industri hiburan tanah air.

“Saya amat terkilan dan marah apabila gambar anak saya juga digunakan dalam video tersebut. Ini melampaui batas.

“Mereka bukan sahaja menyerang saya, malah mengheret anak saya yang tidak bersalah. Sebagai ibu saya takkan berdiam diri,” jelasnya.

Difahamkan, Azharina hadir di Balai Polis Bukit Jalil bersama penyanyi popular, Salamiah Hassan.

“Saya akan ambil tindakan undang-undang untuk melindungi keluarga saya,” tambahnya ringkas.

Sebelum ini, hantaran video berkenaan mendakwa Azharina mendapatkan rawatan bomoh di Thailand selain didakwa mengasingkan diri selepas mendapatkan rawatan tersebut.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 4 May 2020
Trending Thu, 17 Jan 2019

Here’s How You Can ACTUALLY Maintain Your New Year’s Resolutions

According to psychologists, it’s easier to do than we think.

Events Fri, 11 Mar 2022
Hiburan Thu, 19 Dec 2019

Winner Of ‘Dewi Remaja 2019’ Is Not Making The Same Mistake Twice

Some lessons are meant to be learned and what she’s doing will definitely benefit her in the future.

Hiburan Fri, 26 Jul 2019

Muatnaik Sebab Teruja, Neelofa Janji Tak Buat Lagi!

Neelofa akui tindakan itu dibuat kerana teruja dengan filem itu!

Eat Travel Sat, 28 Mar 2020
Featured Wed, 2 Oct 2019

Senaman untuk wanita pertengahan usia

Jangan biarkan usia menjadi penghalang untuk tubuh badan yang sihat

Featured Thu, 19 May 2022

Taylor Swift Kini Bergelar Doktor, Terima Ijazah Kehormat Dari NYU

“I’m now… on paper at least, a doctor!” – Taylor Swift

error: Content is protected !!