Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 3, 2026 @ 12:00pm

“Nak Menangis Tengok Mereka Berebut Tiket…” – Siti Nurhaliza Tersentuh Pengorbanan Peminat Sanggup Labur Duit & Masa Demi Konsert Gema Bumantara

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui tersentuh melihat kesungguhan peminat yang sanggup ‘bertempur’ mendapatkan tiket Konsert Mega Tradisional Gema Bumantara yang bakal berlangsung pada 17 Oktober depan.

Siti berkata, dia sempat mengikuti perkongsian peminat di media sosial yang memaparkan pelbagai reaksi ketika sesi jualan tiket berlangsung sehingga ada yang berjaya, malah tidak kurang juga yang kecewa apabila gagal mendapatkannya.

“Saya rasa terharu, nak menangis pun ada, kelakar pun ada bila tengok peminat ‘battle’ beli tiket.

“Kita ada buat cabaran, peminat pun rakam reaksi mereka ketika berebut tiket. Saya sempat tengok di Threads, ada yang yakin sangat tetapi akhirnya kena tolak (reject), jadi memang suspens dan mendebarkan,” katanya.

Siti berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single Bahasa Mandarin sulungnya bersama Firdhaus berjudul Be Like Water di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Siti, sokongan tidak berbelah bahagi daripada peminat dan rakyat Malaysia menjadi pembakar semangat buatnya untuk memberikan persembahan terbaik pada konsert berkenaan.

“Saya rasa terharu kerana rakyat Malaysia dan peminat saya tak pernah berhenti memberi sokongan.

“Bila tengok kesungguhan mereka menyimpan duit semata-mata nak beli tiket konsert saya, saya tak boleh hampakan mereka. Saya akan buat yang terbaik,” katanya.

Dalam perkembangan sama, pelatun lagu Balqis itu berkata, Konsert Mega Tradisional Gema Bumantara bukan sekadar sebuah persembahan hiburan, sebaliknya menjadi platform mengangkat martabat muzik tradisional ke tahap lebih tinggi.

Katanya, Siti mahu membuktikan karya tradisional mampu dipersembahkan dalam skala besar dengan kualiti bertaraf antarabangsa tanpa menghilangkan nilai seni dan warisan budaya.

“Ini juga satu sumbangan kepada budaya Malaysia. Saya nak tunjukkan walaupun kita menyanyikan lagu tradisional, ia tetap boleh dipersembahkan pada tahap yang tinggi.

“Saya harap Tourism Malaysia juga boleh berbangga dengan usaha saya dan pasukan kerana konsert ini bukan untuk diri saya seorang.

“Saya ada lebih 200 orang tenaga kerja profesional yang bersama-sama menjayakan konsert ini,” katanya.

Terdahulu, Siti mengumumkan bakal mengadakan Konsert Mega Tradisional Gema Bumantara di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 Oktober depan.

Selain meraikan peminat, konsert itu turut membawa misi memartabatkan muzik tradisional supaya terus relevan dan dihargai oleh masyarakat, sekali gus memperkenalkannya kepada generasi baharu melalui sebuah pementasan berskala mega.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Sep 2018

汪明荃忙碌停不下来!1027云顶开唱

「阿姐」Liza汪明荃将于10月27日(星期六)在云顶云星剧场开唱!老公罗家英将任演唱会特别嘉宾,势必为歌迷带来耳目一新的精彩演出。

Hiburan Sun, 26 Nov 2023

Nora Danish Elak Beri Komen Isu Viral – “Lebih Baik Tengok Dan Diam Sahaja”

Kalau bercakap lebih-lebih, takut terkena batang hidung sendiri pulak nanti🥵😖

Hiburan Thu, 8 Aug 2019
Events Tue, 31 Dec 2019

Selamat Pulang Ahmad Dhani!

Peminat #balaDewa pastinya gembira dengan perkhabaran ini kan? Tunggu saja konsert DEWA19 di Malaysia

Trending Fri, 1 Dec 2017

Mangsa Banjir Di Kelantan Terus Meningkat, Lebih 13 Ribu Orang Dipindahkan

Mangsa Banjir Di Kelantan Terus Meningkat, Lebih 13 Ribu Orang Dipindahkan ke pusat permindahan banjir sementara

Trending Wed, 23 May 2018

Amarah Kilauea Terus Mara, Bumi Hawaii Makin Panas!

Sekurang-kurangnya 47 kediaman dan struktur binaan lain musnah di kejiranan Leilani Estates dan Lanipuna Gardens. Seorang lelaki dilaporkan cedera parah pada Sabtu kerana terkena percikan lahar.

Hiburan Tue, 22 May 2018

Syabas! Festival Martabat Warisan Bangsawan Jelajah Lapan Negeri

Teater Bangsawan Dendam Laksamana yang pernah dipentaskan tahun lalu akan menampilkan wajah-wajah lama dan juga baharu. Gandingan segar tahun ini membariskan pelakon antaranya Nadia Aqilah Bajuri, Hairi Safwan, Asmidar, Jay Iswazir, Anwar Rusdini, Fitri, Naque Ariffin, Nazurah, Tria Aziz, Ucop, Azman Hassan dan ramai lagi.

error: Content is protected !!