Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 22, 2018 @ 1:57pm

Syabas! Festival Martabat Warisan Bangsawan Jelajah Lapan Negeri

Syabas buat Pat Ibrahim Project Entertainment (PIPE) atas usaha berterusan memperkenalkan beberapa program dalam terus memperkasakan warisan tidak ketara ( Intangible Heritage).

Antaranya, produksi ini bakal muncul dengan persembahan Bangsawan Dendam Laksamana yang akan memulakan siri jelajah pada Jun 2018 dengan melibatkan lapan buah negeri di Semenanjung Malaysia.

Terdahulu, PIPE pernah muncul dengan produksi berjudul Pekan Bangsawan Warisan Budaya dan persembahan Bangsawan Dendam Laksamana pada November 2017. Namun kali ini, acara di bawah program Siri Semarak Bangsawan dipersembahkan dengan skala yang lebih besar!

Bersesuaian dengan jenama festival iaitu Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya (JPBWB), terdapat empat komponen yang terdiri daripada forum, pameran dan jualan, bengkel dan persembahan bangsawan.

Matlamat utama festival ini sudah tentu untuk memelihara santun Melayu, budaya dan warisan terutamanya warisan tidak ketara dalam konteks bangsawan.

Teater Bangsawan Dendam Laksamana yang pernah dipentaskan tahun lalu akan menampilkan wajah-wajah lama dan juga baharu. Gandingan segar tahun ini membariskan pelakon antaranya Nadia Aqilah Bajuri, Hairi Safwan, Asmidar, Jay Iswazir, Anwar Rusdini, Fitri, Naque Ariffin, Nazurah, Tria Aziz, Ucop, Azman Hassan dan ramai lagi.

Para peminat teater Bangsawan dan orang ramai boleh menyaksikan teater ini di lapan buah negeri termasuk Johor, Melaka, Pahang, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah Perak dan berakhir di Kuala Lumpur. Sesi jelajah bermula pada 25 Jun dan dijangka berakhir pada 11 November 2018.

Untuk mendapatkan tiket, anda boleh membelinya menerusi pipent.peatix.com bermula Jumaat 25 Mei ini atau hubungi 019- 303 6008 pada harga RM 30, RM 50 dan RM 80.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Wed, 14 Dec 2022

Nyanyian Setanggi Syurga Suami Buat Tasha Manshahar, Peminat Puji Kelunakan Suara Raqib Majid

Sudah lama tidak mendengar berita mengenai Tasha Manshahar yang menyepi dari dunia nyanyian. Kini selesa bertugas selaku pendidik, Tasha bahagia bersama suami, penyanyi Raqib Majid dan dua orang anak, Muammar dan Mateen. @iamtashamanshahar Best jugak […]

Hiburan Fri, 26 May 2023
Hiburan Fri, 17 Nov 2023

[VIDEO] “Itu Titik Peluh Mereka” – Isu Selebriti Didakwa Tak Bayar KWSP Pekerja, Ini Reaksi Siti Nurhaliza

Alhamdulillahhhh, terbaik Siti Nurhaliza ambil berat soal KWSP pekerja 🥰

Hiburan Wed, 19 Feb 2020
Hiburan Mon, 8 Apr 2019

Majlis Kahwin Anak Dikecam Netizen,Normah Damanhuri Mohon Maaf

Normah mewakili keluarganya sekali lagi memohon maaf di atas apa yang berlaku.

error: Content is protected !!