Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 17, 2023 @ 4:13pm

[VIDEO] “Itu Titik Peluh Mereka” – Isu Selebriti Didakwa Tak Bayar KWSP Pekerja, Ini Reaksi Siti Nurhaliza

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza amat menitikberatkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pekerja-pekerja di bawah syarikat beliau.

Selain syarikat Siti Nurhaliza Production (SNP) yang menguruskan karier beliau, Siti Nurhaliza juga mempunyai beberapa aset perniagaan lain iaitu SimplySiti (kosmetik), Beausiti (minuman kesihatan) dan Afiya (tudung).

Jelas pelantun lagu malar segar Bukan Cinta Biasa ini, sebagai majikan Siti Nurhaliza tidak memandang remeh mengenai kebajikan pekerja-pekerjanya.

“Sebagai majikan kita kena hargai pekerja dan hak seorang pekerja itu penting kerana itu semua titik peluh mereka.

“Saya tak pandai dan tak nak memandai bercakap. Tapi saya percaya kita kena ikut peraturan dengan cara syarikat berfungsi, beroperasi.

“Mungkin ada yang terlepas pandang atau mempercayakan pihak lain yang buat kerja.

“Sebab bila jadi bos tidak semua kita kena urus. Sebab itu kita ada staf seperti bahagian HR misalnya. Semoga ini jadi pengajaran,” katanya lagi.

Siti Nurhaliza berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Beausiti di hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebelum ini, heboh mengenai dakwaan mengatakan usahawan dan pelawak mengabaikan caruman KWSP untuk pekerjanya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Buat Tak Tahu Isu KWSP Staff? Itu Tak Betul!”- Shuib Mengaku Buat Rundingan, Bayar Caruman Pekerja Secara Ansurans

Artikel Berkaitan: Dituduh ‘Back Up’ Shuib Isu Culas Bayar KWSP & Gaji Pekerja, Yana Samsudin Perjelas Salah Faham Netizen

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 8 Apr 2025
Hiburan Thu, 3 Jul 2025
Trending Fri, 13 Sep 2019

This American Company is Willing to Pay You $1000 Just For Drinking Coffee for a Month

Caffeine addicts and coffee churches, this might be your time!

Hiburan Fri, 26 Jun 2026

Filem The Keris Angkat Warisan Melayu, Gabung Aksi Moden & Hikayat Hang Tuah

Legenda Hang Tuah kembali diangkat ke layar perak menerusi filem The Keris, sebuah naskhah yang menggabungkan elemen sejarah, aksi dan drama dengan sentuhan moden.

Contest Tue, 29 Oct 2019

#JommenangXtra : Dapatkan 12 Tiket Percuma Train To Busan Dan Rasai Pengalaman Menyeramkan Di sana!

Jom sertai #JommenangXtra sekarang! Dan menangi tiket Train To Busan!

error: Content is protected !!