Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari September 21, 2022 @ 8:12pm

Ditanya Siapa Buat? Pakar Psikiatri Dedah Bella Sebut Nama ‘Benon’ & Buat Pergerakan Isyarat

Saksi pendakwaan ke-17, Pakar Psikiatri Hospital Selayang, Dr Wan Asyikin Wan Azlan memaklumkan perkara yang diungkapkan dan pergerakan yang ditunjukkan oleh Bella semasa temu bual bersama Pakar Psikiatri di Hospital Tunku Azizah (HTA).

Maklumat tersebut dimaklumkan oleh Wan Asyikin ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Memetik laporan BH Online, Wan Asyikin yang ketika itu bertugas di Hospital Tunku Azizah turut memaklumkan bahawa Bella membuat pergerakan tangan seperti diikat selain menggosok matanya.

Nor Azizah: Doktor (Wan Asyikin) kata buat mental state examination (pemeriksaan keadaan mental), ada Doktor melihat keadaan Bella pada waktu itu dan apa pemerhatian Doktor?

Dr Wan Asyikin: Pada asalnya sangat pemalu hanya berpaut kepada Puan Hidayah (Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan enggan berkomunikasi dengan saya serta dua lagi individu. Saya keluarkan kertas lukisan dan pewarna, Bella berminat dan setuju duduk di meja kecil di dalam bilik saya untuk mewarna bersama saya sambil saya tanya soalan kasual.

Nor Azizah: Adakah Bella boleh jawab?

Dr Wan Asyikin: Pada asalnya Bella tak jawab, hanya senyum dan terus mewarna. Kemudian saya bertanya mengenai keadaan Bella di rumah dan dia jawab boleh lakukan beberapa aktiviti. Bella sedikit pelat dan jawab satu patah saja tanpa struktur ayat.

Nor Azizah: Bella boleh berinteraksi atau tidak?

Dr Wan Asyikin: Selepas membina hubungan dengannya, dia boleh berinteraksi dengan saya tetapi perlu diingatkan penggunaan perkataan Bella adalah terhad iaitu menggunakan satu patah sahaja.

Nor Azizah: Doktor katakan Doktor ada membina hubungan dengan Bella dahulu, Kenapa perlu buat begitu?

Dr Wan Asyikin: Saya perlu membina sedikit hubungan dengan pesakit kerana seperti kanak-kanak secara asasnya takut apabila berjumpa doktor. Disebabkan Bella pemalu jadi saya gunakan mewarna untuk buat hubungan dan bercakap dengannya.

Nor Azizah: Doktor mengatakan ada bertanya keadaan Bella, jadi apa jawapannya?

Dr Wan Asyikin: Hanya sedikit saja Bella jawab, antaranya di rumah Bella pandai buat apa? Bella menjawab lipat baju, jemur baju, kemas barang, mengemop, menyapu, buat air. Kemudian saya tanya Bella pandai buat air panas ke sejuk dan Bella buat gesture (isyarat) kepada saya tunjuk tangan diikat serta cakap panas. Dia buat secara sukarela tanpa diminta berbuat demikian. Kami tanya siapa buat Bella dan dia sebut nama ‘Benon’.

Nor Azizah: Setakat mana Bella faham soalan Doktor?

Dr Wan Asyikin: Susah nak jawab dia faham atau tidak. Pada awalnya dia tak jawab soalan saya jadi susah nak kata sama ada dia faham ke tak. Apabila saya tanya dia jawab Benon, selain buat pergerakan dan tunjuk mata guna perkataan cili.

Bukan itu sahaja, saksi turut melaporkan bahawa Bella menggelengkan kepala ketika ditanya dua soalan iaitu adakah dia mahu berjumpa dengan Siti Bainun dan hendak balik ke Rumah Bonda.

Namun begitu, saksi memaklumkan bahawa Bella tidak mempunyai ketidakupayaan intelektual walaupun menjawab apa yang ditanya tetapi dia masih boleh menguruskan diri sendiri dan bersosial.

Tambah, semasa sesi soal balas oleh peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor, saksi bersetuju dengan peguam bahawa beliau tidak pernah nampak Bella uruskan diri sendiri selain tidak pernah berjumpa dengan Siti Bainun.

Lagi, saksi juga bersetuju dengan peguam bahawa tiada keterangan daripada Bella mengungkap perkataan ‘disimbah’ atau ‘simbah’.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi akan bersambung esok.

Terdahulu, Siti Bainun Ahd Razali, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang melibatkan pengabaian dan penganiayaan terhadap remaja perempuan berumur 13 tahun sehingga mangsa alami kecederaan fizikal serta emosi.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 31 Oct 2018

Roti Canai & Teh Tarik Penyumbang Terbesar Kepada Kes Obesiti Di Malaysia

Adakah anda peminat sajian ini dan selalu makan dan minum?

Hiburan Sun, 30 Mar 2025

Sharifah Zarina Pertama Kali Tidak Pulang Beraya Di Sarawak, Fokus Persiapan Tunai Haji

Sharifah Zarina sambut hari raya sederhana, fokus ibadah haji

Featured Thu, 26 Jun 2025

“Kami Macam Adik Beradik, Tak Ada Konflik Langsung” – AC Mizal Perjelas Punca Perpecahan Kumpulan 4U2C

“Gaduh memang kena gaduh. Tapi sebenarnya kami semua sudah macam adik-beradik” – AC MIZAL

Hiburan Mon, 9 Dec 2019
Trending Thu, 9 Oct 2025

Media Prima & Primeworks Studios Ungguli Pencalonan FFM 34 Dengan 5 Kandungan Terbaik!

Lima karya terbitan Media Prima dan Primeworks Studios mengukuhkan dominasi mereka dalam industri kreatif apabila tersenarai dalam Top 5 Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM 34).

Hiburan Thu, 6 Nov 2025

“Kalau Arwah Ayah Dia Ada, Dah Kena Baling Kerusi” – Ina Naim Akui Tegur Hadie, Mohon Netizen Jangan Hukum

Hadie dikritik semakin berubah selepas sertai industri hiburan, Ina Naim bersuara

Hiburan Fri, 20 Dec 2019

“Kesempurnaan Tak Dapat Dicari, Menyempurnakan Itu Yang Terbaik” – Shuk Sahar

Pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar atau nama penuhnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar (33) membuat ucapan sempena ulang tahun kelahiran isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah melalui sebuah entri di akaun Instagram miliknya. Melalui perkongsian itu, Shuk […]

Hiburan Mon, 10 Dec 2018

Mummy Takkan Kejar ‘Lelaki’!

Apapun, kita doakan yang terbaik buat mummy. kot lah terjumpa jodoh kat Indonesia kan?

Trending Thu, 7 Dec 2017

Ibu Bawah Umur Sorok Bayi Dalam Kabinet

Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan selepas teman wanitanya yang bawah umur didapati melahirkan seorang bayi lelaki dan menyembunyikannya di dalam laci sebuah rumah di Kampung Bahagian Jaya. Menurut Supritendan Martin Koo yang merupakan […]

error: Content is protected !!