Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 6, 2025 @ 5:57pm

“Kalau Arwah Ayah Dia Ada, Dah Kena Baling Kerusi” – Ina Naim Akui Tegur Hadie, Mohon Netizen Jangan Hukum

Penyanyi, Ina Naim mengakui tidak pernah berdiam diri dalam mendidik anak-anak, termasuk anak sulungnya Ehmad Hadie Elfardie, meskipun sering menerima mesej dan komen daripada netizen yang menggesa supaya dia menegur perlakuan remaja itu.

Menerusi sebuah video tular di TikTok, Ina atau nama lengkapnya Nor Diana Mohd Naim berkata walaupun allahyarham suaminya (Suhaimi Saad) sudah tiada, tanggungjawab mendidik anak kini sepenuhnya di bahunya.

“Setiap hari ada saja yang DM saya, kata ‘anak tak boleh jadi begitu, tak boleh suap-menyuap’. Saya sedih bila baca… tapi saya tegur, saya bukan ibu yang lepas tangan.

“Daddy dia takkan cakap sebab dia sangat hormat pada anak-anak arwah, Ibu dia yang kena tanggung semua. Kalau arwah ayah dia masih ada, dia dah kena baling kerusi, rotan, sepak dan terajang!” ujarnya.

Jelas Ina, teguran dan bebelannya bukan bertujuan untuk mengongkong, sebaliknya demi membentuk keperibadian anak yang semakin dewasa.

“Remaja mana yang suka kena bebel? Tapi kalau bukan ibu yang tegur, siapa lagi? Dia dah besar, dah boleh fikir. Saya bercakap dan membebel untuk Hadie, bukan untuk orang lain,” katanya.

Tambah Ina, dia juga tidak putus menasihati Hadie agar menjaga batas terutama ketika bersama rakan-rakan, selain terus berdoa agar anak-anaknya dilindungi daripada godaan maksiat.

“Setan ada di mana-mana, sekelip mata boleh rosakkan orang. Ustaz pun boleh berubah, apatah lagi anak muda. Itu sebab saya pesan Hadie supaya berhati-hati bila keluar. Saya doa Allah lindung mereka,” katanya.

Bagi mengelakkan fitnah dan spekulasi, Ina mengambil pendekatan dengan memenuhi jadual Hadie dengan aktiviti seni bermanfaat.

“Apa yang saya buat, saya sibukkan dia dengan kerja. Bila sibuk, tak sempat nak keluar sangat. Tapi saya tahu niat mereka nak naikkan nama, demi bisnes dan karier. Saya tak marah, cuma saya nasihat,” katanya lagi.

Ina juga menegaskan supaya orang ramai tidak terlalu cepat menjatuhkan hukuman terhadap anaknya kerana setiap insan sedang belajar memperbaiki diri.

“Jangan menghukum, tapi mana yang salah tetap salah. Saya dah pun menasihati,” ujarnya.

@yuzu.ch3rry

DENGAR & HADAM ☝🏻 p/s: netizen pls jangan lebih lebih. yang sampai dm kak ina bgtau kenapa nasihatkan anak dlm live..kenapa anak mcm tu kenapa macam ni… Kalau nak nasihat korang dm hadie terus. kak ina sebagai ibu dia dah tegur & nasihat. tak perlulah asyik nak dm mengadu itu ini🫰🏻. hmm sedih tau tgk live tadi😔 untuk kak @INA SUHAIMI semoga terus kuat ya 🤍 untuk hadie, ‘moga tak diuji asyik cinta duniawi..’ #fyp #inanaim

♬ Kias Cinta – Suhaimi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 1 Jul 2018

One FM William辛伟廉终于「搵到佢」Adrian李文杰

One FM DJ William辛伟廉日前通过《Happy Hour》节目中宣布Adrian李文杰即将加入One FM成为他的节目新拍档!

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

‘ Skrip Kami ‘Bantai’ Saja’- Shiha Zikir Terkejut Persembahan di BBB 2019 Terima Maklum Balas Positif

Korang tengok tak persembahan Shiha dengan Sharif di Bintang Bersama Bintang malam tadi. ‘Crack’ habis Shiha!

Trending Thu, 17 May 2018

12 English Quotes We’ve Been Getting Wrong All This Time

Avoid failing your English exams by learning the real ones.

Trending Tue, 2 Jan 2018

Leka Dengan Telefon Bimbit, Hilang Kaki Kanan

Seorang wanita di China terpaksa menanggung derita apabila kehilangan kaki kanannya akibat tersepit dengan pintu lif yang rosak.   Rakaman CCTV lif tersebut menunjukkan seorang perempuan berambut pendek sedang leka melihat telefon bimbitnya dan tidak […]

Featured Fri, 27 Jan 2023
Featured Mon, 12 Aug 2024
Hiburan Wed, 8 Jan 2020
Hiburan Wed, 7 Jan 2026

Terlalu ‘Clean’ Sampai Disisih? Adriana Adnan Dakwa Industri Mahu Kontroversi, Bukan Bakat – “Kepada Yang Cari Kekurangan Saya, Semoga Berjaya”

Adriana Adnan tetap bersyukur dengan sokongan individu sekeliling yang sentiasa mempercayai bakatnya

error: Content is protected !!