Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 30, 2025 @ 11:00am

Sharifah Zarina Pertama Kali Tidak Pulang Beraya Di Sarawak, Fokus Persiapan Tunai Haji

Penyanyi Sharifah Zarina membuat keputusan untuk tidak pulang beraya ke kampung halamannya di Sarawak tahun ini kerana sedang mempersiapkan diri bagi menunaikan ibadah Haji bersama suaminya.

Menurut Zarina, ini merupakan pengalaman yang cukup berbeza kerana sepanjang 27 tahun menetap di Kuala Lumpur, dia tidak pernah sekalipun gagal pulang ke Sarawak untuk beraya bersama keluarga.

“Tahun ini persiapan raya saya paling sederhana, malah boleh dikatakan hampir tiada. Saya rasa sangat pelik kerana selalunya setiap tahun kami tidak pernah gagal pulang ke kampung dan menyambut Aidilfitri dengan meriah,” ujarnya.

Bagaimanapun, Zarina menganggap keputusan ini sebagai satu pengorbanan demi memenuhi panggilan Ilahi kerana dalam tempoh dua bulan sahaja lagi, dia akan berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibadah Haji yang sudah lama dinantikan.

“Saya beritahu anak-anak, raya itu ada setiap tahun, tetapi peluang untuk menunaikan Haji adalah sesuatu yang sangat berharga dan tidak selalu datang,” tambahnya.

Dalam kesibukan membuat persiapan, Zarina turut berkongsi diirnya lebih memberi fokus kepada kelengkapan ibadah berbanding persiapan raya.

“Baju raya pun saya tak cari. Kalau sebelum ini, kami awal-awal lagi sudah siapkan semua keperluan. Alhamdulillah, Ihram pun sudah banyak tersedia. Saya juga mahu lebih bersedia dari segi rohani dan fizikal kerana difahamkan cuaca di sana tahun ini sangat panas,” katanya lagi.

Selain itu, penyanyi yang popular dengan lagu Langit Ke Tujuh ini juga berkata keputusan untuk tidak pulang beraya turut dibuat atas faktor perbelanjaan.

Kebiasaannya, Zarina dan keluarga akan menginap di hotel serta perlu menyewa kenderaan sepanjang berada di Sarawak, dan perbelanjaan tersebut kini boleh digunakan untuk keperluan Haji.

“Saya perlu bijak mengatur bajet. Biasanya, kalau pulang ke Sarawak, kami perlu mengeluarkan kos yang agak tinggi untuk penginapan dan pengangkutan. Jadi, kali ini saya rasa lebih baik jika saya alihkan peruntukan itu untuk persiapan ke tanah suci,” tambahnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Dec 2023
Hiburan Sat, 14 Feb 2026

Wany Hasrita Pertaruh ‘Lembayung Tari’, Angkat Nuansa Pop Etnik Penuh Magis

Wany Hasrita kembali dengan single terbaharu berjudul Lembayung Tari, ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh.

Events Thu, 14 Mar 2019

Karya Menarik DFKL2018 Sepanjang Mac Ini!

klip -klip menarik yang belum pernah dikongsi dimana-mana platform juga ada di Youtube Drama Sangat tau!

Hiburan Fri, 15 Aug 2025

Hot FM Cipta Rekod ASEAN, 90 Minit Bersiaran Langsung Di Kedalaman 10 Meter Dasar Laut Pulau Bidong

Hot FM cipta sejarah bersiaran langsung dalam 10 meter laut selama 90 minit

Featured Tue, 2 Mar 2021
Hiburan Sat, 21 Dec 2024
Hiburan Tue, 7 May 2019

‘Saya Akan Tarik Awal Setiap Kali…’- Scha Alyahya Kongsi Tips Rumah Tangga Ideal

Kami sudah mencuba sejak tahun lalu lagi. Mungkin tiada rezeki lagi buat masa ini.

error: Content is protected !!