Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd March 2, 2021 @ 3:01pm

Wanita Hamil, Cuba Mengandung Layak Dapat Vaksin

Berikutan beberapa isu mengenai kesan vaksin terhadap wanita hamil atau dalam proses mengandung, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menjelaskan mereke dibenarkan mendapat suntikan vaksin COVID-19, namun perlu mendapatkan nasihat pakar atau doktor masing-masing.

Beliau menjelaskan kegusaran itu timbul berikutan data ujian klinikal Pfizer menunjukkan ibu mengandung berdepan risiko keguguran.

Dalam ujian yang dilaksanakan, antara vaksin dan placebo, ada segelintir individu yang menyertai ujian klinikal Pfizer sebelum ini tidak mengetahui mereka sebenarnya mengandung.‎‎

“Apa yang berlaku ialah, dua daripada 23 sukarelawan mengalami keguguran secara spontan, justeru data klinikal mengenai kontraindikasi (sebarang keadaan yang menandakan ketidaksesuaian suatu bentuk rawatan) ada disertakan.

“Oleh itu, yang nak dapatkan suntikan imunisasi COVID-19 tetapi mengandung, mereka sebenarnya layak dapat vaksin tetapi perlu hubungi pakar dan doktor masing-masing.

“Ini bagi menentukan mana yang lebih bahaya bagi wanita hamil atau cuba mengandung, sama ada COVID-19 atau kandungan,” katanya pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), di sini, hari ini.

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 7 Nov 2020
Trending Sat, 6 Apr 2019

MBO联手全马同济会邀3400弱势儿童观赏《小飞象》

MBO院线携手非政府组织同济会邀3400位弱势儿童,一起观赏电影《小飞象》。

Trending Sun, 18 Oct 2020

Jom Throwback’ 5 Benda Yang ‘IN’ Masa PKPB Lepas

Kreatif betul rakyat Malaysia ni kan

Featured Thu, 28 Dec 2023
Featured Tue, 22 Apr 2025
Featured Fri, 16 Jul 2021

Tular Gambar Ustaz Don Didakwa Lakukan ‘Sembah Hormat’, Menteri Agama Beri Penjelasan Sebenar

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan pendakwah terkenal Ustaz Don bersiaran secara langsung menerusi sebuah program bual bicara yang membincangkan isu norma baru dalam ibadat […]

error: Content is protected !!