Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari December 28, 2023 @ 5:26pm

Wartawan Hiburan Kritikal Di London, WHAM Lancar Tabung Kecemasan Buat Fiza Kamarudin

Wartawan hiburan, Fiza Kamarudin dilaporkan sedang kritikal selepas tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, semalam.

Susulan itu Fiza, 40, atau nama sebenar Siti Nor Hafiza Kamarudin kini dirawat di Hospital Charing Cross.

Difahamkan, kejadian berlaku beberapa jam sebelum Fiza bersama keluarga berlepas pulang ke tanah air.

Sehubungan itu, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) melancarkan tabung kecemasan bagi membantu memudahkan urusan Fiza.

Presidennya Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin berkata, inisiatif melancarkan tabung khas itu selepas mendapat persetujuan daripada suami Fiza iaitu Mohd Roshdi.

“WHAM mengambil kesempatan ini dengan mengalu-alukan semua pihak bagi membantu sahabat kita ini yang sedang memerlukan. Biarpun sedikit tetapi ia sungguh bermakna dan dihargai.

“Kami juga mengalu-alukan sumbangan rakan artis dan mana-mana pihak yang pernah bekerjasama dengan Fiza sepanjang kerjaya mereka. Memandangkan kita belum tahu berapa lama lagi Fiza perlu mendapatkan rawatan di sana dan bilakah dia akan dibawa pulang ke Malaysia, sudah pasti keluarganya memerlukan bantuan dan sokongan kewangan.

“WHAM merakamkan jutaan terima kasih dan semoga urusan Fiza dipermudahkan di sana. Semoga doa kita untuk kesembuhan sahabat kita itu dimakbulkan,” katanya.

Fiza juga wartawan di portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU sebelum ini terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London. Dia, suami dan dua anaknya berlepas pada pertengahan Disember lalu dan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 27 Disember.

Meskipun keadaan kesihatannya kurang baik sebelum ini, keluarga memilih untuk menunaikan hajat Fiza bercuti atas permintaan beliau sendiri.

Sumbangan orang ramai boleh disalurkan ke akaun Maybank 5620 2169 1966 atas nama Mohammad Sudirman (Penolong Setiausaha WHAM).

Fiza Kamarudin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 10 Jun 2021
Featured Mon, 29 May 2023
Trending Mon, 15 Apr 2019

研究:经常打坐和运动增强职场优势

在当今竞争激烈的大环境里,几乎每个人都日复一日地处在高科技时代的压力及疲惫不堪中,随之而来的是无法投入工作所带来的不安全感和不稳定感。如何摆脱这种状态呢?

Featured Fri, 19 Aug 2022

Pelakon Lelaki Meningkat Naik Didakwa ‘Kaki Perempuan’ & Dadah, Terlibat Jenayah Rog*l Gadis Bawah Umur?

Mak aii semua jenayah berat dia tapau eh 👀 Siapa eh agak-agak pelakon lelaki tu? 🤔

Hiburan Tue, 5 Nov 2024

Janna Nick Kesal Dini Didakwa Ada Lebih Hormon Wanita, Jadi Punca Belum Dikurniakan Zuriat

Janna Nick menangis Dini dituduh lebih hormon wanita punca tak dikurniakan zuriat

Trending Mon, 6 Jul 2020
error: Content is protected !!