Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 26, 2025 @ 1:04pm

“Kami Macam Adik Beradik, Tak Ada Konflik Langsung” – AC Mizal Perjelas Punca Perpecahan Kumpulan 4U2C

“Kami semua dah macam adik-beradik”.

Demikian respons anggota kumpulan 4U2C iaitu Datuk AC Mizal mengenai perpecahan kumpulan itu sebelum ini.

Kata AC ketika ditemui XTRA usai sidang media konsert yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa, tidak timbul sebarang pergaduhan membabitkan anggota kumpulan hip hop itu sebaliknya wujud konflik dalam pengurusan.

Jelasnya, hubungan yang terjalin hampir tiga dekad ini adalah disebabkan tidak wujud sebarang salah faham atau berkecil hati sesama anggota kumpulan.

“First group kami release tiga album, satu album mini dan lepastu kita pecah sampailah ada yang keluar.

“tapi keakraban itu adalah sebab no heart feeling.

“Tak ada langsung sebenarnya. Gaduh memang kena gaduh. Tapi sebenarnya kami semua sudah macam adik-beradik.

“Ketika mula-mula muncul dulu kami tak sangka kumpulan ini akan jadi nama besar.

“Dan, perpecahan kami bukanlah disebabkan bergaduh sebaliknya wujudnya konflik dalam pengurusan kami pada ketika itu,” katanya.

Dalam pada itu, anggota 4U2C lain iaitu Azam berkongsi sejak perpecahan kumpulan itu dahulu, masing-masing rakannya mahu membawa haluan masing-masing.

“Dulu, masing-masing mahu membawa hala tuju sendiri. Masing-masing ada direction sendiri,” jelasnya.

Terdahulu, kumpulan 4U2C kembali mengubat kerinduan peminat setia selepas hampir 30 tahun menyepi dengan konsert istimewa bertajuk WE 4U2C, yang dijadual berlangsung pada 15 September ini di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

Mengangkat tema “Bringin’ Back Da 90’s Flava”, konsert anjuran Juss Event itu bakal menjadi medan untuk para peminat mengimbau zaman kegemilangan muzik era 90-an bersama tujuh anggota asal kumpulan iaitu,  AC Mizal, Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 19 May 2022

Penyewa Rumah PPR Tidak Bayar Sewa Lebih Sedekad, Tidak Malu Tinggal Secara ‘Percuma’

Ada kalangan penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) lebih sedekad tinggal ‘percuma’.

Trending Wed, 18 Apr 2018

Top5素颜也很正的日本女星「国民老婆」新垣结衣只排第2

日本化妆品公司近日做了一项调查,列出了网友认为「素颜也很正的女星排名」,其中「国民老婆」新垣结衣竟然只能屈居第二,到底第一名是拥有怎样的盛世美颜呢?

familuv Thu, 26 Jan 2023

[VIDEO] “Bagi Isteri Makan Dulu, Baru Kita Makan” – Ramai Puji Sikap Prihatin Datuk K Terhadap Siti Nurhaliza, Anak & Menantu!

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna @norazlin67 yang memaparkan gelagat keluarga penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang menjamu selera di sebuah kedai makan. Berdasarkan hantaran tersebut, suami kepada Siti, iaitu Datuk […]

Drama Fri, 5 Dec 2025

‘Sumpah Ibuku’ Semakin Panas! Netizen Puas Hati, Che Yam Rupanya Dimadukan Dalam Diam

Makin best drama bersiri Sumpah Ibuku! Jangan lupa saksikan di slot Akasia TV3!

Trending Wed, 24 Feb 2021

Riena Diana Kini Penyampai Geng Pagi Hot FM

Akak Lailer dah jadi Geng Pagi Hot, confirm letup!

Featured Tue, 13 May 2025

[VIDEO] “Buang Tatu, Buang Benda Haram & Berubah Jadi Muslimah Lebih Baik” – Nilam Ortiz & Azlan Komeng Ikhtiar ‘Berubat’

Nilam berkata ikhtiar rawatan ini dianggap sebagai ‘berperang’ kerana untuk membuang ‘benda’ tersebut bukanlah mudah.

Featured Tue, 20 Sep 2022
Events Wed, 20 Jun 2018
error: Content is protected !!