Euforia Bola 2026
familuv By: Dharnieya Nur Amelsa January 26, 2023 @ 6:49pm

[VIDEO] “Bagi Isteri Makan Dulu, Baru Kita Makan” – Ramai Puji Sikap Prihatin Datuk K Terhadap Siti Nurhaliza, Anak & Menantu!

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna @norazlin67 yang memaparkan gelagat keluarga penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang menjamu selera di sebuah kedai makan.

Berdasarkan hantaran tersebut, suami kepada Siti, iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengambil makanan yang diberi oleh pelayan dan terus menyuap makanan tersebut kepada isterinya terlebih dahulu.

Setelah menyuap makanan kepada Sitii, Datuk K terus mengambil makanan dan menyuap anak-anaknya iaitu Aazief, Adib dan Asyraf serta menantunya Izara Aishah dan Tya Ariffin.

Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila Datuk K memberikan nasihat kepada anak-anak serta menantunya untuk melebihkan isteri terlebih dahulu.

“Bagi isteri makan dulu, baru kita makan,” katanya di dalam video tersebut.

Bukan itu sahaja, menantunya Tya Ariffin turut berkata menerusi perkongsian tersebut bahawa makanan yang disuap itu sedap dan bertambah lebih sedap apabila disuap oleh bapa mentuanya.

“Thank you ayah. Sedap! Lagi-lagi bapa mentua suap,” kata Tya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Datuk K dan menyifatkan ahli perniagaan itu merupakan seorang bapa mentuanya yang prihatin.

Malah, ada juga segelintir yang berkata bahawa Tya dan Izara merupakan menantu yang bertuah.

“Jarang-jarang nampak bapa mertua suap menantu perempuan. Bertuah Izara dan Tya dapat bapa mertua penyayang.

“Datuk K pesan bagi makan wife dulu baru kita makan. Tapi dia suap semua orang. Terbaik Datuk K.

“Bapa mentua suap menantu perempuan. Bertuah Izara dan Tya dapat bapa mentua penyayang.

“Bagus Datuk K sambil tu anak-anak akan ikut contoh ayah.

“The best family ever. Sebab circle semua positif. Yang best hormat menghormati,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 327,000 tontonan, 19,000 tanda suka dan lebih 155.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Jun 2019

‘Jangan Sorok Password’- Amyra Rosli Kongsi Tips Rumah Tangga

Kami selalu ingatkan diri masing-masing untuk membuang ego jauh agar isu tidak berpanjangan,

Featured Tue, 6 Mar 2018

Tahap Seksi Wanita Mengikut Zodiak! Libra Paling Power

Tidak dapat dinafikan zodiak atau bintang kelahiran, serba-sedikit related dengan karakter anda.

Ini kerana para ahli astronomi membuat kajian kepada puluhan ribu manusia yang bernaung di bawah bulan kelahiran yang sama dan akhirnya menghimpunkan kesamaan sifat menerusi  zodiak mereka.

Namun begitu bukanlah soal karakter yang ingin dikupas, sebaliknya pesona dan keseksian melalui zodiak masing-masing.

Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Zarina Losing Her Cool After Her Son’s Struck Incident

Let’s hope things will get better for Zarina

Featured Mon, 27 Feb 2023
Featured Mon, 28 Apr 2025

“Soalan Macam Budak Tak Ada Otak” – Ameera Khan Sekolahkan Netizen Tanya Soalan ‘Dah Sleep Dengan J’

Ameera Khan sekali lagi mencuri tumpuan selepas seorang pengguna media sosial tampil berani bertanyakan soalan sensitif melalui aplikasi Instagram “Ask Me Anything”.

Featured Fri, 2 Aug 2024

Azfar Heri Nafi ‘Mencapap’ Rakan Artis – “Saya Ada Nama Sendiri”

Rezeki Azfar dikelilingi orang-orang yang sekepala. Bukan sebab menumpang populariti okay!😎💅

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Calum Scott Sways the Crowd Away with 3 Heart Melting Hit Songs

It was the man with a voice of an angel’s first visit to Malaysia!

Hiburan Wed, 2 Jan 2019

‘Good Luck, Elfira’- Sufian Suhaimi

Tiada apa yang ingin saya katakan sebab kami sudah lama meneruskan kehidupan masing-masing.

error: Content is protected !!