Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 2, 2024 @ 5:26pm

Azfar Heri Nafi ‘Mencapap’ Rakan Artis – “Saya Ada Nama Sendiri”

Pempengaruh media sosial popular, Azfar Heri menolak dakwaan sesetengah pihak apabila dikatakan kehadirannya dalam industri hanyalah disebabkan menumpang populariti rakan artis.

Katanya ketika ditemui XTRA, dia berpendapat tidak ada istilah dikatakan menumpang populariti rakan-rakan artis yang lain termasuklah, Yaya Zahir, Shalma Aina, Intan Najuwa dan ramai lagi.

Menurutnya, sikap ‘easy going’ dan suka berkawan adalah faktor utama dia disenangi orang sekeliling.

“Saya ni sejenis yang easy going, suka berkawan, dan saya ni memang extrovert. Macam yang saya kenal memang saya akan bergurau, berborak dan saya tak ada pun nak mencapap atau menumpang populariti mereka,” ulasnya.

Mengulas lanjut, Azfar atau nama penuhnya, Muhammad Azfar Herisyam, 26, menegaskan, dia juga sudah dikenali ramai pengikut di laman sosial sekaligus menolak dakwaan mempunyai ‘niat’ lain untuk berkawan dengan artis popular.

“Saya rasa saya pun dah ada nama sendiri, so kita just berkawan sahaja dan tak ada niat lain ke apa. Kalau ada ‘niat’ lain pun orang lain sendiri boleh nampak. Dan saya tahu apa yang saya buat.

“And of course, kalau orang tu tahu yang saya ni nak menumpang populariti, mereka mesti akan lari,” katanya.

Azfar berkongsi mengenai perkara itu pada sidang media TikTok Awards Malaysia 2024 yang diadakan di The Estate, Bukit Damansara baru-baru ini.

Ketika disoal mengenai perasaannya tercalon dalam kategori Beauty & Fashion Creator Of The Year, Azfar bagaimanapun meluahkan rasa syukur dan gembira memandangkan pada tahun lepas dia sekadar hadir sebagai penyokong sahaja.

Malah, bercakap mengenai pemilihan fesyen yang sering ditampilkan kepada khalayak, Azfar memaklumkan, ia adalah inspirasi dari media sosial selain suka menyuai padankan pakaian dan warna busana yang dipakainya.

“Happy dan tak sangka sebab last year datang sebagai penyokong dan kali ini sebagai peserta.

“Sebenarnya, kita banyak tengok sekeliling lah, sosial media, kadang kita tengok nice dan nak create that look,  so kita buat tapi kita letakkan kita punya sentuhan. Macam saya memang selalu mix and match dan inspirasi tu memang datang daripada media sosial juga” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

 

Sekadar info, TikTok Awards Malaysia 2024 bakal mempertandingkan sebanyak 12 kategori bagi meraikan pencipta kandungan di Malaysia.

TikTok Awards Malaysia 2024 terus dihangatkan dengan gandingan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim dan Janna Nick sebagai pengacara utama, manakala Ain Edruce dan Ceddy pula akan menggalas tanggungjawab sebagai pengacara karpet merah.

Nantikan juga persembahan memukau daripada penyanyi popular tanah air seperti Aina Abdul, Naim Daniel, Aisha Retno, Sarah Suhairi, Amir Jahari, dan ramai lagi pada malam kemuncak TikTok Awards Malaysia 2024 yang akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada 11 Ogos depan, jam 9.00 malam hanya di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Mar 2020

Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia Ditangguhkan, Bimbang Penularan Wabak Covid-19

  KONSERT sulung penyanyi Khai Bahar, Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia yang dijadual berlangsung pada 27 dan 28 Mac ini di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur ditunda ekoran penularan wabak Covid-19. Perkara […]

Featured Mon, 8 May 2023
Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Selamat Timang Anak Keempat, Tahniah Buat Yatt Hamzah!

Tak sabar nak tengok Yatt Junior..

Featured Thu, 19 Jan 2023
Hiburan Fri, 1 Jun 2018

李俊颉推单曲晋升「艺人企业家」为老人院筹募

Victor李俊颉相隔六年再推出全新单曲《记得我爱你》送爸爸,以「艺人企业家」的身份再出发,为慈善,梦想和事业一同打拼!

Trending Mon, 14 Jun 2021

Achey Simpan Hasrat Beraksi Di Pentas AJL

Pelawak dan penyanyi, Achey menyimpan hasrat agar suatu hari nanti dia dapat berkaksi di pentas pertandingan nyanyian seperti Anugerah Juara Lagu (AJL). Terkenal dengan lagu Yang Terindah dan Sakit, Achey kini muncul dengan single baru […]

Hiburan Mon, 9 Sep 2019

Luahan Rasa Tya Arifin Untuk Suami Buat Warganet ‘Cair’

Kehidupan pasangan pelakon dan penyanyi Indonesia, Tya Arifin bersama keluarga sering menjadi perhatian ramai. Apa lagi selepas mewujudkan channel Youtube sendiri, aktiviti harian menantu kepada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini dikagumi penonton bukan […]

Featured Wed, 18 Mar 2020
Events Sun, 16 Feb 2025
error: Content is protected !!