Euforia Bola 2026
Trending By: Padin June 14, 2021 @ 7:31am

Achey Simpan Hasrat Beraksi Di Pentas AJL

Pelawak dan penyanyi, Achey menyimpan hasrat agar suatu hari nanti dia dapat berkaksi di pentas pertandingan nyanyian seperti Anugerah Juara Lagu (AJL).

Terkenal dengan lagu Yang Terindah dan Sakit, Achey kini muncul dengan single baru berjudul Sembuh.

“Saya sebenarnya menyimpan hasrat dari lagu pertama lagi. Sudah masuk pencalonan Muzik Muzik, tapi tak lepas. Saya beranggapan mungkin saya bukan penyanyi profesional. Tapi apabila diterima di media sosial dan YouTube ia sudah cukup baik.

“Tontonan sehari satu juta untuk setiap lagu, ia sangat memberangsangkan. Syarikat rakaman pun agak terkejut sebab sambutan sangat bagus dan kekal selama seminggu.

“Harapan untuk lagu ini tak banyak, cuma lebih kepada ia mendapat sambutan baik dan tontonan yang tinggi. Malah, paling penting nak orang faham lagu ini adalah kesinambungan daripada lagu Sakit. Sembuh adalah penutup cerita itu. Selepas itu baru buat lagu lain pula,” katanya.

Bercerita mengenai kerjaya nyanyiannya, Achey berkata gelaran pelawak yang dibawa pada mulanya membuka ruang untuk dirinya meneroka cabang seni lain.

“Saya pada mulanya nak hasilkan karya atau lagu ini sebagai satu lagi cabang lain dalam diri. Jadi, bidang nyanyian ini adalah sesuatu yang saya suka. Alhamdulillah, ia diterima. Walaupun saya bermula sebagai pelawak, tapi saya diterima baik.

“Mungkin juga disebabkan kisah hidup saya dan keluarga atau suara saya ketika membuat komedi, saya diterima ramai. Alhamdulillah, bermula dengan lagu pertama sampai sekarang, masih diterima. Sangat positif perkembangan.

“Tapi untuk menjadi penyanyi profesional, saya berasakan belum layak. Sebab mungkin dari sudut pandangan orang, saya asal pelawak. Tapi kalau diterima, mungkin ia boleh. Macam Allahyarham Tan Sri P Ramlee, dia juga pelawak dalam setiap filem lakonannya dan juga penyanyi profesional.

“Jadi, tak salah jika saya mengambil inisiatif sama dan mengambil konsep itu. Walaupun saya pelawak, mungkin boleh menjadi penyanyi profesional. Tapi, saya kalau diterima, saya mungkin kena belajar banyak perkara terutama teknik nyanyian,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Nov 2021
Cahaya Mata Sat, 15 Jul 2023
Filem Sun, 5 Apr 2026

Dikritik Kurang Aksi Lumba Motor, Ini Respons Pengarah Malaikat Malam

Pengarah Nazifdin Nasrudin tampil menjawab kritikan yang mendakwa Malaikat Malam kurang memaparkan elemen perlumbaan motosikal walaupun mengangkat watak ‘mat motor’.

Kes Mahkamah Wed, 2 Aug 2023
Trending Mon, 13 Jun 2022

“Saya Berdosa Urusan Saya Dengan Allah…” – Isteri Caprice Anggap Komen Negatif Seperti ‘Free Marketing’

Farra Inalis menganggap komen negatif sebagai free marketing perniagaannya.

Featured Sat, 8 Nov 2025

“Kalau Saya Tak Senyum Orang Ingat Saya Sombong” – Anna Jobling

Anna Jobling menepis dakwaan segelintir warganet yang mengatakan dirinya sombong.

Featured Wed, 28 May 2025
Featured Thu, 20 May 2021

Tak Dapat Tidur Malam Lihat Video Kanak-Kanak Diseksa, Vivy Yusof Kutip Lebih RM1 Juta Dana Buat Rakyat Palestin

Usahawan dan pengasas jenama Fashion Valet dan Duck Scarves, Datin Vivy Yusof mengakui beliau amat tersentuh dengan penderitaan rakyat Palestin. Menurut Vivy lagi, sebagai seorang ibu dia tidak sanggup melihat kanak-kanak di sana saban hari […]

error: Content is protected !!