Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 11, 2022 @ 11:33am

“Cari Imam Untuk Tarawih, Dapat Imam Seumur Hidup” – Rupanya Ini Permulaan Detik Cinta Neelofa & PU Riz… Sweet Sungguh!

Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa mendedahkan dirinya mula jatuh cinta dengan suaminya, Haris Ismail atau PU Riz ketika pendakwah itu menjadi imam solat tarawih di rumah keluarganya pada 2020.

Menurut Neelofa, Haris adalah insan terakhir yang dipanggil selepas beberapa nama lain tidak berkelapangan.

“Sebelum ini, kami pernah beberapa kali bekerjasama. Masa tu tahulah dia ‘handsome’ (kacak). Sewaktu puasa ketika Covid-19 tahun 2020, saya cari imam solat tarawih di rumah. Lepas tu, orang itu tak boleh, ini tak boleh.

“Akhir sekali saya terfikir pernah kerja dengan PU Riz, jadi panggil dia sajalah. Bila panggil, pertama kali pergi rumah mak, Ya Allah, terjatuh cinta,” katanya menerusi salah sebuah temu bual yang diacarakan oleh Nabil dan Elly Mazlein.

@mummy_raden_penang @nun.haa @hrisbismail #meletop #meletopfyp #neelofa #fyp #lovelofa #astro #sweetcouple #berandatiktok ♬ original sound – Gusti Putri Raden Loffa

“Cari imam untuk tarawih, dapat imam seumur hidup,” seloroh Nabil yang sempat mengusik pasangan itu.

Rakaman wawancara itu meraih perhatian wargamaya dan telah dimuat naik semula di aplikasi TikTok.

Ketika Neelofa menceritakan mengenai perkara terbabit, Haris yang kelihatan tersipu malu hanya tersenyum dan beberapa kali mencelah.

“Cerita macam ni malu, cerita sikit-sikit saja. Okay cukup, ringkas, padat dan sampai,” katanya.

Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan selamat menimang cahaya mata pertama mereka, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 29 Jan 2020

IKEA Tutup 30 Cawangan Di China Akibat Koronavirus

Pusat perabot IKEA di seluruh China akan ditutup buat sementara waktu hingga ada notis baru dikeluarkan. Penututpan itu dilakukan akibat daripada penularan wabak koronavirus yang melanda negara itu. IKEA yang mempunyai 30 cawangan di seluruh […]

Hiburan Tue, 29 Aug 2023
Featured Tue, 21 Dec 2021

Lelaki Cuba Redah Banjir Untuk Berlindung Di Tempat Selamat Ditemui Lemas

Percubaan seorang lelaki yang berusaha untuk meredah banjir menuju ke tempat selamat selepas rumahnya dinaiki air berakhir dengan tragedi apabila ditemukan maut di perkarangan perumahannya di Flat Taman Permata, Dengkil pada Isnin. Memetik laporan BERNAMA, […]

Hiburan Wed, 27 Jun 2018

Faizal Ismail ‘Tegur’ Jutawan Kosmetik

Kata penyampai radio dan pengacara popular ini, ramai yang tak tengok video pun masih menghormati ibu dan isteri.

Hiburan Sun, 16 Nov 2025
Hiburan Wed, 4 Dec 2019
Hiburan Thu, 20 Nov 2025
error: Content is protected !!