Euforia Bola 2026
Hiburan By: Atiqah Johari October 20, 2023 @ 8:31pm

Nama Dikaitkan Berhubungan Dengan Fiza Halim, Engku Emran Perjelas Perkara Sebenar – “Kalau Nak Tahu Cerita…”

Sebelum ini, nama bekas suami Noor Nabila iaitu Engku Emran pernah didakwa mempunyai hubungan dengan pelakon Fiza Halim selepas didakwa memuat naik foto bersama anak selebriti itu.

Susulan itu, memetik video temu bual Zayan FM, Engku Emran tampil menjelaskan perkara sebenar.

Jelasnya, dua remaja itu adalah anak kepada sahabatnya bukannya anak pelakon seperti yang disangkakan orang ramai.

“Sebelum ini ada cerita mengenai saya dating dengan seorang selebriti. Saya ambil gambar dengan anak dia.

“Kalau nak tahu cerita, kawan saya daripada Terengganu kahwin dengan orang dari Czechoslovokia, jadi anak dia kacukanlah.

“Bulan puasa mereka datang ke Malaysia. Saya jamu dia buka puasa di rumah saya. Kebetulan isteri dia tak ada hanya ada dua anak dia sahaja.

“Saya ambil gambar dengan anak dia dua orang tapi ada komen mengatakan yang Engku Emran dating dengan sekian sekian.

“Daripada situ orang buat cerita. Masyarakat kita ini macam mana? Dengan komen itu boleh jadi fitnah,” ujarnya.

Emran juga berkongsi bahawa kontroversi yang menimpanya itu turut memberi kesan kepada arwah ibunya dan bimbang akan keadaan anaknya, Engku Aleesya.

“Masa itu arwah ibu saya masih hidup. Dia mesej saya tanya apa lagi ini Emran?

“Saya boleh terima perkara ini tapi mak ayah kita… anak kita. Anak saya sudah 14 tahun sudah boleh membaca. Jadi tak sedaplah,” katanya lagi.

Bukan itu sahaja, Emran juga mengakui bahawa dia tidak selesa untuk berkongsi apa-apa masalah dengan orang sekeliling namun lebih memilih untuk mendapatkan nasihat daripada orang berpengalaman.

“Kita kalau nak tengok masalah peribadi kena tengok siapa orangnya… Jangan sebarangnya bercerita. Masalah saya ini kawan saya pun tak tahu.

“Bagi saya baik saya tanya ustaz, dia lebih berpengalaman tapi bukannya kawan saya tak berpengalaman.

“Tapi saya tak nak hubungan dia dengan mana-mana bekas isteri saya terjejas. Bila saya luahkan masalah pada kawan sedikit sebanyak akan terjejas.

“Jadi kalau kawan baik saya tidak tahu masalah saya tapi netizen diluar tahu masalah saya… Gempak lah! Mereka ini pakar tapi biarlah mereka bercakap,” jelasnya lagi.

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Foto Dengan 2 Remaja, Netizen Tuduh Engku Emran & Fiza Halim Bercinta! Rupa-Rupanya…

Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto Terkini Dua Anak Perempuan, Fiza Halim Mohon Henti Spekulasi Bercinta Dengan Engku Emran – “Tak Serupa, Kami Kenal Pun Tidak!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 1 Mar 2022

Hasilkan Single OST Khilaf Asmara TV3, ‘Melepaskanmu’ Jadi Karya Terakhir Amylea Sebelum….

Penyanyi Amylea atau nama sebenarnya Amylea Azizan, 36, muncul dengan single Melepaskanmu yang juga ciptaan penuh olehnya dan bakal mengisi drama Khilaf Asmara sebagai lagu tema. Menerusi lagu ini, Amylea sekali lagi bekerjasama dengan syarikat […]

Contest Tue, 13 Aug 2019
Hiburan Thu, 7 Jul 2022
Trending Thu, 19 Apr 2018

Isu Peha Melimpah, Ramai Menunggu Kak Zai Buat Permohonan Maaf

Isu panas membabitkan pengulas fesyen, Zaihani Mohd Zain mengkritik tetamu fashion show yang berbadan besar masih belum reda lagi nampaknya?

Kisah Viral Wed, 14 Feb 2024

“Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya”- Puteri Sarah

Haa, jangan main-main dengan Puteri Sarah🔥🔥🔥

error: Content is protected !!