Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 7, 2023 @ 4:50pm

Muat Naik Foto Terkini Dua Anak Perempuan, Fiza Halim Mohon Henti Spekulasi Bercinta Dengan Engku Emran – “Tak Serupa, Kami Kenal Pun Tidak!”

Sebelum ini, pelakon Fiza Halim didakwa mempunyai hubungan istimewa bersama Emgku Emran.

Gosip hubungan cinta Fiza dan Engku mula menjadi hebohan ramai selepas sebuah foto Engku bersama dua remaja perempuan dipercayai anak saudaranya dikatakan mirip anak-anak aktres ini.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Fiza memuat naik beberapa foto anak-anaknya iaitu Ferra Aryana dan Feeya Adyrra yang dikhabarkan individu dilihat bergambar bersama Engku seperti tular baru-baru ini.

Fiza meluahkan rasa kesal atas segala fitnah dan tohmahan terhadapnya dan menegaskan agar netizen berhenti membuat fitnah.

Jelas Fiza lagi, muka anak-anaknya langsung tidak mirip bersama Engku, seperti yang didakwa ramai.

“Tolong hentikan viral dan fitnah korang ya! Aku tak nampak dimana serupanya muka aku dengan pihak yang korang kaitkan itu. Jauh beza sama sekali…

“Dah macam-macam cerita aku dengar pasal aku korang dok kata dan tulis.

“Pada mulut netizen mula buat cerita ni silalah merangkak nanti disana untuk datang dan minta maaf kat aku,” katanya.

Bekas anggota kumpulan Elite itu berkongsi foto terkini anak-anaknya agar netizen mampu membuat perbandingan.

“Jangan pandai-pandai nak sebar fitnah dan aibkan orang. Fikirlah sikit, orang ada family. Banyak hati nak kena jaga. Sibuk sangat nak jaga tepi kain orang.

“Fitnah orang bercinta, tanpa asal usil periksa. Last-last malu sendiri. Best ke dapat kumpul semua dosa-dosa aku?

“Tak pasal-pasal, semua pahala korang yang dok keji dan hina aku tu, aku dapat. Apa-apapun terima kasih semua,” tulisnya.

Malah, berdasarkan hantaran di Instagram Story (IGs), Fiza berkata dia langsung tidak mengenali Engku.

“Kenal pun tidak, celah bedah mana pulak aku bercinta dengan dia? Pelik-peliklah korang fitnah.. Kerana mulut korang, tak pasal babit semua orang.

“Jangan sampai aku ambik tindakan. Jangan cakap aku tak bagi tahu ye,” tulisnya.

Sekadar info, kedua-dua anak perempuan Fiza iaitu Feera dan Feeya merupakan anak dari hasil perkahwinan bersama bekas suami, Ahmed Farriq Zainul Abidin.

Selepas empat tahun berkahwin, pasangan itu berpisah pada November 2010.

Perkahwinan kedua Fiza adalah bersama penyanyi, Adam pada September 2013 dan hubungan mereka tidak berpanjangan.

Kemudian, pada Disember 2016 Fiza mendirikan rumah tangga bersama seorang duda anak dua, Aizat Al Jefri dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata, Siti Aleena.

Perkahwinan ketiga Fiza juga tidak bertahan dan mereka bercerai pada Julai 2019.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Mar 2019

Sama Cantik, Sama Padan! Fasha Sandha Dan Aidil Aziz Panas Sarung Baju Kahwin?

Tak sabar rasanya nak tunggu Fasha Sandha dan Aidil kahwin, mesti letopppp kan?

Trending Sat, 31 Mar 2018

Amal Leman Baton Selama 4 Hari, Hilangkan Batuk & Selesema Bayi

Lemon baton insyallah dapat membantu bayi yang sedang selesema dan batuk. Ingat amalkan 4 hari insyallah.

Events Tue, 9 Jul 2019

林子祥笑称演唱会不需嘉宾!从小对榴莲有阴影

林子祥笑称演唱会不需嘉宾!虽然常来大马,但自小就对榴莲有阴影……

Hiburan Wed, 11 Jul 2018

Erra Fazira Bersuara Mengenai Isu Sakit Mental

Erra Fazira bersuara tentang sakit mental termasuklah kemurungan kerana hal ini tidak boleh dibuat main dan perlu dititikberatkan….

Hiburan Wed, 24 Jul 2019

Dalam Diam Ebby Yus Rupanya Dah Kahwin?

Gara-gara foto ‘perkahwinan’ itu juga, Ebby dicemuh segelintir warganet kerana memilih gadis jauh lebih muda sebagai pasangan hidup.

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

Sajat Nafi Gila Glamour

Kita tak boleh halang mulut orang untuk bercakap atau mengata. Dari dulu lagi ‘makcik bawang’ akan tetap bercakap. Kehadiran saya dalam industri muzik adalah sekadar mewarnai industri hiburan, bukan gila glamour!

Trending Fri, 5 Jan 2018

Padah Bawa Pemetik Api Menyerupai Bom Tangan

Memiliki pemetik api menyerupai bom tangan mengakibatkan seorang pemuda ditahan polis

Featured Mon, 9 May 2022
Events Wed, 2 Jan 2019

The Art Scene in Malaysia Magnifies in 2019

Check out these upcoming art events happening this year.

error: Content is protected !!