Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin January 5, 2021 @ 12:55pm

Jalan Berlubang Punca Penghantar Makanan Ini Maut Di Lokasi Kejadian

Susulan kes keadaan jalan raya yang tidak rata dan berlubang seringkali menjadi isu kepada berlakunya kes kemalangan sehingga meragut nyawa.

Terbaharu, Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar lopak di bahu jalan sebelum mangsa terjatuh di Jalan PJU 7/2, pada Isnin.

Mangsa maut di lokasi kejadian

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, kejadian yang berlaku pada jam 1.15 petang semalam ketika mangsa dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan.

” Mangsa berusia 31 tahun berasal dari Kampung Cempaka terlanggar lubang di bahu jalan sebelum motosikalnya hilang kawalan dan terbabas di lorong kiri jalan dan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah” katanya.

Menurutnya, perkara ini adalah kejadian kedua dalam tempoh dua hari berturut-turut yang menyebabkan penunggang motosikal maut akibat terlanggar lubang atau lopak di jalan raya.

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Nov 2022

Simpati Dengan Petugas Media, Azad Jazmin Belanja Makan Di Istana Negara

Alhamdulillah.. semoga diluaskan lagi pintu rezeki Pak Azad

Selebriti Fri, 1 Dec 2023
Hiburan Tue, 22 Aug 2023
Trending Thu, 26 Nov 2020
Featured Thu, 12 May 2022

Resort Tiara Jacquelina Dilanda Banjir Kilat – “Baru Je Nak Bernyawa Selepas 6 Bulan..”

Semoga dipermudahkan semua urusan buat mangsa banjir di Janda Baik ❤️

error: Content is protected !!