Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 22, 2024 @ 2:07pm

Belanja Lagu Raya Guna Sign Language, Nabila Razali Tuai Pujian – “Dah Lah Cantik, Pandai Sign Language Pula Tu”

Penyanyi dan pelakon popular, Nabila Razali menuai pujian peminat apabila tampil menerusi video pendek di TikTok miliknya menunjukkan dia sedang melakukan bahasa isyarat (sign language) menggunakan lagu rayanya berjudul, Raya Mana.

Menerusi perkongsian tersebut, pemilik nama lengkap, Nur Nabila Mohd Razali memaklumkan dia tidak mendapat tunjuk ajar secara profesional dan hanya belajar menerusi video Youtube sahaja sekaligus membuatkan rata-rata warganet memuji kebolehannya.

“Jom kita try buat full sign language pula. #RayaMana,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

Dalam pada itu, Nabila, 31, juga kelihatan tidak keberatan jika ada peminat yang sudi menegur penggunaan bahasa isyaratnya sekiranya terdapat kesilapan dalam menterjemahkan lagu raya miliknya itu.

“Bella belajar dekat Youtube je ni. Kalau salah tolong betulkan okay,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NABILA RAZALI (@nabila.razali)

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji inisiatif aktres ini dalam mempelajari kemahiran berbahasa isyarat.

“Syabas Nabila! Belajar bahasa isyarat walaupun ada salah sikit.

“Tahniah Bella! Betul dah tu.

“Dah lah cantik, pandai sign language pula tu.

“Bila tengok muzik video. I notice dia buat sign language.

“Keep it up Nabila Razali,” komen netizen.

@nabila.razaliiYou talk talk talk and talk. I cellotape your mouth then you know♬ sonido original – Charo Driz 🇵🇭

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 21 May 2018

Kren Tumbang Di Masjidil Haram

Pada tahun 2015, dunia dikejutkan dengan tragedi kren tumbang di Masjidil Haram yang mengorbankan seramai 111 nyawa manakala 394 lagi cedera.

Hiburan Fri, 25 Oct 2019

Turun Lapan Kilogram…Kenapa Dengan Aishah Azman?

Makin meningkat usia, makin cantik Aishah ni kan?

Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Ketepi Kerjaya Peguam, Sangeeta Tak Pernah Menyesal Jadi Pelakon

Pelakon utama Adiwiraku ini juga bakal berangkat ke New York untuk mengikuti kursus pendek tak lama lagi. Good luck Sangeeta!

Events Sun, 6 Jan 2019

One FM《新年嘟嘟好》造势活动开跑!歌词小抄被抢闹趣事

One FM《新年嘟嘟好》造势活动开跑!丁丁和李文杰演唱《财神到》时,歌词小抄被抢闹趣事~

Hiburan Fri, 18 Oct 2019
error: Content is protected !!