Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 18, 2025 @ 4:32pm

“Ramai Wanita Sebenarnya Kalah Dengan Emosi Sendiri” – Madammu

Kegagalan mengawal emosi dikenal pasti sebagai antara faktor utama yang sering menggagalkan wanita.

Perkara itu dikongsikan usahawan popular, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu yang melihat emosi tidak stabil mampu memberi kesan langsung terhadap kehidupan, terutamanya bisnes yang dikendalikan.

Menurut Madammu, cabaran itu lebih ketara dalam kalangan wanita yang memikul pelbagai peranan serentak sebagai isteri, ibu dan usahawan, sekali gus menyebabkan tekanan emosi mudah mengganggu fokus dalam perniagaan.

“Ramai wanita sebenarnya kalah dengan emosi sendiri. Masalah rumah tangga, perasaan dan tekanan harian mudah terbawa-bawa ke dalam bisnes.

“Pernah berlaku situasi di mana seorang agen sedang buat jualan, kemudian bergaduh dengan pasangan dan terus hilang fokus. Jualan pun jatuh. Emosi memang boleh jadi racun dalam bisnes,” katanya.

Tambah pengasas jenama kecantikan NOIR ini, menjaga emosi dan kesihatan mental perlu menjadi keutamaan sebelum memikirkan kejayaan perniagaan.

“Kita kena belajar sayang diri sendiri dulu. Saya juga pernah berada di fasa terlalu ikut emosi, tapi akhirnya sedar kita perlu betulkan cara fikir dan pilih persekitaran yang betul. Kalau emosi tak dijaga, bisnes memang susah nak berkembang,” jelasnya kepada XTRA.

Madammu ditemui pada majlis pelancaran flagship store pertama NOIR di Pavilion Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Mengulas mengenai pendekatan dalam dunia perniagaan, Madammu menegaskan kejayaan tidak boleh dibina atas rasa selesa atau syok sendiri. Sebaliknya, setiap langkah perlu realistik dan selari dengan keperluan pasaran serta kepercayaan pengguna.

Dalam landskap digital yang pantas berubah, Madammu mengakui bukan semua trend mudah difahami pada peringkat awal, termasuk kebangkitan platform TikTok sebagai medium pemasaran utama.

“Pada awalnya saya pun ambil masa untuk faham permainan TikTok. Tapi akhirnya saya sedar, kita kena tahu di mana kedudukan kita sekarang. Hari ini, jenama besar pun sanggup tampil sendiri di TikTok demi kekal relevan dan dekat dengan pelanggan,” katanya.

Selepas lebih sedekad membina jenama secara dalam talian melalui pembangunan usahawan wanita, jenama kelolaannya kini memasuki fasa baharu sebagai sebahagian perancangan pertumbuhan jangka panjang, termasuk persediaan awal ke arah penyenaraian awam.

“Ini langkah pertama ke arah fasa seterusnya. Selepas 10 tahun, kami rasa sudah tiba masa untuk berkembang dengan pendekatan baharu. Platform online masih berjalan, ejen masih aktif, cuma sekarang kami mahu meluaskan pengalaman jenama,” katanya.

Sebagai simbol perubahan itu, NOIR melancarkan flagship store pertamanya di Pavilion Bukit Jalil, menandakan peralihan daripada jenama digital sepenuhnya kepada pengalaman runcit fizikal.

Pemilihan lokasi tersebut dibuat berdasarkan kekuatan pasaran tempatan, khususnya pengguna Melayu yang menjadi sasaran utama mereka.

“Kami mahu kukuhkan pasaran tempatan dahulu. Bila jenama benar-benar kuat di negara sendiri dan relevan dengan pengguna Malaysia, barulah ia nampak besar,” katanya.

Madammu turut menjelaskan kewujudan kedai fizikal membantu meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap sesebuah jenama.

“Bila ada kedai, tahap kepercayaan pengguna lebih tinggi. Jenama nampak lebih diyakini berbanding hanya wujud secara dalam talian,” katanya.

Berbeza dengan kempen jangka pendek, pembukaan flagship store dilihat sebagai pelaburan jangka sederhana dengan impak yang lebih berpanjangan.

“Acara besar mungkin beri kesan sekejap, tapi flagship ini kami rancang untuk tempoh lebih panjang. Risikonya lain, tapi kesannya juga lebih mendalam,” jelasnya.

Flagship store jenama kecantikan itu menawarkan pengalaman kecantikan menyeluruh termasuk konsultasi kulit, analisis rutin penjagaan, demonstrasi produk serta aktiviti komuniti.

Bagi Madammu, kejayaan sebenar bukan diukur melalui populariti semata-mata, sebaliknya melalui angka yang mampu mengubah kehidupan.

“Saya kejar angka kerana di situlah impaknya. Apabila ada angka, kita boleh bantu orang lain. Ada agen yang dulu berpendapatan sekitar RM1,000 hingga RM2,000, hari ini jualan mereka sudah mencecah jutaan ringgit. Itu kepuasan sebenar,” katanya.

Menjelang 2026, Madammu merancang untuk mengembangkan kehadiran runcit secara berperingkat dengan sasaran jualan sekitar RM30 hingga RM50 juta setahun, sebelum melonjakkan sasaran kepada RM100 juta pada tahun berikutnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Nov 2022

Tarbiah Anak Muda Tak Keluar Mengundi, Ini Pesanan Ustazah Asma’ Harun

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun mengulas berkenaan generasi muda kini tidak mahu keluar untuk mengundi. @izzatramlii #ustazahasmaharun #pru15 #fyp #dakwah_islam #mengundi #foryou ♬ Orange 7 – Anime Quotes Menerusi video berdurasi seminit yang dikongsikan oleh […]

Hiburan Sat, 9 Nov 2019

Bosan Gerak Solo, Black Hanifah Tubuh Kumpulan?

Apa pun, jangan lupa saksikan Black dan protegenya, Aedy dan Bulan setiap Ahad jam 9 malam di TV3 okay! 

Hiburan Wed, 20 Jun 2018

Chanyeol and Seohyun Caught in an Intimate Moment

They look so perfect together.

Hiburan Wed, 31 Jan 2024
Cahaya Mata Wed, 24 May 2023

Maryam Durian Kimchi Keguguran Anak Kedua – “Kami Percaya Dengan Takdir & Perancangan Allah…”

Allahuakbar… berat ujian Ryzal dan Maryam 😢😢 Insya-Allah, ada rezeki lain suatu hari nanti ❤️

Featured Fri, 2 Dec 2022
Hiburan Fri, 22 Mar 2019
Featured Sun, 7 Mar 2021

Kerajaan Bakal Umum Pakej Rangsangan Ekonomi Baru, Bantuan Buat Sektor…

Pakej rangsangan ekonomi baru akan diumumkan dalam masa terdekat untuk membantu individu dan syarikat yang masih terkesan dengan pandemik COVID-19. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bantuan baharu itu kali ini […]

Trending Fri, 19 Oct 2018

Kes Langgar Lari, Empat Pelajar Universiti Ditahan!

Penahanan mereka dibuat kira-kira jam 12 tengah malam tadi membabitkan suspek warga Yaman di Persiaran Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.

error: Content is protected !!