Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 17, 2023 @ 5:38pm

Ambil Iktibar & Lebih Berhati-Hati, Anna Jobling Serik Jalan Seorang Diri

Pelakon Anna Jabling tampil menyatakan dirinya kini tidak lagi berani untuk berjalan sendiri di Singapura susulan insiden yang berlaku kepada aktor Kamal Adli, baru-baru ini.

Sebelum ini, industri hiburan tanah air telah dikejutkan dengan berita Kamal telah diserang dan dipukul oleh individu yang disangka peminat dengan menggunakan cotar besi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli Berlubang Kepala Diserang Individu Tak Dikenali, Uqasha Senrose Dedah Kejadian Sebenar – “Dia Pukul Berkali-Kali…”

Menurut Anna,  kecelakaan yang menimpa Kamal boleh berlaku kepada orang lain di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa, namun dirinya mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati.

“Saya tak terfikir tapi ya, akan lebih berhati-hati. Saya selalu ingatkan diri, kalau benda nak berlaku anywhere, anytime, anyplace.

“Sekarang pun kalau orang nak datang serang, bila-bila masa kita tak pernah dapat tahu atau jangka.

“Kalau di Singapura memang saya suka berjalan seorang diri di Orchard Road. Kadang-kadang, saya lupa orang kenal diri saya. Saya dah terbiasa buat benda secara sendiri.

“Tapi lepas apa yang berlaku kepada Kamal, saya akan lebih berhati-hati. Sudah tentu, saya kena ingat sekarang saya Anna Jobling. Bahaya. Walaupun saya pakai topi dan pelitup muka, orang masih kenal,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Anna ketika ditemui di majlis tayangan episod perdana drama rantaian, Melur Untuk Firdaus 2.

Mengakui dirinya mula meningkat naik dan dikenali ramai, Anna bagaimanapun menyifatkan Singapura sebuah negara yang aman dan damai.

Malah, dirinya kini sudah pun mula melebarkan sayapnya dalam bidang perniagaan di negara maju itu.

“Saya ada jual produk keluaran (merchandise) keluaran saya di Singapura dan ‘sold out’ dalam tempoh hanya tiga hari.

“Saya akan ke Singapura bulan hadapan untuk jual baju raya di sana. Setakat ini, sekuriti memang ada di semua tempat yang saya kunjungi. Penganjur sediakan cuma tak perlulah kita dedahkan rasanya. Memang sebelum ke mana-mana acara luar negara, memang pihak saya akan ‘request’,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen & Anna Jobling Teruja Melur Untuk Firdaus Musim Ke-2 Mula Ditayangkan Hari Ini – “Jika Tak Dapat Sambutan, Kami Okay”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 30 Jul 2018

Filem Pulang Makin Trending!

Filem Pulang sekali lagi mengangkat martabatnya apabila kekal mendominasi platform media sosial menerusi laman twitter

Trending Thu, 30 Aug 2018

Usain Bolt to Become Pro Footballer?

He’s prepping for a competitive match!

Hiburan Mon, 4 Dec 2017

‘Perang Bunyi’ di Konsert PUBLIC DISTORTION 2017

sebuah ‘peperangan’ bunyi akan terjadi pada malam tu kan? Whoah, kami pun dah tak sabar rasanya nak saksikan dua kumpulan rock hebat ini beraksi.

Featured Thu, 15 Sep 2022

[VIDEO] Kontroversi Video L*cah, Adam Mika Bakal Berhenti Berlakon?

Kepada semua penyebar fitnah,  semoga anda dapat balasan – Bapa Adam Mika

Hiburan Sat, 12 May 2018

《娱协30》十大原创(国际组)彭学斌4奖成音乐人大赢家

《娱协30》十大原创歌曲奖(国际组)得奖名单中,彭学斌一口气以他词曲创作的范玮琪、梁静茹《最好的安排》、自己作曲的杨丞琳《其实我们值得幸福》、张智成《瘀青》及梁静茹《秘果》拿下4奖,率先成为十大原创歌曲奖(国际组)音乐人大赢家。

Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Netizen Tak Beradab! Nazim Othman Kecewa

Selepas gambar tersebut dikecam netizen, Nazim Othman sekali lagi dilihat memuat naik gambar beliau dengan caption yang lebih deep

error: Content is protected !!