Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 21, 2025 @ 8:26pm

Populariti Meningkat Di Usia 55, Roslan Shah Syukur Rezeki Allah – “Tak Sangka Kena Kerumun Dengan Peminat Gen Z”

Menikmati limpahan populariti di usia 55 tahun, pengacara Roslan Shah terharu apabila hasil usahanya dalam bidang seni membuahkan hasil.

Kini dikenali dengan program Night Walk terbitan Mangobossku yang bersiaran di YouTube MBK Film Studios, selebriti kelahiran Singapura itu gembira apabila peminat dapat menerima dia seadanya.

“Saya baru sahaja menyambut ulang tahun yang ke-55. Saya terharu apabila dikenali di usia sekarang dan menganggap ia rezeki Allah.

“Sebenarnya, saya banyak bersabar. Saya tahu segelintir orang tak sukakan kita. Apabila tahun 2025 nama saya melonjak naik kerana program Night Walk, saya rasa memang terharu orang terima saya.

“Ramai beri respons suka lawak spontan saya, mereka suka cara saya yang tersendiri. Sebab itu mereka boleh terima saya seadanya,” katanya.

Kini sibuk dengan pelbagai tawaran, Roslan turut berkesempatan turun padang menghiburkan pelajar-pelajar universiti bersempena musim konvokesyen menerusi program Pesta Bintang Stardust.

@xtra_my Wah, meriah Roslan Shah kena serbu dengan ramai peminat Gen Z dekat Pesta Bintang Stardust di UPSI. Makin famous & meletop penangan Cik Lan! #xtramy #xtratonton ♬ original sound – Mbuzz Terhangat

Baru sahaja singgah di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah dan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, penyanyi lagu Hantu Hantu Hantu ini bakal turun ke beberaba buah universiti lain dan terharu dirinya diterima baik golongan muda.

“Saya terharu, ada peminat muda menjerit teruja melihat saya. Saya kena kerumun dengan peminat muda dari golongan Gen Z. Betul ke saya ni Roslan Shah? Tahun 2025 ni dapat banyak sangat rezeki sedangkan dahulu saya dikutuk, dihina dan dikeji.

“Sebelum ini, ada mulut puaka yang mengatakan saya sudah sendu dan tak popular. Tapi saya tak cari populariti. Saya ikhlas bekerja dan apabila dikenali, saya rasakan ia sebagai rezeki Allah.

“Saya peramah dengan peminat dan saya tak sangka diterima baik apabila dikerumuni, peminat menjerit nama saya dan mahu mengambil gambar. Saya rasa memang rezeki.

Saya terkejut dan tergamam, betul ke saya ni Roslan Shah? Tawaran demi tawaran saya terima. Jadual saya penuh, Alhamdulillah. Ini semua berkat saya menjaga arwah ibu saya ketika dia masih hidup dahulu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Roslan kini sedang giat mempromosikan single terbaharunya yang berjudul Hantu Hantu Hantu, ciptaan Adi 6ixth Sense dan Emma Rockers.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 9 Dec 2025

Nabila Razali Kesal ‘Couple’ Penuhkan Lif Nak Bermanja – “Baru Faham Kenapa Parents Yang Bawa Anak Kecil Marah”

Nabila Razali meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir individu yang tidak peka menggunakan lif di pusat membeli-belah sehingga menyusahkan golongan ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan membawa stroller.

Hiburan Fri, 6 Sep 2024

Pernah Menangis Ditegur Pelakon Senior, Aniq Durar Tidak Terasa Hati… Anggap Mampu Perbaiki Bakat Lakonan

Baguslah Aniq profesional, anggap ditegur pelakon senior perkara positif!

Hiburan Fri, 26 Jul 2024
Hiburan Thu, 21 Mar 2019

Hasnol Menangis Rakam Semula ‘Laguku Untukmu’

Penyanyi popular sekitar 90 an, Hasnol mendedahkan pengalaman sebak ketika merakamkan semula single Laguku Untukmu yang pernah melonjakkan namanya 20 tahun dahulu. Kata penyanyi berusia 49 tahun ini ketika ditemui XTRA, dia bakal merakamkan semula […]

Trending Mon, 19 Apr 2021

Pelbagai Koleksi Ekslusif… Jualan Beg, Kasut Raya Bata Curi Tumpuan!

Seperti biasa, setiap kali kita menjengah bulan Ramadan, orang ramai pasti tidak sabar menanti tawaran hebat jualan hari raya. Selain boleh berjimat, berbelanja di musim perayaan juga adalah waktu terbaik untuk menambah koleksi peribadi. Sinonim […]

Hiburan Wed, 16 May 2018

Sajat Dilabel ‘Makcik Bawang’?

Haa, nak tahu favourite spot Sajat kat mana? Dan, apa pula yang di’bawangkan’ oleh Sajat dan rakan-rakannya? Kenalah tunggu episod seterusnya dalam Nur Sajat Rated Xtra!

Hiburan Wed, 23 Mar 2022

Akui Agak Terlambat Masuk Industri, Frontliner Ini Kejar Cita-Cita Sebagai Penyanyi

Adami Hairi merupakan petugas barisan hadapan yang berkhidmat di Unit Kawalan Penyakit.

Events Wed, 10 Apr 2019

Nur’s Capabilities and Success Shows by Taking Home Six Awards at DFKL 2019!

A good quality drama deserves this kind of recognition, congratulations!

Featured Tue, 28 Dec 2021

“Betapa Jijiknya Kita Kalau Masih Merungut Tentang…” – Azhan Rani Sedih Penduduk Pedalaman Masih Tak Dapat Bantuan Banjir

Pelakon Azhan Rani yang juga merupakan seorang individu aktif membantu mangsa-mangsa terjejas banjir berkongsi pengalaman berjumpa dengan seorang mangsa banjir yang hilang tempat berteduh di Kampung Batu Kapor, Mentakab, Pahang. Melalui hantaran Instagram miliknya, Azhan […]

Trending Fri, 12 Feb 2021

“5 Tahun Kahwin, Tak Pernah Honeymoon Dengan Syatilla” – Shaheizy Sam

Pasangan selebriti popular, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mendedahkan mereka tidak pernah berbulan madu walaupun sudah lima tahu mendirikan rumah tangga. Menyambut ulang tahun perkahwinan pada 8 Februari lalu, Sam dan Tilla sepatutnya bercuti namun […]

error: Content is protected !!