Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 26, 2024 @ 2:30pm

Beza Usia 15 Tahun Dengan Suami, Sarah Suhairi Sedia Jadi ‘Ibu Ekspres’ Kepada Tiga Anak Tiri

Penyanyi, Sarah Suhairi, 24, tidak kisah untuk menggalas tanggungjawab sebagai ‘ibu segera’ kepada tiga anak perempuan suaminya, Aswad Anuar, 39.

Meski jurang umur mereka 15 tahun, namun Sarah menjelaskan sejak awal perkenalan mereka dia sudah mengetahui status Aswad yang seorang duda namun menganggap perkara tersebut bukan satu halangan.

Dalam masa yang sama, pelantun lagu popular Sah ini memaklumkan dia sudah berjumpa dengan tiga puteri suaminya yang menerima baik kehadiran Sarah.

“Ketika perkenalan kami, Aswad sudah setahun bergelar bapa tunggal dan kami tak pernah meletakkan sebarang status atau halangan sepanjang empat tahun berkenalan.

“Tetapi saya juga dah berjumpa dengan tiga puterinya yang menerima baik kehadiran saya dalam hidup mereka.

“Yang sulung 14 tahun, kedua 10 tahun dan ketiga lapan tahun. Bahkan, kawan-kawan rapat saya pun telah bertemu dengan anak-anak Aswad.

“Saya tak kisah menjadi ibu segera. Sebelum ini mereka panggil saya aunty Sarah, mungkin selepas ini panggil saya dengan panggilan ibu,” katanya.

Sarah Suhairi

Mempunyai persamaan meminat sukan berkuda, Sarah berkata detik awal perkenalan mereka bertemu ketika di Pusat Ekuisterian Bukit Kiara.

“Mungkin ada yang tak tahu, Aswad juga selain pensyarah dia juga adalah seorang jurulatih sukan berkuda dan kerap dipanggil menjadi juri. Saya juga aktif sukan berkuda sejak usia 14 tahun.

“Kelompok kawan kami juga adalah orang yang sama. Dari situlah detik perkenalan bermula. Sepanjang empat tahun kami berkawan, bukanlah rahsia sangat kerana Aswad sering menemani saya ke majlis-majlis tertentu.

“Cuma dia tidak menonjolkan diri sangat kerana bagi kami selagi belum ada ikatan sah, lebih baik simpan sendiri,” katanya.

Pada pagi Jumaat, Sarah sah menjadi isteri kepada pilihan hatinnya, Aswad Jalil dalam satu majlis pernikahan berlangsung di Berern Hill, Hulu Langat.

Artikel Berkaitan: Sarah Suhairi Sah Bergelar Isteri, Pilih Pensyarah UTM Sebagai Suami

Sumber: Ohbulan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 5 Mar 2018

Penyanyi ‘Menahan Rindu” ditahan pula

Wany  dikejarkan ke hospital setelah suhu badannya naik tinggi sehari selepas pulang daripada membuat persembahan  di Pasir Gudang, Johor.

Trending Wed, 19 Sep 2018
Hiburan Mon, 25 Feb 2019

Zulin Aziz Appalled with Unethical Product Sellers

Stop it once and for all, it’s so not cool!

Hiburan Mon, 23 Jul 2018

邓紫棋高EQ回应陈冠希「让音乐作品去说话」

「铁肺女王」邓紫棋来马出席《饥饿30》倒数活动,与1万5000人齐聚沙阿南美拉瓦迪室内体育馆;谈及近期她为《中国新说唱》担任制作人遭陈冠希挑衅不会饶舌,她高EQ回应“让音乐作品去说话。”

error: Content is protected !!