Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain April 9, 2024 @ 12:04pm

Harga Tiket Penerbangan Mahal Ketika Musim Perayaan, Sherry Alhadad Akui Terkesan – “Saya Pernah Pergi Balik Sahaja Cecah RM2,000”

Pelakon dan pengacara Sherry Alhadad mengakui terkesan dan berasa terbeban apabila harga tiket penerbangan mahal setiap kali menjelang musim perayaan.

Menurut Sherry, dia akan pulang beraya di kampung halamannya di Sarawak pada tahun ini.

Namun, dia tidak dapat membayangkan keadaan sesetengah individu yang kurang berkemampuan sekiranya mahu pulang ke kampung.

“Saya masih terfikir-fikir nak balik kampung atau tidak, kampung saya di Sarawak. Tetapi bila tengok tiket macam ‘masya-Allah’ harganya. Mak saya dah hint saya suruh balik, insya-Allah akan balik.

“Mak saya berada di KL, tetapi saudara mara semua masih di Sarawak, jadi kami kena balik juga ke Kuching, Sarawak setiap kali raya.

“Saya selalu beli tiket dua termasuk mak saya punya, bila tengok terasa bebanan juga. Saya sendiri terasa apatah lagi mereka yang bergelar pelajar dan orang-orang yang kerja kais pagi makan pagi.

“Sedangkan Sarawak itu dalam Malaysia juga. Berdoalah khabar angin yang kata mahu kurangkan tambang penerbangan dosmetik itu benar-benar berlaku,” katanya.

Sementara itu, Sherry juga sempat berkongsi pengalamannya berbelanja RM2,000 untuk tiket penerbangan untuk seorang bagi perjalanan dua hala.

“Pengalaman saya pernah balik Kuching beraya untuk tiket seorang sahaja pergi dan balik jumlahnya RM2,000.

“Tetapi saya fikir positif sahaja, kerana raya setahun sekali. Balik ke kampung juga dapat memberikan kegembiraan untuk keluarga dan saudara mara,” jelasnya.

Dalam pada itu, pengacara itu juga sempat berkongsi perbezaan sambutan raya di Sarawak dan semenanjung.

“Insya-Allah saya akan cuti tujuh hari di kampung. Kalau di sana hari pertama sampai hari ketujuh mesti kena pakai baju kurung. Wajib pakai baju kurung.

“Kalau cerita fasal perbezaan pula, orang Sarawak suka hias rumah mereka dengan lampu yang warna-warni. Jadinya malam raya akan pergi rumah ke rumah tengok rumah mana yang lampunya paling meriah.

“Selain itu, setiap kampung akan berlawan dentuman meriam dan bunga api. Ketiga, sudah pasti Sarawak terkenal dengan kuih lapis, jadi setiap rumah wajib hidang kuih lapis,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Dec 2022
Events Mon, 15 Oct 2018

Here’s the Full List of Speakers for ZafigoX 2018

The women empowerment event will be filled with inspiring talks!

Featured Mon, 11 Aug 2025

Suami Puji Atikah Suhaime Sanggup Tolak Tawaran Jenama Mewah Bernilai RM1.2 Juta

Atikah kekal dengan pendirian menolak tawaran jenama yang patut diboikot.

Trending Sun, 15 Jul 2018

Tahniah! Perancis Juara Piala Dunia 2018

Perancis mengulangi sejarah 20 tahun lalu apabila sekali lagi muncul sebagai Juara Piala Dunia 2018. Terbaiklah!

Featured Thu, 22 Dec 2022

“Belah Sana Minta Macam-Macam, Funny! Maruah Tak Ada Sebab Duit” – Puteri Sarah Respons Dakwaan Mahu Harta Suami

Amboiiii, sedap mulut ek cakap Puteri Sarah nak harta suami 😵‍💫 She wanita bekerjaya okayyy 🤩🤩

Trending Thu, 26 Mar 2020
Featured Fri, 22 Aug 2025

“Ini Bukan Tentang Zara Qairina Sahaja Tapi Keadilan Patut Lindungi Mereka Yang Tak Mampu” – Ameera Khan

Ameera Khan tampil bersuara mengenai hukuman yang diberikan kepada pembuli

Hiburan Thu, 4 Jul 2019
error: Content is protected !!