Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain June 22, 2022 @ 9:47pm

Mona Allen Dalam Fasa Perbaiki Diri Sebelum Bertukar Status Ibu – “Minta Doa Yang Baik-Baik”

Pelakon Mona Allen mengakui sedang dalam fasa memperbaiki diri dan berubah ke arah lebih baik sebelum bertukar status sebagai ibu tidak lama lagi.

Menurut Mona, dia belum bersedia mengatakan dirinya sudah berhijab sepenuhnya dan tidak kisah dengan andaian netizen mengenai penampilannya.

“Buat masa ini saya tidak berani untuk memberikan sebarang kenyataan mengenai penampilan ini.

“Terpulang kepada netizen dan warga maya untuk membuat tafsiran sendiri, apa yang mereka lihat tu begitulah. Saya takut salah cakap nanti jadi lain pula.

“Apa-apa pun, minta doa yang baik-baik. Saya pun dalam proses nak perbaiki diri. Nak menjadi seorang ibu dan isteri yang lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, penampilan Mona dengan memakai tudung menerusi perkongsian di Instagram menerima pujian daripada netizen.

Dalam pada itu, pelakon itu turut memaklumkan dia dijangka akan melahirkan cahaya mata sulungnya sekitar September depan.

Isteri kepada pelakon Pekin Ibrahim itu juga bersyukur apabila menerima banyak hadiah barang-barang keperluan bayi yang dianggap sebagai rezeki anaknya.

“Usia kandungan saya sudah memasuki tujuh bulan… Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Insya-Allah saya dijangka bersalin September nanti. Sekarang saya masih di Johor, teman suami shooting.

“Insya-Allah nanti balik KL, saya dan suami akan cari lagi barang keperluan baby. Tapi Alhamdulillah, saya bersyukur ramai yang menghadiahkan barang baby,” katanya.

Mona dan Pekin telah mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Apr 2023

Rohana Jalil Semakin Kritikal Dalam ICU -“Dia Bernafas Menggunakan Bantuan Oksigen”

Allahu! Moga diberikan keafiyatan di bulan ramadan ini💖

Hiburan Sun, 19 Sep 2021

“Jumaat Lepas Baru Dapat Tarikh & Lokasi Nikah” – Zizi Kirana Selamat Bergelar Isteri Yusuf Bahrin

Penyanyi Zizi Kirana atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, selamat bernikah dengan pelakon Yusuf Bahrin, 29, pada jam 10.40 pagi tadi. Dalam majlis yang berlangsung di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa […]

Hiburan Tue, 11 Mar 2025
Hiburan Fri, 23 Feb 2018

PANAS! ARTIS ASAL PERAK INI TERLIBAT ISU DADAH

Pihak polis juga memberitahu bahawa, pelakon yang berusia 26 tahun itu mengambil dadah dan mendapat bekalan tersebut sejak 6 bulan yang lalu

Featured Thu, 16 Aug 2018
Trending Mon, 11 Jan 2021
Hiburan Mon, 4 Nov 2019
error: Content is protected !!