Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 25, 2025 @ 5:13pm

Pencarian Bakat Baharu Digital  XTRA XSTAR Kembali Lagi Untuk Musim Kedua!

Selepas kejayaan musim pertama, portal hiburan popular XTRA kembali dengan pencarian bakat nyanyian digital paling hangat, XTRA XSTAR Musim Kedua.

Kempen ini sekali lagi membuka peluang buat bakat muda di seluruh Malaysia untuk menyerlahkan kebolehan mereka dalam bidang nyanyian. Menariknya, sama seperti musim lalu, peserta hanya perlu menghantar penyertaan melalui platform media sosial tanpa perlu hadir ke mana-mana uji bakat fizikal.

Selain berpeluang diketengahkan kepada umum, pemenang XTRA XSTAR berpeluang untuk menerima hadiah berupa kontrak rakaman dan pengurusan bersama Alternate Records & Talents selain muncul dalam pelbagai platform media yang dikendalikan oleh XTRA dan platform Media Prima, termasuk wawancara eksklusif dan liputan media meluas.

Jadi jangan ketinggalan, penyertaan XTRA XSTAR Musim Kedua bakal dibuka tidak lama lagi dan sesiapa sahaja yang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dipelawa untuk mencuba nasib.

Pastikan anda ikuti perkembangan terkini di portal xtra.com.my serta semua platform media sosial rasmi supaya tidak terlepas sebarang maklumat penting.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 May 2020
Hiburan Fri, 15 Feb 2019

1800 Tiket Habis Dijual, Peminat Blue Jangan Berlengah Lagi!

Whoah, the boys are coming back. Siapa kat sini excited? Jumpa di Dewan Wawasan, Menara PGRM pada 3 Mac nanti okay!

Hiburan Sat, 17 Aug 2024
Selebriti Tue, 31 Oct 2023
Trending Fri, 21 Sep 2018

Perkongsian Lelaki Ini Mengenai Realiti Selepas Kahwin Ternyata…?!

Ternyata, membina rumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap hubungan berpasangan ada pasang dan surutnya. Bukan 24 jam bersayang-sayang saja tau!

Hiburan Mon, 23 Sep 2019
Featured Wed, 5 Dec 2018
Hiburan Thu, 24 Jul 2025

[VIDEO] Sweetnya! Riena Diana Cair Dengar Keith Foo Cakap Cina

Riena Diana cair dengar Keith Foo cakap Cina walaupun tak faham

Featured Wed, 28 Dec 2022
error: Content is protected !!