Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida February 15, 2019 @ 11:58am

1800 Tiket Habis Dijual, Peminat Blue Jangan Berlengah Lagi!

Penggemar kumpulan muzik terkenal Blue, siap sedia dapatkan tiket anda kerana mereka bakal terbang ke Kuala Lumpur 3 Mac ini!

Kumpulan asal Britain yang terdiri daripada empat jejaka iaitu Antony Costa, Simon Webbe, Lee Ryan dan Duncan James ini bakal gegarkan pentas Dewan Wawasan Convention & Exhibition Centre in Menara PGRM, Cheras.

Konsert Blue Live In Malaysia ini dianjurkan oleh syarikat KC & Friends bersama dengan Terry and The Cuz. 

“ Kami amat berbesar hati membawa kembali kumpulan Blue ke Kuala Lumpur. Melihat penjualan tiket yang bergerak pantas, kami sendiri tidak sabar nak melihat reaksi penonton yang mahu menggamit memori dengan menonton boyband kesayangan ramai ini. 

“ Sebanyak 1800 keping tiket sudah berjaya dijual manakala masih berbaki 700 tempat. Jangan ketinggalan dapatkannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kesavan Purusotman (KC) di sidang media yang berlangsung di Hotel Pavilion, Kuala Lumpur pagi ini.

Sementara itu, KC memaklumkan persembahan berdurasi 60-75 minit itu bakal diserikan dengan seleksi lagu popular Blue di konsert itu nanti.

Dalam masa sama, KC memaklumkan besar kemungkinan Blue akan mempersembahkan lagu terbaharu daripada album keenam mereka.

Harga tiket yang masih boleh dibeli bermula dari RM 208 (Cat 2), RM 258 (Cat 1) dan RM 398 (VIP) manakala tiket bagi VVIP, Cat 3 dan Cat 4 sudah habis dijual.

Untuk rekod lama, Kumpulan Blue ditubuhkan 19 tahun lalu popular dengan rangkaian lagu hits seperti All Rise, One Love, Best In Me, If You Come Back, You Make Me Wanna dan banyak lagi.

Kali terakhir Blue datang ke Malaysia ketika membuat persembahan di majlis perkahwinan ahli perniagaan terkenal, Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 3 Mar 2026

Individu Pelik ‘Jogging’ Pakai Baju Ala Pakistan, Yusuf Bahrin Tampil Respons – “Lagi Banyak Cakap, Lagi Nampak Keb*d*han Tu”

Pelakon, Yusuf Bahrin membidas kenyataan seorang individu yang tampil mempersoalkan tentang pakaian yang dikenakan rakan-rakannya ketika melakukan senaman baru-baru ini.

Featured Tue, 7 Jan 2025

“Kami Tak Cari Publisiti Atau Sensasi” – Sherie Merlis Nafi Ada Hubungan Istimewa Dengan Hasnul Rahmat

Kata Sherie, adalah tidak manis sekiranya kenyataan mengenai isu itu dibuat oleh pihaknya sahaja.

Hiburan Mon, 19 Feb 2018

DID BTS’ SUGA REALLY ADMIT TO BEING GAY?!

A recent interview with BTS has allowed fans to understand each member better, especially Suga.

Hiburan Mon, 14 Aug 2023
Events Fri, 1 Nov 2019

Syamel Nervous Jumpa Ernie Zakri?

Aik…kenapa tu Syamel?

Hiburan Sat, 26 Jan 2019

Demi Save Bidadari, Ismail Izzani Alami Bengkak Badan

Wah, sampai macam tu sekali. Powerlah!

error: Content is protected !!