Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 7, 2025 @ 2:13pm

“Kami Tak Cari Publisiti Atau Sensasi” – Sherie Merlis Nafi Ada Hubungan Istimewa Dengan Hasnul Rahmat

“Dari sebelum saya berkahwin, kami sudah berkawan baik”.

Demikian respons pelakon Sherie Merlis ketika ditanya mengenai desas-desus mengatakan dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan aktor, Hasnul Rahmat.

Kata Sherie, adalah tidak manis sekiranya kenyataan mengenai isu itu dibuat oleh pihaknya sahaja sebaliknya perlu mendapatkan kenyataan dari Hasnul juga.

“Saya tak selesa bila orang membuat spekulasi kami bercinta. Untuk perkara seperti ini, tidak adil jika hanya saya memberi komen. Anda perlu bertanyakan juga kepada Hasnul.

“Kami tidak mencari publisiti atau sensasi. Apa yang boleh saya katakan, hubungan kami hanya persahabatan,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Sherie berkata hubungan persahabatan itu terjalin sejak dia masih belum berumah tangga lagi.

“Hasnul seorang insan yang baik dan bertahan sebagai kawan saya selama ini. Siapa yang mampu buat begitu memang saya hargai.

“Dari sebelum saya berkahwin, kami memang sudah berkawan baik. Masa tu Hasnul juga mempunyai kekasih. Dan, walaupun kini kami melalui pelbagai fasa kehidupan, kami tetap sahabat,” ulasnya.

Perkara itu dikongsi Sherie ketika ditemui pada majlis Malam Gala Filem Bisikan Dosa yang berlangsung pada Isnin di TGV, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Menganggap Hasnul sebagai teman sejati, Sherie juga berkata dia dan temannya itu saling memberikan sokongan antara satu sama lain.

“Bila saya dengan Hasnul ini, saya akui dia seorang kawan yang baik. Kami saling memberikan sokongan terhadap satu sama lain.

“Ada juga waktu yang kami memang tidak dapat berjumpa sebab masing-masing ada kerja tetapi kita sama-sama boleh memahami,” katanya.

Terdahulu, Sherie pernah berkahwin dengan pelakon Esma Daniel pada 1992, namun bercerai lima tahun selepas mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Habib Daniel, 30, dan Harith Daniel, 29.

Dia kemudiannya bernikah dengan penerbit muzik Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd. Shahid atau lebih dikenali sebagai Ash pada 2 Januari 2012.

Bagaimanapun, mereka didakwa sudah berpisah pada Disember 2023 selepas Ash memuat naik hantaran memberitahu dia kini bergelar bapa tunggal.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tengku Kaseh Anaqah, 13, dan Tengku Areef Bolkiah As Syafiee, 11.

Sejak itu, nama Sherie dan Hasnul sering dikaitkan bersama dek kerana kerap dilihat keluar bersama sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi tentang status hubungan mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Sep 2023
Hiburan Wed, 12 Sep 2018

You’ll Definitely Want to Dance Along to this Quirky Music Video

Do you wanna dance with somebody? This band’s music video is the what you need to watch.

Featured Wed, 13 Sep 2023
Featured Fri, 12 Jul 2024

“Single, Janda… Sorry, But Not Available” – Dedah Status Terkini, Nonny Nadirah Kongsi Ciri Lelaki Idaman

Doakan yang baik-baik. Moga Allah berikan hidayah dan jodoh yang baik🥰

Hiburan Wed, 3 Jul 2019
Hiburan Fri, 27 Mar 2026
Trending Sat, 31 Jul 2021

SiTik Tok Raih 3 Juta Tontonan!

Drama bersiri slot Samarinda TV3, SiTik Tok yang baharu disiarkan minggu lalu telah berjaya mencapai 3 juta penonton dalam episod tiga yang disiarkan pada 27 Julai pada pukul 10 malam yang lalu (sumber: Nielsen). Drama […]

error: Content is protected !!