Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 15, 2026 @ 11:41am

Pengsan Akibat Tekanan Darah Terlalu Rendah, Intan Najuwa Syukur Diri & Bayi Selamat

Pelakon, Datin Intan Najuwa berkongsi detik mencemaskan apabila dia tiba-tiba pengsan akibat tekanan darah yang terlalu rendah sehingga memerlukan rawatan segera di hospital.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Intan, 29, berkata keadaan itu menyebabkan doktor terpaksa melakukan transfusi darah bagi memastikan dirinya dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan selamat.

Menurut Intan, insiden tersebut berlaku disebabkan perubahan yang dialami tubuhnya sepanjang tempoh kehamilan.

“Saya pengsan kerana tekanan darah saya turun terlalu rendah dan doktor terpaksa melakukan transfusi darah dengan segera.

“Alhamdulillah, semuanya baik sekarang. Saya dan bayi berada dalam keadaan baik,” katanya.

Dalam pada itu, Intan turut tampil menjelaskan punca sebenar kejadian berkenaan selepas timbul kemungkinan ada pihak yang mengaitkannya dengan pengambilan kafein.

Jelas pelakon drama Racun Rihanna itu, doktor yang merawatnya sudah mengesahkan keadaan tersebut langsung tidak mempunyai kaitan dengan minuman berkafein.

“Doktor saya telah mengesahkan ia tidak berkaitan dengan kafein dan tiada kaitan dengan kafein sama sekali.

“Ia disebabkan peningkatan jumlah darah, faktor pemakanan dan keperluan tubuh yang lebih tinggi ketika hamil,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Akui Tak Sanggup ‘Giveaway’ Baju Anak, Mahu Simpan Sebagai Kenangan – “Nilai Sentimental Itu Terlalu Besar”

Artikel Berkaitan: “Jika Ada Rezeki, Mungkin Tiga Orang Anak” – Intan Najuwa Tak Rancang Keluarga

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Feb 2018

PARA DOKTOR NAIK BERANG DENGAN NEELOFA?

Namun, apa yang menarik perhatian para doktor tersebut ialah, Lofa turut memuat naik saranan pengambilan produk tersebut kepada bayi dan kanak-kanak dan itu disifatkan sebagai boleh mendatangkan kemudaratan

Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Happening Giler Fans Club Finalist AJL 33 Di Perkarangan Axiata Bukit Jalil

Selain peminat, fans club antara mereka yang memberi sokongan tanpa jemu pada artis idola mereka. Jom lihat diantara yang berlaku sebelum AJL 33 bermula

Hiburan Fri, 6 Oct 2023
Hiburan Wed, 1 Apr 2026
Trending Mon, 11 Jun 2018

Gempar! Kubur Dipenuhi Ular Berbisa Walaupun Arwah Seorang Dermawan

Saya juga tak halalkan setiap perkataan mencaci memaki terhadap saya dan anak sepanjang kami hidup bersama. Setiap tahun saya menanti Harun belanja saya dan anak2 untuk hari raya tanpa keluarkan duit dari poket saya.tak kesampaian tok…Dia dah dipanggil Allah,”

Hiburan Fri, 1 Apr 2022

#HelloPadin: Sambut Ketibaan Ramadan Dengan Seikhlas Hati

Sambut Ramadan dengan Seikhlas Hati!

error: Content is protected !!