Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops December 5, 2018 @ 10:00am

6 Jenis Kasut Yang Anda Patut Kurangkan Pakai Demi Kesihatan Struktur Kaki Anda

“Beauty is pain.” Inilah kata-kata yang dipegang oleh orang-orang yang terlibat dalam industri kecantikan.

Maknanya kalau nak cantik, anda kena sanggup hadapi ‘kesakitan’. Contohnya, ramai wanita telah menjalani pembedahan plastik untuk nampak lebih menawan. Tak ke sakit?

Dalam industri fesyen pula, perkataan “beauty” itu diganti dengan “style”. Yelah, bukankah sakit jika kita terpaksa pakai high heels berjam-jam semata-mata untuk nampak bergaya?

Ya, sesetengah kasut memang boleh buat anda nampak gorgeous, tapi anda kena ingat, bukan semuanya adalah baik untuk kesihatan struktur kaki anda. Walaupun ia menjadi trend, tak semestinya anda kena ikut.

Jom kita tinjau kasut manakah yang elok dan tak elok untuk kita pakai. Apa-apa pun, jangan risau. Keselesaan dan gaya masih boleh digabungkan.

Jangan pakai: Selipar Jepun

Foto: Wikimedia Commons

Walaupun anda ingat anda rasa selesa ketika memakainya, jika dipakai lama-lama ia akan mengakibatkan rasa sakit pada tumit dan gerbang kaki (foot arch).

Kasut flip-flop yang leper memang tak tawarkan sokongan langsung kepada kaki. Hanya pakai untuk ke pantai atau kolam renang.

Pakai: Kasut untuk berlari atau sneakers

Foto: ThinkGeek

Kasut jenis ini mempunyai sokongan gerbang kaki yang optimum dan tapaknya pula direka khas untuk menyerap kejutan.

Jenama-jenama sukan seperti Nike menghasilkan kasut-kasut sneakers yang penuh gaya jadi anda juga boleh memakainya dengan seluar jeans selain ke gimnasium.

Jangan pakai: Ballet flats

Foto: nysun.com

Sama seperti selipar Jepun, kasut ini tiada sokongan langsung. Ia juga kononnya nampak selamat kerana kaki anda tertutup, tapi sebenarnya material kain kasut ini adalah nipis. Ketika anda berjalan, ia berpotensi untuk tercucuk dan berlubang dengan senang.

Jangan pakai: Kasut plastik

Foto: Texas 24 News

Harap-harap trend kasut plastik takkan tahan lama kerana ia akan menjadi tempat bakteria membiak! Material plastik itu bukan saja menyebabkan kaki anda berpeluh dan berbau busuk, tapi geserannya juga boleh mengakibatkan lepuh dan rasa sakit.

Pakai: Cowboy boots

Foto: Sandra Semburg

Pastikan ada ruang untuk jari-jari kaki anda, supaya mereka tak terpenyek. Kasut ini juga tawarkan sokongan baik untuk buku lali.

Jangan pakai: Gladiator sandals

Foto: Where2getit

Kasut ini memberi ilusi sokongan buku lali kerana adanya tali-tali, tapi mereka taklah sekuat mana dan dengan itu boleh menyebabkan kaki si pemakai terseliuh bila jatuh.

Pakai: Kasut sandal seperti jenama Birkenstock

Foto: Birkenstock

Walaupun kasut ini selalu dipandang rendah dari segi gaya, ia sebenarnya bagus untuk kaki anda. Ia menawarkan penyerapan kejutan dan sokongan gerbang kaki.

Jangan pakai: Kasut mule bertutup

Foto: Style Du Monde

Kasut ini boleh penyekkan jari kaki kerana ia tirus. Lebih penting, ia tidak memberi sokongan kepada buku lali dan bahagian belakang kaki. Ia akan menyebabkan buku lali terseliuh ataupun kerosakan jangka panjang.

Pakai: Kasut wedges bertumit

Foto: fashionarrow.com

Kasut jenis ini adalah lebih baik daripada kasut bertumit stiletto kerana ia bukan saja memberikan sokongan tapi juga keseimbangan.

Jangan pakai: Kasut bertumit tinggi daripada 3 inci

Foto: Dresswe

Kononnya lagi tinggi tumit kasut anda, lagi dekatlah dengan Tuhan. Tapi ia juga akan meningkatkan risiko buku lali terseliuh dan kerosakan jangka panjang kepada bahagian depan kaki.

Jadi, anda dah tahu jenis kasut mana yang anda perlu pakai lebih kerap? Kesimpulannya, kasut bertumit tinggi sangat salah, kasut yang flat sangat pun salah. Anda kena cari yang tengah-tengah.

Sebenarnya tak salah untuk pakai kasut-kasut seperti yang dilarang di atas. Cuma pastikan anda tak memakainya selalu untuk jangka masa yang lama.

Hati-hati juga bila berjalan!

Sumber: WhoWhatWear

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Sep 2024
Eat Travel Wed, 8 Apr 2020

Buah-buahan beku mudahkan kerja di dapur?

Teknik mudah, senang pula!

Featured Thu, 12 Mar 2020
Featured Thu, 3 Aug 2023

Kelakarnya! Terpegun Tengok Beza Ketinggian Hael Husaini & Nadhir Nasar, Netizen Komen: “Budak Sekarang Banyak Makan Hati Bang!”

Penyanyi popular, Hael Husaini mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek menerusi akaun TikTok miliknya ketika hadir pada majlis fesyen jenama terkenal antarabangsa, Balenciaga baru-baru ini. Menerusi perkongsian tersebut, Hael kelihatan berjabat tangan bersama pelakon […]

Featured Wed, 18 Jun 2025

Difitnah Terima Rawatan Dari Bomoh Thailand, Azharina Buat Laporan Polis – “Ini Serangan Terhadap Saya Sebagai Wanita”

Azharina bengang apabila individu tidak bertanggungjawab mendakwanya berjumpa bomoh di Thailand.

Featured Tue, 26 Apr 2022

Iman Troye Dedah Teman Lelaki? Peminat Lelaki Patah Hati

Peminat lelaki patah hati dapat tahu Iman Troye sudah berpunya.

Featured Mon, 16 Mar 2020
error: Content is protected !!