Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin April 12, 2025 @ 5:31pm

Blood Brothers: Bara Naga Cetus Fenomena! Kutip RM9.2 Juta Dalam Masa 2 Hari Tayangan

Filem aksi terbaharu arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, Blood Brothers: Bara Naga, berjaya mencatat kutipan sebanyak RM9.2 juta dalam tempoh hanya dua hari tayangan, termasuklah tayangan awal.

Naskhah berkonsepkan aksi dan persaudaraan terbitan Skop Productions bersama Primeworks Studios (PWS) ini nyata memenuhi cita rasa penonton tempatan, sekaligus meletakkannya dalam kelas tersendiri.

Sejak mula ditayangkan di 146 pawagam seluruh negara pada Khamis, Blood Brothers: Bara Naga menerima respon positif apabila rata-rata penonton memuji jalan cerita, sinematografi, serta koreografi aksi yang disifatkan setanding dengan filem Hollywood.

Justeru, tidak hairanlah jika filem yang mengambil masa 70 hari penggambaran dengan bajet RM7 juta ini mampu mencipta fenomena tersendiri sekaligus meletakkannya sebagai antara filem aksi box office yang menjadi sebutan dalam kalangan peminat filem tempatan.

Filem yang mengisahkan perjalanan hidup Ariff (lakonan Syafiq Kyle) yang direkrut oleh Ghaz (Sharnaaz Ahmad) untuk berkhidmat di bawah Datuk Zul (Wan Hanafi Su), seorang ahli perniagaan berpengaruh merangkap ketua Mafia Naga.

Ariff kemudian mengangkat bai’ah setia sebagai pengawal peribadi elit dalam syarikat kawalan keselamatan Silent Guard dan menjadi Blood Brother kepada Ghaz. Namun, saat berlaku pengkhianatan besar, Ariff dituduh sebagai pembelot dan menjadi buruan utama.

Dalam usahanya membersihkan nama, Ariff terpaksa melarikan diri dan mendapatkan bantuan abang kandungnya yang telah lama terpisah, Jaki (Syazwan Zulkifly). Sementara itu, Ghaz pula ditugaskan untuk memburu Ariff dan menyerahkannya kepada keluarga Naga yang menuntut balas dendam.

Selain itu, Blood Brothers: Bara Naga turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Irfan Zaini, Andy Teh, Ray Dap Dap, Shukri Yahaya, Amelia Henderson dan Zamarul Hisham.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Aug 2023
Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Hiburan Sun, 4 Aug 2024
Featured Sun, 24 Nov 2024

Syamsul Yusof Didakwa Makin ‘Handsome’, Puteri Sarah Komen: “Kenapa? Masalah Aku Ke?”

Puteri Sarah kelihatan tegas menyuarakan pendapatnya berkenaan bekas suaminya itu.

Featured Mon, 6 Jan 2025
Fab Foodies! Tue, 24 Jul 2018

Musim Durian, Tapi Tak Tahu Nak Pilih Yang Mana Satu? Meh, Kita Kongsikan Tips Pilih Raja Buah Ini

Nak tahu bagaimana agaknay cara memilih durian yang betul? Sila baca entri ini.

Hiburan Tue, 18 Feb 2020

Selepas Empat Dekad, LEFTHANDED Dan Datuk Ramli Sarip Gegar Singapura Mac Ini!

Walaupun dah nak masuk 40 tahun dah penubuhannya, padu betul suara Dato’ Nash!

Featured Mon, 27 Dec 2021

Demi Lovato Mempersembahkan Lagu Di Hadapan Hantu

Penyanyi dan pelakon Hollywood Demi Lovato menyelami aktiviti paranormal dalam program TV terbarunya, Undentified With Demi Lovato. Di dalam episod kedua program itu, Demi bersama rakannya dan seorang penyiasat paranormal, Chris Smith pergi ke sebuah […]

error: Content is protected !!