Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 3, 2026 @ 11:14am

“Selamanya Manja Dari Kecil” – Noniswara Imbau Kembali Keadaan Erysha Emyra ‘Rapuh’ Di Hospital, Hilang Selera Hingga Perlu Dipaksa Makan

Pelakon, Datin Seri Noniswara berkongsi sebuah video memaparkan keadaan anak perempuannya, aktres, Erysha Emyra ketika menemani allahyarham bapanya di hospital.

Menerusi video berkenaan, Noniswara memaklumkan keadaan Erysha sangat ‘rapuh’ sehingga dia perlu memaksa anaknya itu untuk makan bagi memberi tenaga.

Menurut Noniswara, Erysha seorang anak yang manja dan sentiasa disuap makan oleh keluarga tersayang.

“Video ini diambil ketika berada di hospital. Dia langsung tiada selera makan dan terpaksa paksanya untuk makan.

“Sejak kecil hingga sekarang, kalau makan memang selalu perlu disuap oleh daddy, mummy atau abangnya.

“Itulah Erysha, selamanya manja dan sentiasa menjadi anak kecil kesayangan kami,” katanya.

Sebelum ini, bapa Erysha iaitu Datuk Zakaria Abdul Rahman meninggal dunia pada Jumaat lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 17 Jan 2022

Jom Sertai Program Realiti Terbaharu TV3! Fit For Action Bakal Adakan Uji Bakat Terbuka Pada 29 & 30 Januari Ini

Program realiti terbaharu TV3, Fit For Action (FFA) meneruskan pencarian peserta yang mempunyai kemahiran seni bela diri dan berminat untuk berlakon. Jangan melepaskan peluang untuk menyertai uji bakat terbuka yang akan berlangsung pada 29 dan […]

Trending Tue, 24 Jul 2018

Tolong Henti Fitnah, Roti Tak Uli Guna Kaki!

Sejak beroperasi saya gunakan doh roti canai yang sudah siap untuk membuat roti canai dan pekerja tak pernah uli sendiri tepung doh sebab hanya guna doh sudah siap dijual di pasaran oleh pemborong.

Events Sat, 15 Sep 2018
Hiburan Mon, 2 Dec 2019
Featured Tue, 27 Sep 2022

Setahun Dibelenggu Trauma, Penyanyi Wanita BBNU Dedah Hampir ‘Dicabul’ Vokalis Kumpulan Indie?

Allahu kesiannya 😥 Harapnya penyanyi BBNU tu tak terus berdiam diri 💪 Tapi vokalis kumpulan Indie mana pulak buat hal ni…

Featured Thu, 7 Aug 2025

Didakwa ‘Over’ Sentuh Muka Rakan Selebriti, Patimah Ismail Pertahankan Fazura – “Apa Dosanya?”

Menyentuh muka memperlihatkan keperibadian Fazura sebagai seorang teman yang mesra.

error: Content is protected !!