Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 29, 2024 @ 12:56pm

Terkejut Nama Isteri Terpalit Dalam Kontroversi Kes Curang Aliff Aziz, Suami Nora Danish Bagi Amaran! – “Hebat Betul Dia Ya”

Suami pelakon jelita, Nora Danish iaitu Mohamad Nedim Nazri terkejut nama isterinya terpalit dalam kontroversi kes curang aktor sensasi, Aliff Aziz.

Ia susulan tular tangkapan skrin yang memetik nama Nora Danish dan mengaitkannya dengan isu ‘panas’ melibatkan Aliff Aziz.

Aliff Aziz

Menerusi status dimuat naik di Instagram Story (IGs), Nedim atau lebih mesra disapa sebagai Boss Ned seakan memberi amaran kepada semua pihak untuk sama sekali tidak melibatkan isterinya dalam kes tersebut.

“Saya harap semua sihat, lama saya tidak bersuara. Rasanya sebelum ini macam tiada apa-apa.

“Cuma saya nak tanya hebat betul Aliff Aziz ini sampai nama isteri saya pun terpalit?

“Bagi saya saudari jangan petik nama isteri saya dengan senang.

“Kalau tak bersalah baik diam. Awak tahu apa akan terjadi pada awak. Sekian terima kasih,” tulisnya ringkas.

Aliff Aziz

Sejak minggu lalu, pendedahan mesej mesra di WhatsApp antara pasangan pelakon sensasi, Aliff Aziz dan Ruhainies semakin hangat diperkatakan di platform media sosial.

Antara mesej yang didedahkan oleh Sarah memaparkan Ruhainies seakan menghasut aktor berkenaan untuk membenci Bella Astillah.

Menerusi perbualan WhatsApp itu, Ruhainies turut memetik semula kejadian menimpa Aliff yang ditinggalkan Bella pada tahun 2019 akibat kes curangnya itu.

Malah, pelbagai isu hangat dibongkarkan, antaranya Ruhainies turut memetik nama pelakon, Emma Maembong dan adiknya, Chacha Maembong didakwa mengkritik Bella Astillah.

Terbaru, Ruhainies dalam satu kenyataan bagaimanapun berharap Bella mahu bertemu dengannya demi menyelesiakan konflik antara mereka secara baik.

Terdahulu, kontroversi antara Ruhainies dan Aliff tercetus selepas mereka ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu dalam sebuah kondominium mewah milik aktres ini.

Susulan konflik tersebut, Bella memfailkan penceraian pada 11 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine ‘Spill The Tea’, Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Aliff Aziz & Ruhainies Kutuk Produk Kecantikan – “B*bi Untuk B*bi”

Artikel Berkaitan:Selepas Mohon Maaf, Ruhainies Kembali Guna ‘Short Form’, Tulis ‘NRF LUSM’ Di Profil IG Didakwa Sengaja Cipta Provokasi?

Artikel Berkaitan: Sanggup Buat Kenyataan ‘Fake’, Didi Astillah Persoal Permohonan Maaf Ruhainies – “Selama Ni Aku Diam Je Tau! Tapi Bila Nampak Si Manipulator Ni Buat Interview…”

Artikel Berkaitan: Mahu ‘Move On’ & Mengaku Khilaf, Ruhainies Mohon Bella Astillah Maafkan Kesalahan-“Saya Rasa Tak Boleh Delayed, Saya Nak Berdamai”

Artikel Berkaitan: “Kalau Tak Diuji Macam Ni, Nanti Kita Lupa Allah” – Tular Guna ‘Short Form’, Mesej Mesra Aliff Aziz & Ruhainies Dikritik

Artikel Berkaitan: Ruhainies Minta Aliff Aziz Jangan Pulangkan Kereta Pemberian Bella Astillah – “Saya Nak Awak Hantar Kedai, Buang Recorder”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 5 Apr 2021

“Lebih Baik Terima Gaji Sedia Ada Daripada Jadi Penggangur” – M Saravanan

Berikutan isu gaji minimum graduan yang menjadi perbincangan hangat warganet, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata penetapan gaji minimum kepada graduan tertakluk kepada perbincangan antara majikan dengan bakal pekerja dan tidak melibatkan pendirian […]

Hiburan Thu, 12 Apr 2018

Bantu Bayi Ekzema, Terima Kasih Nedim

Terima kasih Nedim dan Nora Danish sebab sudi membantu kami. Semoga Allah luaskan rezeki anda sekeluarga. Alhamdulillah, terima kasih Nedim dan Nora Danish!

Hiburan Mon, 4 Nov 2024
Trending Thu, 21 May 2020

Berita Baik Buat Orang Ramai Di Sekitar Lembah Klang & KL

Take note buat yang berada di Lembah Klang dan KL!

Trending Thu, 28 Apr 2022
Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Patutlah Cantik…Kourtney Kardashian Bongkar Rahsia!

Patutlah cantik adik-beradik Kardashian ni…

Hiburan Thu, 26 Jun 2025

Athisha Khan Dipuji Bijak, Berhemah… Netizen Bandingkan Dengan Ameera Khan

Keperibadian Athisha Khan dibandingkan dengan Ameera Khan

error: Content is protected !!