Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 1, 2023 @ 2:26pm

Penyampai Berita Nightline TV3 Raymond Goh Kritikal, Rakan Penyampai Mohon Doa

Penyampai berita TV3 ‘bersuara emas’ Raymond Goh dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar sejak beberapa hari lalu.

Terdahulu, menurut laporan media, Raymond atau nama Islamnya Mohd. Zaman Goh dilaporkan dimasukkan ke Hospital Assunta, Petaling Jaya, selepas diserang angin ahmar.

Terbaharu, bekas penyampai berita TV3, Datuk Ras Adiba Radzi turut berkongsi berita duka tersebut dan memohon doa orang ramai buat sahabatnya.

“Saya pohon kawan-kawan semua untuk titipkan doa buat sahabat saya, pembaca berita Nightline TV3, iaitu Mohd Zaman Goh atau Raymond Goh.

“Mohd Zaman (Raymond) sedang kritikal di Unit rawatan rapi (ICU) kerana mengalami serangan Angin ahmar,” tulisnya.

Dalam entri tersebut, Adiba turut berkongsi pengalamannya bersama Raymond ketika awal karier sebagai penyampai berita di TV3.

“Beliau seangkatan dengan saya sejak awal penubuhan TV3. Kami berganding bahu menyampaikan berita ‘7 o’clock news’ dan kemudian Nightline.

“Moga Allah mengampun, merahmati dan mempermudahkan segalanya buat sahabat saya ini. Terima kasih kerana sudi mendoakan sahabat saya, Mohd Zaman Goh atau Raymond Goh,” harapnya.

Untuk info, Raymond mula berkhidmat sejak lebih 30 tahun lalu dan kini sering menjadi jurulatih untuk pengucapan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Dec 2023
Hiburan Wed, 6 Sep 2023
Hiburan Wed, 10 Jul 2019

‘Henti Siar Berita Kepulangan Adik Ainul’- Dr Amalina

Netizen kat luar sana, dengar ni apa Dr Amalina nak pesan!

Featured Mon, 29 Nov 2021

Ebit Lew Bantu Pemuda Kudung Tinggal Di Tepi Jalan

Pendakwah terkenal, Ebit Lew bermurah hati membantu seorang pemuda kudung yang terpaksa tinggal di tepi jalan selepas mengalami kecederaan semasa bekerja dahulu. View this post on Instagram A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) Menerusi […]

Hiburan Sun, 4 Mar 2018

Haqiem Rusli Mahu Fokus Pada Kerjaya

Haqiem Rusli Mahu Fokus Pada Kerjaya Belum Lagi Ingin Bercinta

Featured Tue, 19 May 2026

Wak Doyok Dikecam Gelar Haroqs B*doh & Tak Handsome – “Dekat Dunia Sedap Kau Meny*lak Sedangkan Mereka…”

Rata-rata warganet tampil menegur tindakan Wak yang dilihat tidak sopan apabila mengelar Haroqs sebagai bodoh

Hiburan Mon, 23 Jul 2018

Fasha Sandha Buka Mulut Tentang Kahwin

Ibu kepada dua anak ini juga memberitahu dia perlukan sedikit masa untuk terus mengenali hati budi Aidil dan juga keluarganya.

Hiburan Thu, 17 Jul 2025
error: Content is protected !!