Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 28, 2024 @ 7:12pm

Kongsi Video Nyanyi Lagu Adele, Nonny Nadirah Akui Gementar –  “Saya Bukan Penyanyi Power Vokal”

Penyanyi sensasi, Nonny Nadirah berkongsi sebuah video memaparkan dirinya sedang menyanyi sebuah lagu berjudul Love In The Dark milik penyanyi terkenal antarabangsa, Adele.

Menerusi perkongsian tersebut, Nonny berkata dia sangat gementar apabila memegang mikrofon namun cuba membawa lagu tersebut dengan baik.

“Saya sangat nervous bila pegang mikrofon. Saya dah cuba sehabis baik. Saya bukan seorang penyanyi power vokal, tetapi saya suka mencabarkan diri sendiri.

“Pertama kali pilih lagu ballad dan hampir empat tahun juga saya jarang keluar berjumpa dengan orang.

“Versi tidak disunting ini saya rakam sebelum dapat tawaran, Terima kasih kepada anda semua, terima kasih kepada pasukan saya,” katanya.

Sementara itu, di akhir muat naik itu Nonny sempat memberi nasihat untuk tidak menolak rezeki dan jangan mencari musuh.

“Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Kalau datang sendiri? Pandai-pandailah kau hadap,” katanya lagi.

Nonny Nadirah

Artikel Berkaitan: “Yang Satu Takut Job Kena Caras, Seorang Lagi Tak Boleh Tengok Aku Dalam Industri “- Nonny Nadirah Perli Siapa Tu?

Artikel Berkaitan: Kerap Muat Naik Video Seksi Di IG, Nonny Nadirah Nafi ‘Attention Seeker’ – “Kita Iman Turun Naik, Tak Perlu Nak Perbesarkan”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 1 Feb 2018

NABILA RAZALI KENA TUMBUK?

Nabila sendiri terkejut kerana menerima mesej berbaur ugutan di laman twitter beliau yang mengatakan ada seorang individu yang mahu menumbuk mukanya

Featured Mon, 23 Feb 2026

“Tak Ada Lebih Makbul Dari Doa Seorang Ibu” – Isteri Aliff Syukri Simpati Nasib Amyza Aznan & Anak-Anak

Shahida meluahkan rasa simpati terhadap ujian yang menimpa pelakon dan pelawak, Amyza Aznan.

Featured Thu, 21 Apr 2022

Warga OKU Malaysia Dihukum Gantung 27 April Ini Di Singapura

Semoga ahli keluarga mangsa tabah dan kuat..

Hiburan Wed, 21 Nov 2018

Zara Zya Bertepuk Sebelah Tangan?

Jangan lupa saksikan Terbaik Dariku di slot Akasia pada 12 November ini

Featured Fri, 25 Nov 2022

Foto Berpelukan, Wak Doyok & A. Aida Undang Komen Nakal Netizen

Laju je netizen ni kan.. Doakan yang baik-baik

error: Content is protected !!