Featured By: Salma Syahbuddin April 28, 2024 @ 2:18pm

Mahu ‘Move On’ & Mengaku Khilaf, Ruhainies Mohon Bella Astillah Maafkan Kesalahan-“Saya Rasa Tak Boleh Delayed, Saya Nak Berdamai”

Susulan kontroversi serta pendedahan bukti mengenai hubungannya dengan penyanyi Aliff Aziz dan perancangannya menjatuhkan Bella Astillah tular, pelakon sensasi, Ruhainies akhirnya tampil memberikan kenyataan secara ‘live’ menerusi program hiburan popular, Melodi.

Katanya, dia tidak kisah apabila dirinya dicaci akibat perbuatannya itu, melainkan dia mahu menyelesaikan segala kontroversi yang timbul dan mahu kehidupannya kembali tenang.

“Mungkin sudah lama saya tidak bagi kenyataan kerana I have my own reason. Kita masing-masing dah matang dan saya tidak mahu ada apa-apa perbalahan terutama di sosial media. Kalau ada masalah kita berbincang, tapi itulah.

“Dan sekarang, saya rasa saya dah tidak boleh delayed. Saya nak berdamai dan tak nak ada apa-apa sengketa dengan Bella Astillah dan dengan sesiapa pun. Dan saya ingin meminta maaf secara terbuka dalam isu ni,” katanya ketika ditemu bual dalam program Melodi, TV3.

Ketika disoal mengapa baru sekarang dia mahu tampil memberikan kenyataan setelah pelbagai bukti di ‘londehkan’, Ruhainies bagaimanapun menjelaskan, dia sebenarnya tidak risau mengenai perkara itu, melainkan dia sudah memasang niat untuk tampil memberikan kenyataan.

Bahkan, dia juga tidak menghubungi Bella selepas kejadian tangkapan khalwat berlaku memandangkan pada ketika itu, dia berada dalam keadaan trauma.

“The reason why baru sekarang saya nak tampil bukan sebab saya risau ke apa.. saya memang berniat long time ago… Dan saya menunggu masa yang sesuai untuk beri kenyataan kerana saya tidak mahu apa yang keluar dari mulut saya dimanipulasikan.

“Masa situasi (isu khalwat) berlaku, saya masih dalam keadaan terkejut dan itu adalah salah satu titik hitam yang tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila. Saya trauma.

“Few weeks tu saya ada hubungi Bella, tapi dia tak reach dan saya tidak mahu mendesak kerana saya juga faham the situasition. Dia marah takkan lah saya nak keep pushing her,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ruhainies menegaskan, tiada pendedahan dibuat olehnya berhubung isu panas tersebut disebabkan dia tidak mahu melakukan perkara itu kerana pada akhirnya, isu ini tidak akan berkesudahan.

Malah, menjawab kepada kenyatannya tentang ‘banyak hati yang hendak dijaga’, aktres itu bagaimanapun mengaku khilafnya.

“Apa sahaja bukti yang saya ada, saya tidak akan post dimana-mana, sebab nanti there is no ending. Saya memikirkan pasal orang ada family, ada anak-anak, banyak hati nak kena jaga dan saya tahu macam mana rasa bila diaibkan.

“Tidak banyak yang saya boleh elaborate di sini, itu adalah khilaf, salah tetap salah, saya mengaku kesalahan saya, cukup khilaf yang saya buat dan itu adalah kesilapan yang besar.

“Jadi, kalau saya post lagi bukti yang saya ada… itu akan membuatkan saya melakukan kesalahan lagi.

“Cukuplah dengan kesalahan yang saya dah buat, saya tak mahu tambah lagi,” ulasnya.

Justeru, dia berharap agar semua pihak terutamanya Bella Astillah dapat memaafkan tindakannya itu dan masing-masing memulakan hidup baru.

“Saya ingin meminta maaf terutamanya kepada pihak Bella Astillah. Saya tampil bukan mahu menegakkan benang yang basah. I need to put a full stop, nak move on dan saya juga manusia biasa tak boleh lari dari buat kesilapan.

“I trully minta maaf. Saya tak nak benda ni jadi panjang dan saya nak berdamai, dan nak happy,” ujarnya.

 

Sebelum ini, Ruhainies menerusi hantaran di Instagram Story memaklumkan, dia memohon maaf secara terbuka kepada Bella dan semua pihak yang terpalit dengan kontroversi antara dirinya dan Aliff Aziz.

Pada 22 April lalu, pendedahan mesej mesra di WhatsApp antara pasangan pelakon sensasi, Aliff Aziz dan Ruhainies semakin hangat diperkatakan di platform media sosial.

Antara mesej yang didedahkan oleh wanita didakwa kekasih gelap Aliff iaitu Sarah Yasmine memaparkan Ruhainies seakan menghasut aktor berkenaan untuk membenci Bella Astillah.

Menerusi perbualan WhatsApp itu, Ruhainies turut memetik semula kejadian menimpa Aliff yang ditinggalkan Bella pada tahun 2019 akibat kes curangnya itu.

Malah, pelbagai isu hangat dibongkarkan, antaranya Ruhainies turut memetik nama pelakon, Emma Maembong dan adiknya, Chacha Maembong didakwa mengkritik Bella Astillah.

Sebelum ini, Sarah mendakwa dirinya menjalinkan hubungan cinta serta ‘menjaga’ Aliff sejak Januari lalu.

Selepas pelbagai sisi buruk terbongkar, Ruhainies turut dilabel sebagai seorang narsistik, kaki spin dan ‘manipulator’ dalam kalangan netizen.

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine ‘Spill The Tea’, Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Aliff Aziz & Ruhainies Kutuk Produk Kecantikan – “B*bi Untuk B*bi”

Artikel Berkaitan: Bukti WhatsApp Antara Aliff Aziz & Ruhainies Didedahkan, Nama ‘Emma’ & ‘Chacha’ Pun Kena Petik Sebab Dakwa Bella Astillah Try Hard?

Artikel Berkaitan: Nama Terkait Isu Ruhainies, Aliff Aziz & Bella Astillah… Emma Maembong Akui Khilaf, Nafi Back-Up Mana-Mana Pihak

Artikel Berkaitan: Tak Ambil Port Isu Aliff Aziz, Bella Astillah & Ruhainies… Kesal Fakta Dimanipulasi, Giliran Chacha Maembong Beri Penjelasan

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Dedah Caprice ‘Dalang’, Siap Susun ‘Plan’ Untuk Aliff Aziz & Ruhainies – “Semua Benda Datang Dari Dia”

Artikel Berkaitan: “Kalau Tak Diuji Macam Ni, Nanti Kita Lupa Allah” – Tular Guna ‘Short Form’, Mesej Mesra Aliff Aziz & Ruhainies Dikritik

Artikel Berkaitan: “Panggil Bini B*b*, P*k*m*k Tapi Kat Mahkamah Tak Nak Lepaskan” – Netizen Bengang Aliff Aziz Guna Kata Kesat Kepada Bella Astillah 

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Gelar Aliff Aziz & Ruhainies Hipokrit! Kesal Ibu Dihina Gara-Gara Backup Anak – “Mak Awak Dikecam Sebab Percayakan Anak Lelaki Dia”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Korek Balik Video Aliff Aziz Buka Zip Seluar, Ramai Pula Cakap Jijik & Perangai Remp*t

Artikel Berkaitan: “Dia Sayang Awak, Tak Perlu Risau… You Can Have Him Ruhainies” – Bella Astillah

Artikel Berkaitan: Ruhainies Minta Aliff Aziz Jangan Pulangkan Kereta Pemberian Bella Astillah – “Saya Nak Awak Hantar Kedai, Buang Recorder”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 13 Apr 2019

Comelnya Buah Hati Ketiga Khai-Rosma!

Syukur Alhamdulillah. Anak perempuan kami Nur Alya Dhania selamat dilahirkan semalam 11.04.2019 jam 1.48 pm berat 2.8 kilogram.

Hiburan Sat, 23 Dec 2017

CHECK OUT PRINCE HARRY AND MEGHAN MARKLE’S OFFICIAL ENGAGEMENT PHOTOS

The couple will be getting married in May, 2018!

Trending Wed, 20 Nov 2019

41 Penyokong Harimau Malaya, Garuda Ditahan Polis

Mereka ditahan utuk tujuan dokumentasi dan telah dibebaskan selepas proses tersebut

Hiburan Thu, 11 Oct 2018

Haziq Hussni Percaya Rezeki Itu Tidak Pernah Salah Alamat

Semoga segala urusan Haziq Hussni dipermudahkan. Tahniah Haziq!

Trending Thu, 15 Aug 2019

Polis Dedah Punca Kematian Sebenar Nora Anne, Bocor Usus Akibat..

Susulan kematian gadis warganegara Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 tahun yang hilang sewaktu bercuti di The Dusun Hill Pantai, Negeri Sembilan bersama keluarganya berakhir dengan kematian apabila mayatnya dijumpai tidak jauh 1.5 kilometer dari resort […]

Featured Tue, 21 Mar 2023

Fail Nusyuz, Syamsul Yusof Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Suami Orang… Kesal Difitnah Abai Nafkah

Siapa yang boleh terima kalau mengetahui isteri kita ada berhubungan dengan suami orang?- Syamsul Yusof