Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 2, 2023 @ 1:48pm

[VIDEO] Tak Pernah Rasa Diri Banyak Kekurangan Berbanding Siti Sarah, Watie Belanja Nyanyi Lagu ‘Semakin’ – “Saya Masih Amalkan Apa Yang Arwah Buat”

Isteri kepada pelawak dan penyampai radio Shuib, Watie Hanifiah berkongsi video menyanyikan lagu Semakin yang dipopularkan oleh Allahyarhamah Siti Sarah.

Kata Watie, dia sering mendendangkan lagu-lagu arwah Sarah dalam pertandingan nyanyian.

“Dulu selalu sangat nyanyi lagu arwah. Masuk pertandingan pun nyanyi lagu arwah.

“Masa ni nyanyi pun sebab broken dengan orang lain.. but who knows kan.

“Dalam perjalanan kehidupan kita tu kita tak akan pernah jangka apa yang ada kaitan dengan kita,” tulisnya.

@xtra_my

Woww, jarang jarang Watie nak belanja nyanyi lagu arwah Siti Sarah 🥰 #fyp #xtramy #watiehanifiah #cover #lagu #sitisarahraisuddin #shuibsepahtu #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Menerusi video berdurasi 1 minit itu, Watie yang menyanyikan lagu Semakin itu berkata suaminya tidak pernah mendengar dia membawakan lagu tersebut.

“Daddy pun tak pernah dengar tau ni, so thank me later ok,” tulisnya lagi.

Watie Hanifiah

Menerusi Instagram Story (IGs) yang lain, ada individu yang bertanya sama ada dia pernah terasa dirinya kekurangan berbanding arwah Siti Sarah.

Jelasnya, dia bersyukur kerana tidak pernah merasakan perkara berkenaan, malah Watie berkata dia masih meneruskan tugas sebagai isteri sama seperti dilakukan oleh arwah.

“Alhamdulillah, tak pernah. Saya buat semua apa yang saya patut buat sebagai isteri.

“Amalkan juga apa yang arwah selalu buat untuk suami contoh pakaikan stokin suami setiap kali dia pergi kerja walaupun jam 5:30 pagi,” tambahnya lagi.

Watie Hanifiah

Sebelum ini, Watie menepis dakwaan berkenalan dengan Shuib sewaktu arwah Siti Sarah masih hidup dengan menunjukkan bukti perkenalan bersama suaminya itu ketika duda.

Artikel Berkaitan: Dituduh Dah Lama ‘Bercinta’ Dengan Shuib, Watie Hanifiah Tunjuk Bukti – “Tanggung La Siapa Yang Fitnah Tu”

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Pakaian Terakhir Arwah Siti Sarah, Watie Hanifiah Dedah Shuib Pernah Marah Pembantu Rumah Gara-Gara…

Sekadar info, Watie dan Shuib selamat mendirikan rumah tangga pada 23 Jun lalu.

Terdahulu, Shuib pernah berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011.

Hasil perkongsian hidup, merek dikurniakan 4 orang anak iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, 2.

Namun begitu, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Jun 2024
Trending Thu, 10 Dec 2020
Hiburan Thu, 3 May 2018

Nak Tengok Gelagat Sajat Rekod Album Makhluk Penggoda?

Produksi bagi penerbitan lagu juga mengakui bahawa Sajat melakukan yang terbaik semasa sesi rakaman beliau pada kali ini. Kalau nak tahu, baik tak baik Sajat membawakan lagu Makhluk Penggoda ni, kenalah tengok Nur Sajat Rated Xtra!

Featured Tue, 30 May 2023
error: Content is protected !!