Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin October 7, 2025 @ 2:00pm

Khairul Aming Tak Kisah Dilabel Sombong, Perjelas Situasi Sebagai Usahawan – “Saya Sendiri Tak Mampu Nak Penuhi Demand Semua Orang”

Pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Aming tampil menjelaskan keberadaannya susulan timbul dakwaan yang mengatakan dirinya kini sombong.

Menerusi perkongsian tular di TikTok, Aming berkata, dia sibuk menguruskan perniagaannya sekali gus memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan semua pihak.

Malah, dia juga reda sekiranya dilabel ‘sombong’ oleh sesetengah pihak.

“Saya ada baca orang kata susah nak dapat Khairul Aming, susah nak contact dan sebagainya.

“Dia susah sebab saya sendiri tak mampu nak penuhi demand semua orang. Saya dicari oleh sangat ramai orang. Alhamdulillah saya bersyukur tapi saya nak share disini supaya anda semua faham situasi saya.

“Hari-hari saya dicari pihak sekolah, universiti, NGO, media dan agensi-agensi macam-macam lah. Tapi dalam masa yang sama, saya adalah seorang usahawan, saya berniaga jadi bila berniaga bangun pagi baca update ‘Bos, rendang berbuih’, ‘ayam busuk’, ‘bos, elektrik tak ada dekat kilang’…dan banyak lagi.

“Jadi, bila keluar ayat Khairul Aming sombong sebab susah nak dapat, tak apalah… saya reda.

“Kawan-kawan sendiri cari saya seminggu baru saya balas,” katanya.

@khairulamingfans_ Khairulaming pun manusia biasa macam kita jugak, ada limit & kekurangannya 🥹🙏🏻 @Khairulaming ♬ original sound – Fans KhairulAming

Dalam pada itu, Aming juga sempat menitipkan pesan agar rajin berusaha dan bijak dalam pengurusan masa.

“Saya mungkin dah terbiasa dari sekolah kerja tak berhenti tapi memang macam tu nak berjaya kena rajin

“Tapi kena rajin yang berstruktur. Tak boleh rajin tak bertempat. Nanti penat tak dapat result. Jadi, be smart,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 21 May 2018

Sebak! Nazim Othman Kongsi Gambar Terakhir Bersama Bella

Muatnaik ini sekaligus mengundang rasa sedih rata-rata peminat mereka yang merasakan pasangan ini merupakan pasangan yang secocok

Featured Wed, 4 Mar 2026

“Kenapa Bila Kita Lakukan Kesilapan Dikaitkan Dengan Istiqamah”- Nora Danish

Pelakon jelita, Nora Danish mencuri tumpuan selepas perkongsiannya mengenai kesalahan dan istiqamah dipertikaikan oleh segelintir pihak.

Featured Fri, 7 Jan 2022

Youtuber Tawar Gaji RM3,000 Sebulan, Jadi Pengasuh Jaga Patung Puaka

Selebriti Youtube dari Indonesia, Rizki Nasution, dilaporkan sedang mencari empat orang pengasuh untuk menjaga kesemua patung puaka miliknya dengan gaji 10 juta rupiah (RM2,925) sebulan. Berdasarkan video yang dimuat naik di laman TikTok oleh seorang […]

Hiburan Thu, 4 Oct 2018

Tupac is Alive and in Malaysia???

A video footage of Tupac in Malaysia is going viral right now.

Featured Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Wed, 18 Sep 2019

Atikah Belajar Bahasa Sepanyol Untuk Drama Terbaharu

Pelakon yang berasal dari Singapura, Atikah Suhaime (29 tahun) mengakui watak wartawan yang dipegang dalam drama terbaru lakonannya, arahan Faisal Ishak iaitu Poskad Dari Alhambra agak mencabar kerana wataknya menuntut Atikah supaya fasih berbahasa Sepanyol. […]

Trending Tue, 10 May 2022
Featured Fri, 7 Mar 2025

Isu Rumah Tangga Bukan Marketing, Isteri Azlan Komen Mengaku Anak ‘Hilang’ Angkara Perbuatan Bakal Madu?

ilam juga berkongsi bahawa kekasih suaminya itu adalah wanita yang bertanggungjawab dalam isu sihir..

Hiburan Tue, 26 Nov 2024

Sudah Lantik Peguam, Ini Respons Vida Isu Rumah & Empat Kereta Mewah Disita

Hutang lebih RM1 juta, Vida akhirnya bersuara dan lantik peguam

error: Content is protected !!