Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir May 10, 2022 @ 3:52pm

“Paling Mencabar Kena Mandikan Bayi Baru Lahir” – Iqbal Zulkefli Ambil Anak Angkat Bukan Untuk ‘Content’

Usahawan selebriti Ahmad Iqbal Zulkefli sedih niat baiknya untuk mengambil seorang anak lelaki disalah erti dan dianggap hanya bertujuan untuk kandungan media sosial.

Menurut Iqbal atau nama sebenar Ahmad Iqbal Zulkefli, 28, keputusan untuk memikul tanggungjawab itu sudah difikirkan masak-masak olehnya.

“Kalau ada yang kata saya sengaja buat ‘content’, mereka kena rasa sendiri bagaimana susahnya menjaga anak kecil. Memang tidak ada masa nak rakam video dan muat naik di media sosial.

“Dua jam sekali dia akan menangis terjaga untuk minum susu, lepas menyusu kena tukar lampin. Paling mencabar kena mandikan bayi yang baru lahir.

“Saya tidak pernah menyayangi bayi seperti mana sekarang ini. Saya boleh menangis setiap kali melihat matanya dan sanggup berhabis duit untuk membeli apa sahaja keperluan.

“Apabila sudah digelar bapa, saya menjadi seorang yang lebih matang dan kehidupan baharu ini mengajar saya erti kesabaran dan tanggungjawab yang sebenar,” katanya.

Menerusi perkongsian video di Instagram milik Iqbal, dia mengambil anak angkat lelaki pada 30 April lalu.

Namun begitu, Iqbal tidak mahu memisahkan bayi yang diberi nama panggilan Ahmad Ziyad dengan ibu kandungnya kerana masih lagi menyusu badan.

“Kalau boleh saya tak mahu terus pisahkan ibu dan anaknya dengan segera. Kasihan juga ibu itu menangis apabila anaknya diambil orang. Jadi ada beberapa hari saya akan hantar semula Ziyad kepada ibunya untuk disusukan.

“Saya juga faham kalau satu hari nanti Ziyad memilih untuk tinggal bersama ibu bapa kandungnya. Itu pilihan dia apabila besar nanti. Saya reda jika ia berlaku.

“Bagaimanapun saya tida akan lepaskan tanggungjawab untuk menjaga Ziyad dan membeli segala keperluan sampai bila-bila,” ujarnya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 2 Jul 2025
Featured Fri, 1 Aug 2025
Trending Tue, 2 Feb 2021

“Rasa Macam Jantung Berada Di Lantai” – Video Uyaina Arshad Hampir Terjatuh Ketika Mengacarakan WHI Tular

Aksi pelakon dan pengacara jelita, Uyaina Arshad yang hampir terjatuh ketika mengendalikann segmen tajaan di program Wanita Hari Ini TV3 meraih perhatian netizen. Berkongsi sedutan video terbabit menerusi salah sebuah hantaran di laman Instagram miliknya, […]

Featured Tue, 19 Mar 2024

“Maaf Andai Semua Ini Khilaf Saya” – Norman Hakim

Harapnya, isu keluarga Abby Abby dan Norman Hakim dapat diselesaikan segera😥

Featured Mon, 16 Feb 2026

“Ini Bukan Soal Ego, Tapi Soal Kedamaian Tu Datang Sementara”- Derita Dalam Diam, Nabila Huda Akui Sudah Penat

Katanya, situasi yang dihadapinya itu bukanlah melibatkan soal ego untuk berdamai seperti yang sering didakwa segelintir pihak melainkan,  sudah ‘penat’ untuk berjuang sendirian.

error: Content is protected !!