Euforia Bola 2026
Trending By: Padin September 3, 2024 @ 8:02pm

Sukses! 5,000 Penonton Meriahkan Mahardika: Spider x Ella x Masdo

Tidak akan lengkap sambutan ambang Merdeka tanpa keraian kemerdekaan meski ia berbentuk hiburan.

Hiburan yang dipersembahkan bukan kosong malah telah mempamerkan semangat kemerdekaan anak-anak seni yang telah merasai pelbagai cabaran dan kenangan manis bergelar anak seni.

Mengambil semangat perjuangan tersebut, The Dons Group telah membawakan konsert yang menggabungkan tiga pemuzik ternama negara menerusi sebuah konsert yang julung kali dianjurkan di Pulau Pinang.

Acara itu telah dihadiri oleh seramai 5,000 penonton yang datang ke Spice Arena Pulau Pinang bukan sahaja untuk menyokong perjalanan anak-anak seni tempatan tetapi juga mewarnakan malam Merdeka bersama.

Konsert dengan nama Mahardika membawakan bersama kumpulan legenda Spider, ratu rock negara, Ella dan kugiran dambaan generasi masa kini, Masdo yang telah berlangsung pada 30 Ogos 2024 di Spice Arena Penang, Pulau Pinang.

Mahardika : Spider X Ella X Masdo dipercayai telah menjadi konsert terhebat yang pernah dianjurkan The Dons Group pada tahun ini serta bakal melakar sejarah tersendiri dengan bantuan kehadiran peminat.

Bercakap tentang Mahardika, Syed Mohamad atau mesra dengan panggilan Don dari The Dons Group, memberitahu makna di sebalik pemilihan perkataan Mahardika yang menjadi medan perkongsian panggung oleh Spider, Ella dan Masdo.

“Mahardika bermaksud ‘Malam Hari Merdeka’ dan digabungkan menjadi akronim Mahardika.

“Kami di The Dons Group memang memilih nama Mahardika kerana ia dilangsungkan sesuai dengan tarikh yang dipilih iaitu 30 Ogos 2024, menuju kepada hari kemerdekaan negara yang jatuh pada setiap 31 Ogos,” ujar Don.

Don kemudian menyifatkan Spider, Ella serta Masdo sangat bertepatan untuk menjayakan Mahardika pada 30 Ogos 2024 di Spice Arena Penang kerana kredibiliti dan perjuangan mereka dalam era serta fasa muzik masing-masing.

Mengenai lokasi penganjuran di Pulau Pinang, Don memaklumkan sebagai penganjur mereka memanfaatkan segala peluang yang ada termasuk pengiktirafan di peringkat antarabangsa untuk menarik lebih ramai pelancong khususnya Masyarakat dalam negara dan luar negara untuk bercuti ke negeri itu.

Konsert di malam Merdeka tersebut bermula kemunculan dengan teriakan peminat buat Masdo yang muncul dengan 10 buah lagu antaranya Obe x Janji Manis, Teruna & Dara, Bunga, Berduka-lara, Dinda dan Bercanda Di Malam Indah.

Muncul dalam suit hitam putih, kemunculan Mawi, Ali, Putu Ceri dengan ditambah kemeriahan pemuzik undangan iaitu Chakam dan Eja membuatkan Spice Arena panas dengan aksi-aksi dan nyanyian bersahaja mereka.

Ella muncul dalam busana hitam putih berlabuci membuatkan semua peminat menyanyi bersama membawakan lagu Permata biru, Dua Insan Bercinta
dan Gemilang. Tidak habis di situ, Ella kemudian masuk ke tengah-tengah kawasan konsert dan menyanyikan lagu Standing In The Eyes di pentas tengah dengan diiringan semua penonton yang hadir. Semarak kemerdekaan dirasakan malam itu dengan dendangan antem wajib malam Merdeka tersebut.

SPIDER muncul sebagai penutup acara MAHARDIKA dengan membawakan sekitar 11 buah lagu. Antaranya lagu-lagu wajib seperti Bila nak Saksi, Aluuk Cukup Masin, Mungkinkah Terjadi, Relaku Pujukdan Aladin.

Cukup bertenaga, kemunculan Spider menjadi penutup paling bersemangat untuk malam Merdeka yang dibawakan oleh pihak The Dons Group pada 30 Ogos lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 20 Apr 2025

Mantera Filem Seram Bongkar Ritual Bobolian, Bomoh Tradisi Kaum Dusun Di Sabah

Mengangkat kisah mist.ik berdasarkan amalan tradisional kaum Dusun.

Featured Tue, 3 Oct 2023

Rumah Tangga Didakwa Goyah, Haqiem Rusli Pilih Berdiam Diri – “Hidup Ni Bukan Berpandukan Media Sosial”

Setuju kata Haqiem! Tak semua benda kita nak post & tunjuk kat soc med kan?

Featured Thu, 20 Nov 2025

“Selamat Hari Lelaki, Muhammad Sajjad” – PU Rahmat Titip Pesanan Sinis Buat Sajat?

PU Rahmat mengucapkan ‘Selamat Hari Lelaki’ sambil menegaskan identiti sebenar usahawan itu.

Featured Tue, 21 Oct 2025

Kongsi Tarikh Lahir Sama, Da’i Syed Selamat Timang Anak Kedua

Meskioun jantina bayi masih dirahsiakan namun Da’i Syed nekad untuk menyembelih dua ekor kambing.

Hiburan Wed, 5 Mar 2025

[VIDEO] Berat Badan Cecah 75 KG, Penampilan Langsing Enot Raih Pujian!

Enot amalkan sauna dan bersenam, berat badan kini 75 kg

Hiburan Wed, 1 Apr 2026

Didakwa Mereka Cerita, Kakak Umisya Mazlan Tampil Bersuara – “Apa Adik Saya Kata Semua Sahih & Ada Bukti”

Abby seakan tidak memerlukan sebarang bukti sebaliknya mempersoalkan mengapa isu tersebut dibangkitkan dan dikaitkan semula selepas dua tahun. 

Featured Tue, 22 Nov 2022

Jawab Persoalan Warganet, Aliff Syukri Kemukakan Manifesto Jika Jadi Perdana Menteri

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menjawab persoalan netizen berkenaan pembaharuan yang akan dilakukannya jika dirinya terpilih menjadi Perdana Menteri. Persoalan tersebut diajukan kepada Alif memandangkan Malaysia baru sahaja melepasi fasa Pilihan Raya Umum ke-15 […]

Hiburan Sun, 30 Mar 2025

[VIDEO] Puteri Sarah Nafi Andi Asryil Sengaja Ambil Kesempatan Terhadapnya – “Dia Yang Ada Di Sebelah Masa Saya Tengah ‘Down'”

Puteri Sarah pernah berdepan dengan individu yang dipercayai telah mengambil kesempatan ke atasnya

Trending Tue, 9 Jul 2019

Malaysian “Phoenix” Proves Hijabis Can Kick Ass Too!

Sophie Turner who? We don’t know her. The only Phoenix we know is Nor “Phoenix” Diana.

Trending Thu, 10 Dec 2020
error: Content is protected !!