Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 20, 2025 @ 9:52am

Mantera Filem Seram Bongkar Ritual Bobolian, Bomoh Tradisi Kaum Dusun Di Sabah

Jarang sekali kisah seram berlatar belakangkan budaya dan kepercayaan etnik tempatan mendapat tempat di layar perak.

Namun,  industri filem Malaysia bakal digegarkan dengan sebuah filem yang bukan sekadar menyeramkan, tetapi juga kaya dengan elemen budaya dan kisah etnik dusun di Sabah hasil terbitan Pro Merge Vision Sdn. Bhd.

Mengangkat kisah mistik berdasarkan amalan tradisional kaum Dusun, Mantera mengishakan tentang ritual kuno yang masih wujud hingga ke hari ini.

Amalan Bobolian, iaitu bomoh yang dihormati sebagai penjaga adat dan penghubung antara alam manusia dan alam roh.

Menurut pengarah filem, Chester Pang, Mantera diinspirasikan daripada kisah sebenar mengenai Bobolian, satu figura penting dalam komuniti Dusun yang kini semakin dilupakan.

“Tidak ramai yang tahu tentang peranan Bobolian sebagai ketua adat yang menjaga keseimbangan antara alam nyata dan dunia roh, atau dikenali sebagai kinohiringan dalam budaya Dusun,” katanya.

Dibintangi pelakon hebat seperti Syafie Naswip, Namron serta barisan pelakon Sabah iaitu, Jovenia Jim, Wedylin Batala dan Larry Noh, Mantera membawakan kisah penyiasatan kes pembunuhan misteri yang diselubungi unsur mistik dan ritual Bobolian.

Bagaimanapun, apa yang menjadikan Mantera unik adalah ia bukan hanya menakutkan, tapi turut mempersembahkan ritual-ritual sebenar Bobolian yang jarang dilihat oleh umum.

Penonton bukan sahaja akan dibawa masuk ke dalam dunia roh jahat, tetapi juga menyingkap sisi gelap kepercayaan tradisional yang menjadi sebahagian dari identiti masyarakat Sabah.

Namun, bukan semuanya berjalan lancar dek kerana Chester turut mendedahkan beberapa kejadian aneh yang berlaku semasa penggambaran pada Februari 2024.

“Dalam satu babak memanggil roh, dua pelakon wanita, termasuk pelakon utama tiba-tiba dirasuk. Mujur ada seorang guru silat di lokasi yang berjaya membantu menenangkan keadaan,” cerita Chester.

Tidak habis disitu, kru produksi juga pernah di tarik sesuatu sehingga terjatuh ke dalam gaung, dan kejadian itu turut disaksikan sendiri oleh Syafie dan Namron.

Mantera  mengisahkan tentangs eorang wanita  bernama, Tana yang mewarisi kebolehan spiritual daripada keturunan Bobolian. Namun, mula dihantui oleh roh jahat bernama Lupiah.

Keadaan menjadi semakin gawat apabila insan-insan terdekat mula diserang. Bersama Inspektor Zafri, seorang anggota polis yang menyimpan rahsia masa silam  mereka harus mengungkap kebenaran dan menentang entiti kegelapan Rogon Lupiah dalam pertarungan yang mencengkam jiwa.

Bakal ditayangkan pada 24 April di 50 buah pawagam, penonton jangan lepaskan peluang untuk menonton Mantera.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 10 Feb 2019

Rai Ulang Tahun Ke 30, Neelofa Anjur Majlis Keagamaan

Alhamdulillah… Selamat Hari Jadi Neelofa!

Featured Sun, 5 Apr 2020
Hiburan Fri, 24 Apr 2026

Didie Shazry Beri Nafas Baharu Lagu Mendiang Lotter ‘Yang Berlalu Tak Berulang’

Didie Shazry tampil dengan versi baharu lagu ‘Yang Berlalu Tak Berulang’ sebagai usaha menghidupkan semula karya ikonik dalam sentuhan lebih segar.

Trending Tue, 28 Jan 2020
Hiburan Wed, 26 Dec 2018

Kahwin Dengan Afieq Shazwan? Nanti Dulu Lah…

Wani memberitahu Afieq ada merancang untuk datang ke Jakarta bagi menyaksikan persembahannya di pentas DAA 4, sebelum ini.

error: Content is protected !!