Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 3, 2022 @ 4:30pm

Suami Terkait Isu Gelaran ‘Datuk Palsu’, Eina Azman & Fouziah Gous Tak Beri Respons

Baru-baru ini, isu mengenai gelaran ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ palsu melibatkan beberapa pasangan selebriti popular tanah air hangat diperkatakan.

Bahkan, individu yang dikenali sebagai Aliff Ahmad sebelum ini mendakwa, hasil semakan di portal rasmi Darjah Kebesaran iaitu Istiadat mendapati nama Datuk Kaiser Gurmeet Abdullah yang juga suami kepada pelakon, Eina Azman dan Datuk Zhafran Md Yusof, suami kepada pelakon Fouziah Gous turut tidak tersenarai dalam rekod istiadat.

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas Timbulkan Isu Mengenai ‘Datuk Seri’ Suami Heliza, Individu Sama Pertikai Gelaran Suami Fouziah Gous & Eina Azman?

Susulan kes tersebut, pihak media cuba untuk mendapatkan kenyataan balas berhubung gelaran palsu daripada kedua-dua selebriti ini.

Bagaimanapun, usaha tersebut gagal.

Memetik laporan Harian Metro, Fouziah dan Eina gagal dihubungi apabila mesej dan panggilan telefon tidak dibalas serta dijawab.

Manakala, meninjau di ruangan Instagram Story milik Fouziah, dia kini dilihat berada di Johor Bharu bagi menghadiri Festival Islam Dan Halal yang diadakan di negeri itu sejak beberapa hari yang lalu.

Terdahulu, kontroversi melibatkan isu gelaran palsu ini tular selepas individu sama mendakwa nama dan gelaran yang dimiliki oleh suami kepada penyanyi, Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman tiada dalam senarai sistem istiadat rasmi.

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Bongkar Status ‘Datuk Seri’ Suami Heliza Helmi Didakwa Palsu? – “Tiada Rekod Dalam Istiadat”

Sumber: Harian Metro, Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 26 Apr 2022
Hiburan Sat, 20 Oct 2018

Tahniah Nabil Ahmad – Dinobat Pengacara Terbaik Asia

Tahniah buat Nabil dinobatkan sebagai Pengacara Hiburan Terbaik pada Anugerah Asian Academy Creative Awards (AAA)

Hiburan Wed, 5 Oct 2022
Trending Fri, 25 May 2018

Suspek Kes Bunuh Nur Alya Ditahan

Berlaku perselisihan faham di dalam kereta sehingga mangsa dicekik oleh suspek selama beberapa minit yang menyebabkan kematiannya…

Hiburan Thu, 7 Dec 2023
Trending Fri, 5 Jun 2020
Featured Thu, 8 Dec 2022

[VIDEO] Netizen Berdekah Memey Duduk Mengejut Atas Norman Hakim – “Dia Main Henyak Je.. Sampai Juling Mata”

Perghhhh, terus duduk tak bagi salam ek 🤣 Min saje ulang banyak kali biar abg Norman kita sakit 🤪🤪🤪🤪 Sayang bini kan hihiii

error: Content is protected !!