Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 8, 2024 @ 4:42pm

Berdepan Dengan Masalah Rumah Tangga? Ini 3 Langkah Anda Perlu Lakukan Ketika Berbincang… Paling Penting Kena Elak 3M!

Perkahwinan merupakan satu perkara yang sangat indah, namun rumah tangga mana yang tidak diuji?

Jika suami dan isteri berhadapan dengan masalah rumah tangga, perbincangan dan komunikasi yang betul mampu membantu pasangan untuk mengatasinya.

Jom cuba tiga langkah ini ketika pasangan suami isteri ingin berbincang untuk menyelesaikan masalah rumah tangga:

Berbincang ketika dalam keadaan yang tenang

Tenang, tenang dan tenang! Tak guna berbincang jika pihak suami atau isteri berada dalam keadaan marah! Perbincangan yang tenang tanpa diganggu dengan emosi membuatkan pasangah suami isteri dapat menyelesaikan masalah dengan cepat.

Tidak melibatkan mana-mana orang ketiga atau keluarga

Masalah yang dihadapi pasangan sebaiknya diselesaikan tanpa ada masuk campur pihak luar, tidak kira kawan-kawan atau keluarga. Lebih baik berbincang dan bermuzakarah berdua suami isteri untuk menyelesaikan masalah dengan lebih efektif.

Elak 3M

Paling penting, suami isteri harus mengelakkan 3M iaitu Menyindir, Merendah-Rendahkan dan Meninggikan suara. Tiga elemen ini mampu untuk memberi impak buruk terhadap proses perbincangan untui menyelesaikan masalah. Berbincang dengan tenang dan fokus untuk mencari penyelesaian masalah antara pasangan!

Itu merupakan antara tiga langkah yang perlu suami isteri lakukan ketika berbincang untuk menyelesaikan masalah.

Namun, adakah Saleha (lakonan Mimi Lana) dan Amir (lakonan Fikry Ibrahim) menggunakan tiga pendekatan ini untuk mengatasi masalah rumah tangga mereka?

Adakah Amir bakal menjauh selepas mengetahui Saleha mempunyai kisah lampau sebagai bekas perempuan malam?

Jangan lupa saksikan telefilem terbaharu Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana yang menemui penonton pada 5 Jun 2024 ini di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana merupakan hasil terbitan Anomalous Films dan diarahkan oleh Syed Fariz. Telefilem ini bakal membuatkan penonton ternanti-nanti akan apakah kesudahan perkahwinan mereka ini.

Telefilem ini menampilkan barisan selebriti popular tanah air seperti Mimi Lana, Fikry Ibrahim, Zamarul Hisham, Zarina Zainuddin dan dibantu oleh barisan pelakon baharu seperti Puteri Rayyana Rayqa, Husna Mustaffa dan Nizam Kama.

SINOPSIS:

Saleha (Mimi Lana) adalah isteri kepada seorang ahli perniagaan berjaya iaitu Amir (Fikry Ibrahim). Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Nurain (Puteri Rayyana Rayqa) sepanjang 8 tahun membina mahligai bahagia. Amir merupakan seorang suami yang penyayang dan warak. Segala keperluan seorang isteri dipersiapkannya.

Malah, Saleha yang dikahwininya pula adalah seorang wanita yang berpegang teguh kepada agama dan merupakan sukarelawan NGO (Non-governmental Organization) untuk mengisi masa senggangnya. Di samping itu, Saleha bertuah kerana mempunyai keluarga mertua yang sangat baik, lebih-lebih lagi ibu mertuanya (Zarina Zainudin) yang sangat menyayangi dirinya dan menganggap Saleha seperti anaknya sendiri memandangkan Saleha adalah anak yatim.

Pada suatu hari, keluarga Amir membuat majlis kesyukuran untuk menyambut kepulangan Pak De’ (Zamarul Hisham) setelah lama merantau. Pak De’ adalah adik angkat arwah bapa Amir yang telah dianggap ahli keluarga rapat oleh seluruh keluarga Amir. Tetapi sejak Amir dan Saleha berkahwin, tidak pernah sekali pun Saleha berjumpa dengan Pak De’ sehinggalah pada hari majlis kesyukuran tersebut.

Ketika majlis berlangsung Saleha ternampak satu susuk tubuh yang seperti sangat dikenalinya yang sudah lama dia tidak berjumpa. Saleha merasa cemas kerana lelaki itu merupakan seseorang yang datang dari masa silamnya. Adakah kehadiran Pak De’ bakal menghantui kehidupan dan kebahagian Amir dan Saleha?

Jangan lupa saksikan Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my dan muat turun aplikasi Tonton di Apps Store dan Play Store sekarang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 24 Dec 2017

Selebriti Media Sosial Maut Dihujani Peluru

Selebriti Media Sosial Maut Dihujani Peluru Selepas Persenda Ketua Kartel Dadah

Featured Fri, 14 Oct 2022
Trending Fri, 11 Oct 2019

Belanjawan 2020 Akan Dibentangkan Hari Ini

Belanjawan 2020 juga merupakan belanjawan kedua kerajaan Pakatan Harapan, sejak ia memerintah pada Mei 2018.

Trending Thu, 24 Jun 2021

Wajib Baca… Ini 5 Petua Perubatan Bagi Pesakit Diabestis Yang Perlu Anda Ketahui!

Diabetes atau kencing manis merupakan penyakit yang amat digeruni semua orang. Setiap pesakit kencing manis wajib tahu pengurusan diabetes yang betul seperti pengamalan tabiat pemakanan dan kehidupan yang aktif agar tiada sebarang komplikasi serius akan […]

Hiburan Thu, 17 Oct 2019

2019亚洲影艺创意大奖! 《守百年之约》横扫马来西亚区3奖项

2019亚洲影艺创意大奖​​​​​​​昨天(16日)宣布代表亚洲各地的入围名单!八度空间年度巨献《守百年之约》荣获马来西亚区3个奖项,包括最佳女主角Emily陈子颖、最佳男配角Coby庄可比及最佳原创剧本。

Hiburan Fri, 22 Mar 2019

Tangguh Sambung Belajar, As’ad Motawh Mahu ‘All-Out’ Tahun Ini!

Penyanyi lagu Senyum ini bakal memeriahkan Songkran Day Out pada 13-14 April depan di Setia Alam Oval Lawn, Setia Alam. Jom ke sana!

error: Content is protected !!