Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 5, 2022 @ 2:00pm

[VIDEO] “Saya Tak Kisah Nak Kecam Atau Kutuk, Tapi…” – Anak Peluk Lelaki ‘Mat Salih’ Di TikTok, Ini Respons Sharifah Zarina Apabila…

Baru-baru ini personaliti media sosial yang juga anak kepada penyanyi, Sharifah Zarina, Athalia Deena Baswani mencuri perhatian warganet apabila aksinya memeluk seorang lelaki ‘mat salih’ tular selepas dia memuat naik video berkenaan menerusi akaun Instagram dan TikTok miliknya.

Menerusi video yang dikongsikan, Athalia berjalan sambil memintal-mintal rambutnya sebelum berpelukan dengan seorang remaja lelaki yang juga merupakan personaliti media sosial yang berasal dari England, Elliot James Reay.

@officialathalia What a coincidence 👀 @@Elliot James Reay##fyp##tiktokmalaysia##trend ♬ Up by Olly murs. – 💙 Havy 💙

 

Bagaimanapun, perkongsian Athalia itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet apabila ada yang tampil mempertikaikan tindakan itu.

Malah, tidak kurang juga ada yang mempersoalkan bagaimankah reaksi ibunya selepas melihat video berkenaan.

Tidak berdiam diri dengan isu terbabit, Sharifah Zarina tampil memberikan respons menerusi video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya selepas ada netizen yang telah tersalah ‘tag’ pelakon Sharifah Sakinah.

“Saya tak kisah kalau ada yang nak bagitahu saya nak kecam anak saya ke, nak kutuk anak saya ke? Saya tak kisah.

“Tapi tolonglah… Tag saya ye, jangan tag artis lain. Itu Sharifah lain… ini Sharifah lain. Please… check dulu sebelum tag okay?” katanya.

@realsharifahzarina Replying to @Pand4iman🐼 Sorry @Sakinah ♬ original sound – Sharifah Zarina

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Jan 2026

“Bila Pergi Majlis Ilmu Baru Faham, Teguran Itu Tanggungjawab Sesama Muslim… Tapi Tidak Memalukan” – Betty Rahmad

Menurut Betty, sebelum ini dia sering berasa defensif setiap kali menerima teguran, apatah lagi apabila ia datang daripada individu yang bukan bergelar ustaz ataupun ustazah.

Trending Mon, 23 Nov 2020
Selebriti Mon, 8 Jan 2024
Featured Thu, 30 Dec 2021

“Pakwe Kau Handsome? Botak Tak?” – Song Mino Berbahasa Melayu, Peminat Malaysia Terhibur

Penyanyi rap Korea Selatan, Song Mino, 28 baru-baru ini tampil di dalam satu video TikTok peminatnya yang menunjukkan dia berbahasa Melayu. Peminatnya yang dikenali sebagai Sara berasal dari Malaysia berpeluang membuat panggilan video bersamanya di […]

Featured Fri, 8 Aug 2025
Hiburan Sat, 5 Aug 2023
error: Content is protected !!